Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Zik

Zik

LIGA SUPER: SABAH GARANG DI LIKAS! TERENGGANU TUMBANG 0-2, RHINOS TERUS MENGGANAS!

Zik · Nov 1, 2026 · Leave a Comment

sabah 2-0 terengganu

Sabah FC mempamerkan aksi cukup bertenaga apabila berjaya menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 2-0 dalam aksi Hari Perlawanan Keenam Liga Super Malaysia 2026/27 yang berlangsung di Stadium Likas.

Kemenangan di hadapan penyokong sendiri itu menyaksikan skuad kendalian Juan Torres Garrido berjaya mengutip tiga mata penting sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok lima pasukan terbaik liga.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung mengikut jadual terpaksa ditangguhkan selama 20 minit akibat hujan lebat yang melanda kawasan stadium.

Namun, keadaan cuaca tersebut langsung tidak menjejaskan semangat Sabah apabila mereka tampil agresif sebaik sahaja perlawanan dimulakan. [Read more…] about LIGA SUPER: SABAH GARANG DI LIKAS! TERENGGANU TUMBANG 0-2, RHINOS TERUS MENGGANAS!

EPL: Chelsea Pula Aibkan Manchester United, The Blues Raih Kemenangan Bergaya 2-0!

Zik · Nov 1, 2026 · Leave a Comment

chelsea 2-0 manyur

Manchester United terus dihimpit kekecewaan apabila terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 kepada Chelsea dalam aksi minggu kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stamford Bridge.

Kekalahan ini pastinya menjadi tamparan hebat buat skuad The Red Devils yang sekali lagi gagal mempamerkan aksi meyakinkan, meskipun turun dengan barisan pemain utama bagi memburu keputusan positif di gelanggang lawan.

Pada awal permainan, Manchester United dilihat lebih menguasai perlawanan dengan Bruno Fernandes bertindak selaku kapten pasukan, manakala Bryan Mbeumo mengetuai jentera serangan.

Peluang terbaik United hadir menerusi Amad Diallo pada minit ke-31, namun percubaannya berjaya dinafikan penjaga gol Chelsea, Mike Penders. [Read more…] about EPL: Chelsea Pula Aibkan Manchester United, The Blues Raih Kemenangan Bergaya 2-0!

STAR CITY MAHU ULANGI KEJUTAN KE ATAS SELANGOR, SYED MAHADI YAKIN KEMAMPUAN PASUKAN

Zik · Oct 31, 2026 · Leave a Comment

STAR CITY KEJUTAN

Star City FC memasang impian untuk sekali lagi mencipta kejutan apabila bakal berdepan Selangor FC dalam aksi Liga Super Malaysia 2026/27, Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Star City FC, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan pasukannya untuk memberikan tentangan sengit kepada Gergasi Merah dalam pertemuan yang dijangka berlangsung menarik di Stadium MBPJ.

Menurut beliau, keserasian antara pemain serta semangat berpasukan menjadi antara kekuatan utama Star City menjelang aksi penting tersebut.

Star City pastinya mahu menjadikan pertemuan kali ini sebagai peluang untuk membuktikan kemampuan mereka, lebih-lebih lagi selepas pernah mengejutkan Selangor dalam saingan Piala FA sebelum ini. [Read more…] about STAR CITY MAHU ULANGI KEJUTAN KE ATAS SELANGOR, SYED MAHADI YAKIN KEMAMPUAN PASUKAN

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 14
  • Page 15
  • Page 16
  • Page 17
  • Page 18
  • Interim pages omitted …
  • Page 2206
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.