Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Azwan Omar -Abang Viva viral Hero rakyat malaysia!

Azwan Omar -Abang Viva viral Hero rakyat malaysia!

Zik · Dec 25, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

azwan omar

Trending abang Azwan Omar beberapa hari ini, tak sangka boleh membawa impak yang besar sebegini.

Semua perasaan ada (gembira, sebak, terharu) apabila kita dapat tahu abang viva kita azwan Omar berkorban masa dan tenaga terus dari melaka pergi ke selangor tempat banjir,  masa awal-awal banjir minggu lepas. Berbekalkan rm 50 sahaja, dan juga membawa bot peribadinya (diri, viva dan bot) yang digunakan untuk memancing bawa dengan kereta hitam viva dia tuh. Hati kering, fikir nak selamatkan nyawa orang.

Azwan adalah lelaki yang membawa bot menggunakan Perodua Viva seorang diri dari Melaka ke Selangor untuk membantu mangsa banjir di sekitar Selangor sebelum usaha murninya itu tular di media sosial.

Menurut Azwan, dia tidak mengharapkan ganjaran mahupun pujian kerana niatnya cuma mahu membantu mereka memerlukan memandangkan musibah banjir yang melanda Selangor amat luar biasa kali ini.

Kisah Azwan Omar, Viva, Bot & RM 50 adalah satu bukti bahawa seseorang itu tidak perlu kaya atau berjawatan untuk beri manfaat kepada orang lain. Ingatlah bahawa dermawan itu bukanlah banyaknya yg kita ada & kumpul tapi banyaknya manfaat yang kita berikan. 

TIDAK HARAP APA-APA BALASAN PUN. 

“Saya pun tak mengharap apa-apa apatah lagi hendak popular kerana datang sana (Selangor) dengan niat ikhlas hendak bantu, malah saya pun tak tahu siapa rakam gambar saya dan tularkan.

“Saya rasa ini sahaja yang termampu saya buat, jadi saya gunakan apa yang ada lebih-lebih lagi saya mendengar pasukan penyelamat memerlukan bantuan bot dari luar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia memulakan perjalanan dari Melaka ke Selangor pada Sabtu minggu lepas sebelum menuju ke Klang diikuti Puchong serta Taman Sri Muda, Shah Alam sebelum balik ke negeri asalnya Selasa lalu.

“Tugas saya mengangkut mangsa banjir keluar dari tempat masing-masing dan adakalanya membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau agensi menghantar makanan kepada mangsa memerlukan.

“Walaupun penat, saya puas dapat berbakti kepada orang ramai dan pengalaman ini amat bermakna dalam hidup saya,” katanya.

Azwan berkata, pengalaman paling tidak dapat dilupakan apabila dia terserempak dengan warga emas wanita yang terperangkap di rumah dua tingkat di Taman Sri Muda yang sudah dinaiki air separas bumbung kereta, petang Ahad lalu.

“Warga emas itu meredah banjir dalam rumahnya untuk meminta bantuan selepas terperangkap bersama suaminya yang lumpuh ketika bot saya melalui kawasan rumahnya.

“Hati saya tersentuh dan terkenang ibu bapa saya apatah lagi wanita itu memberitahu mereka tidak makan dua hari dan hanya bertahan dengan minum air paip.

“Saya bersyukur Allah mempermudahkan urusan apabila bot tentera tiba-tiba melalui kawasan itu dan membantu mengeluarkan dua warga emas itu ke tempat lebih selamat,” katanya.

Terima kasih Azwan Omar ! Kerana kau bro, ada anak-anak yang tidak perlu jadi yatim piatu , Kerana kamu, ada isteri yang tidak perlu jadi balu Kerana kamu, masih ada sisa harapan untuk Malaysia yg lebih baik Kerana kamu, dengan izin Allah, dan doa kami semoga kamu sentiasa sejahtera. 
azwan omar azwan omar azwan omar
Masa khutbah imam baca doa for Azwan Omar, abang Viva. “Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja” Satu masjid orang doakan untuk dia, maybe satu KL if khutbah and doa standardised.

Sedikit informasi yang kita dapat dari laman facebook dan twitter.

Facebook beliau.

Azwan Omar 

Umur : 29 Tahun , 2021.

Asal/Tinggal: Melaka.

Pekerjaan : Operator Mesin.

Status : Single (Bujang).

 

 

Abang Viva Viral, Bro Azwan Omar kini dalam misi bantuan ke Pahang pula. Hebat anak muda ni! ? #sharERA

Kredit: Kaki Restore pic.twitter.com/iL02cqZ7Cw

— ERA (@ERAdotje) December 24, 2021

Sudah sampai di pahang

Juga terserempak Abg Viva bawa Bot di Petron Karak semalam, dalam perjalanan ke Temerloh . Support team Bangi yg kirim kan video. pic.twitter.com/NhVtHmoUY9

— fronterraz (@fronterraz) December 24, 2021

Humble orangnya

1. Azwan Omar, a man who drove from Melaka to Shah Alam to rescue flood victims, has gone viral online.

He drove with a boat tied to the roof of his Perodua Viva.

Azwan told FMT, he applied for emergency leave and arrived in Shah Alam with only RM50.

?: Taufiq Najib/Twitter https://t.co/vKMVvts23t pic.twitter.com/qjHTh3fIqd

— BFM News (@NewsBFM) December 23, 2021

Awani temubual bersama Azwan melalui panggilan telepon.

With only RM50 in his pocket and a boat, Abang Viva Azwan Omar shares his first experience rescuing flood victims.

AWANI Pagi: ‘Abang bot’ dari Melaka selamatkan mangsa banjir https://t.co/nAFH56MdBq pic.twitter.com/zhzLiqkXPz

— Nailah Huda (@nylahuda) December 24, 2021

Share this on WhatsApp

Uncategorized abang viva viral hero malaysia selamatkan orang banjir, azwan omar, Azwan Omar -Abang Viva viral Hero rakyat malaysia!, biodata azwan omar abang viva viral

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.