Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Perincian

Bantuan Prihatin Rakyat 2021 Perincian

Zik · Nov 7, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

bantuan prihatin rakyat

KUALA LUMPUR: Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bermula Januari 2021, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik

4.50 petang – Kerajaan akan melaksanakan pusingan ketiga pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Isi rumah dengan pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM1,000. Keluarga dengan lebih daripada dua anak akan menerima RM1,800.

Isi rumah dengan pendapatan antara RM2,501 dan RM4,000 akan menerima RM800 sementara keluarga dengan lebih daripada dua orang anak akan menerima RM1,200.

Isi rumah dengan pendapatan antara RM4,001 dan RM5,000 akan menerima RM500 sementara keluarga dengan lebih daripada dua anak akan menerima RM750.

Orang bujang dengan pendapatan kurang dari RM2,500 akan menerima RM350. 

Had umur untuk menuntut jumlah ini telah dikurangkan menjadi 21, turun dari 40.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan Belanjawan 2021 hari ini, berkata BPR akan memastikan manfaat besar kepada golongan berkaitan.

Katanya, kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik adalah seperti berikut;

Pertama: Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

Ketiga: Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 ringgit. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih.

Keempat: Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350.

“Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

“Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bagi 2020, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diperkenal untuk mengurangkan beban aliran tunai bagi rakyat terkesan ekoran COVID-19 dan BSH, menyalurkan RM21 bilion ringgit kepada 10.6 juta penerima.

Pada Januari 2021, katanya, bayaran BPN 2.0 fasa kedua sebanyak RM2.2 bilion ringgit bakal disalurkan.

“Maka dengan Belanjawan 2021, kerajaan akan terus melaksana dan menambah baik bantuan tunai ini secara lebih bersasar,” katanya.

BPN dan BSN ditambah baik.

Soalan lazim mengenai BPR kali ini.

Details JUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG)RM800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – 5000 (ANAK 0-1 ORANG)RM500
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM750
BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
(BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS)
RM350

Tarikh Pembayaran BPR 2021

Akan dikemaskini dari masa ke semasa. tahun hadapan dalam bulan 2 atau tiga mungkin.

Apakah itu BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH.

Bilakah ianya diperkenalkan?

Ketika pembentangan bajet 2021

Adakah perlu membuat permohonan baharu?

Ianya akan menggunakan databse BSH sebelum ini.

Berapakah bantuan yang akan diberi kepada keluarga dan juga bujang?

Boleh lihat jadual yang tertera di dalam artikel ini.

Share this on WhatsApp

Ekonomi bantuan prihatin rakyat 2021, bpr 2020, permohonan bantuan prihatin rakyat 2021

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.