Cara nak tengok status permohonan lulus atau tidak BKC.
- Korang boleh semak di bpr.hasil.gov.my. Login macam biasa, tengok dekat https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login.
- Masuk no id, dan juga masukkan no password.
- Pergi ke ruangan semakan status, tengok dibawah nya ada bantuan prihatin rakyat , bawah sekali ada bantuan covid19 kebangsaan 2021. Tengok berapa yang korang layak dapat.
Kaedah pembayaran akan dilakukan dengan pemindahan secara terus ke dalam no akaun yang didaftarkan semasa BPR 2021 ataupun nombor akaun yang didaftarkan di dalam rekod percukaian (LHDN).
Maklumat lanjut mengenai permohonan dan semakan kelulusan BKC akan dikemaskini di laman bpr.hasil.gov.my.
Apakah itu BKC?
Bantuan Khas Covid-19
Bilakah pembayaran pertama BKC?
Bermula 6 September 2021.
Bilakah semakan boleh mula dilakukan?
Mulai 6 september korang dah boleh semak , duit dah masuk ke belum melalui akaun masing-masing di ATM atau secara online banking lebih mudah, setelah melihat status anda layak atau tidak bantuan covid 19 kebangsaan ini.
BILA PROSES PENGKREDITAN BKC FASA 1??
Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021. BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan. (Rujuk Jadual dibawah).
BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.
Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.
Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. (Rujuk Jadual 2)
Perdana menteri juga berharap dengan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19. Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar.
Leave a Reply