Ariff bahran tersingkir minggu ke 7
Nampaknya sampai disini sahaja perjuangan ariff bahran. Dia boleh dikatakan hampir setiap minggu berada di bottom three. Ada satu minggu (minggu4) dia sudah tersingkir, nasib baik faizal tahir sudah menggunakan kuasa immuniti untuk selamatkan ariff bahran. Namun, di minggu 7 persaingan semakin sengit. Tinggal 6 peserta semua pastinya membuat yang terbaik.
Ariff bahran yang membawa lagu sifu m nasir, Gerhana – Datuk M Nasir dan lagu duet dengan ft Aepol Roza – MAMA PAPA LARANG nyanyian lagu Judika. Mungkin ada kureng lah bawa lagu yang dibawakan oleh ariff bahran tidak memikat hati juri.
Namun pada pendapat aku semua peserta pada minggu ini sudah berikan yang terbaik, mungkin aku tak berapa setuju wany kayrie sepatutnya minggu lepas tersingkir. Tapi minggu ini dia buat yang terbaik, dia berhak dapat tempat kedua pada semi final malam tadi.
Sarah suhairi dan Baby shima bottom three.
First time sarah suhairi berada di bottom three di semi final ini bersama dengan baby shima. Persembahan kali ini ada kurang sikit markah buat sarah, tetapi still sedap juga tuh.Ingatkan lepas arif bahran keluar dah settle, sekali gimik daa, tiada penyingkiran untuk peserta kedua. Untuk rekod, hanya Shafiq farhain yang langsung tidak pernah dapat bottom three. Dia diantara calon juara, dan juga peserta yang konsisten setiap minggu. Pentas akhir tak tahu apa percaturan shafiq dan lagu yang dia bakal nyanyikan.?
5 Peserta yang ke pentas final big stage 2018.
Tahniah kepada 5 peserta yang mara ke final iaitu SHAFIQ FARHAIN, SARAH SUHAIRI, WANY KAYRIE, BABY SHIMA, dan AFIEQ SHAZWAN. Buat yang terbaik di pentas final minggu hadapan ok!!
Tonton live big stage big stage minggu 7 sini
Leave a Reply