Final piala malaysia kita sudah ketahui pasukan yang mara ke final iaitu Perak vs Terengganu 27.10.2018 hari sabtu ini di stadium shah, Alam Selangor.
So korang beli tiket secara online di ticketonline.com. So semalam tiket online sudah habis dijual dalam sejam 3000 pcs semalam dekat shopee.com.my kalau tak silaplah.
Isu berbangkit.
Isu panas menjelang 3 hari lagi sepak mula Final Piala Malaysia adalah isu penjualan dan pengagihan tiket perlawanan. Semua sedia maklum di esok di SSINS hanya berbaki 2,000 keping tiket dengan jumlah 28,000 tiket lagi diagihkan kepada persatuan bola sepak daerah dan kelab-kelab penyokong berdaftar.
INI KESILAPAN BESOR;
Ayoh Ngoh sempat buat siasatan dan meninjau page-page FA Daerah namun semuanya adalah menghampakan.
-FA Dungun (page) – last update FB 3 April 2018
-FA Kuala Nerus (page) – 26 September 2017
-FA Marang (page) – 21 Oktober 2017
-FA Setiu (page) – 5 Oktober 2018
-FA Besut (page) – 13 Oktober 2018
-FA Kemaman (personal profile) – tiada update
-PBD Kuala Terengganu (personal profile) – tiada update
-FA Hulu Terengganu – gagal dikesan
Majoriti page FA Daerah telah dipenuhi habuk dan sawang labe dengan dipenuhi tahi kelawar.
Apa sebenarnya fungsi mereka?
Dimana meraka menjual tiket perlawanan?
Adakah kroni sahaja mendapat tiket ?
Berapa kuota tiket diberikan kepada FA Daerah dan Kelab Penyokong Berdaftar?
Isu ini jelas memalukan dan menyebabkan penyokong marhaen tertanya-tanya dimanakah hak mereka untuk mendapatkan tiket?!!
*semua sedia maklum fa daerah kebanyakkan dipenuhi orang politik/kroni/tua
*mohon senaraikan kelan-kelab penyokong berdaftar
*mungkin juga ini mainan politik atau jahat sesetengah pihak untuk merosakkan imej Terengganu FC
*tiket online esok berbaki 10,000 boleh dapatkan pada pukul 10.00 pagi dihttp://www.tickethotline.com.my/
Kuota 30,000 tiket, tapi jual dekat kaunter 2000 tiket je? Mana pergi lagi 28,000 tiket tu? Habislah kaunter tiket di SSNIS esok, penyokong Terengganu mengamuk.
Takkan la kelab penyokong dah tempah sampai 28,000 tiket, semua penyokong Terengganu ni ahli kelab penyokong ke? .. boleh tahan jugak PBSNT buat kerja.
Nampak penjualan tiket final Piala Malaysia oleh Perak FA lebih sistematik dan adil, jual dibanyak lokasi dan jumlah lebih banyak.
MAKLUMAN JUALAN TIKET PERLAWANAN AKHIR UNIFI PIALA MALAYSIA 2018 ??
Untuk makluman, kaunter tiket akan dibuka pada hari esok, Khamis (25 Oktober 2018), jam 10.30 Pagi. Penjualan akan dibuka di Pintu Kaunter tiket C di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu.
Tiket yang akan dijual di kaunter Gate C esok hanyalah berjumlah 2,000 keping sahaja. (Kaunter Gate C berdekatan pokok besar, belakang Yayasan Terengganu).
Kami percaya kebanyakan penyokong tegar TFC telah menempah tiket melalui Persatuan Bola Sepak Daerah, Kelab-kelab Penyokong TFC dan Kelab-kelab Sukan/Belia di negeri Terengganu.
Harap maklum.
KUALA NERUS – Sebanyak 30,000 keping tiket aksi final Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Perak di Stadium Shah Alam Sabtu ini, akan mula dijual kepada penyokong skuad Penyu pada Khamis ini.
Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, tiket tersebut akan dijual bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Beliau memaklumkan jualan tiket berharga RM50 sekeping untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun akan dibuat di kaunter stadium sepenuhnya.
“Jika tiket tidak dapat dihabiskan pada hari pertama, jualan akan disambung pada hari keesokannya iaitu Jumaat bermula jam 9 pagi di kaunter stadium yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan kunjungan hormat oleh pengurusan tertinggi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kelantan ke Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di sini semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan Wan Roslan Hamat berkata, kunjungan itu antara lain bertujuan mendapatkan nasihat dan maklumat berkaitan pengurusan dan program sukan bermutu untuk diterap dan dipraktikkan di Kelantan.
“Kelantan dalam proses pengambilalihan seperti yang disarankan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya Exco yang memegang portfolio sukan dilantik sebagai pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN).
“Alhamdulillah melalui kunjungan hari ini kami memperoleh pelbagai input termasuk berkaitan pengurusan dan pentadbiran MSN yang boleh diterap dalam pengurusan kami nanti,” katanya.
Sekiranya kalau korang tak dapat nak beli. Korang boleh search di media sosial, facebook dekat butang search tuh taip tiket final piala malaysia 2018, atau sewaktu dengannya, terpaksalah korang beli dengan yahudi si ulat tiket tuh yang untung atas angin tuh.
Atau korang search dekat mudah.my. shopee.com.my. Selamat mencuba ok!!
Leave a Reply