Apa Itu Bitcoin ?
Bitcoin adalah matawang digital yang digunakan di internet dan sistem pembayaran digital yang pantas. Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu lain melalui website di internet tanpa melalui bank (seperti p2p) . Ini bermakna kos penghantaran wang adalah lebih mudah, cepat dan murah.
Matawang digital tunggal ini boleh digunakan di seluruh dunia oleh sesiapa saja tanpa perlu tertakluk kepada sebarang jenis matawang dunia. Matawang ini juga tidak boleh dibekukan kerana ia tidak melalui mana-mana bank.
Bagaimana Bitcoin Bermula ?
Matawang ini dicipta oleh seorang yang hanya dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto yang dipercayai berbangsa Jepun. Ada yang menyatakan Satoshi Nakamoto adalah satu watak yang tidak wujud sebenarnya. Watak ini diwujudkan untuk melindungi individu atau kumpulan sebenar yang mewujudkan matawang ini.
Bagaimana Mendapatkan Bitcoin ?
Bitcoin ini boleh dicipta melalui satu aplikasi yang dipanggil Bitcoin Miner. Dengan membuat ‘kerja’ di situ anda akan diberikan Bitcoin. Kerja bermaksud membuat aktiviti teknikal yang memakan masa.
Bagaimana Bitcoin disimpan ?
Bitcoin disimpan dalam Bitcoin Wallet, website seperti bank online atau paypal yang biasa anda gunakan. Anda juga boleh gunakan Bitcoin Wallet ini untuk menghantar dan menerima duit. Penghantaran dan penerimaan adalah berdasarkan kepada alamat email dan password anda.
Apa Yang Boleh Dibeli dengan Bitcoin ?
Kebanyakkan kedai-kedai online di internet sudah mula untuk menerima pembayaran melalui Bitcoin. Buat masa ini anda boleh membeli games, t-shirt, alat musik, alat mainan, ebook dan jutaan barangan lain.
Berapa Nilaian Bitcoin ?
Nilai Bitcoin buat masa ini belum lagi stabil. Ia pernah turun serendah USD 2 dan pernah naik setinggi USD 6. Harga semasa Bitcoin adalah USD 14.00 (RM53). Trend semasa menunjukkan matawang ini akan menjadi stabil dalam tempoh masa beberapa tahun lagi.
Persoalan paling utama di sini, Adakah Bitcoin bakal mengubah kewangan dunia sepertimana internet / email mengubah industri penerbitan ?
Dalam dunia kewangan, satu teknologi atau penemuan baru yang paling hipstersetakat ini adalah Bitcoin.
Mungkin anda pernah dengar pasal pelaburan Bitcoin, tentang status halal haram Bitcoin, scam Bitcoin, dan ada yang kaitkan Bitcoin dengan MLM. Ada yang sangat taksub dengan Bitcoin sehingga sanggup berhenti kerja.
Anda mungkin pernah cuba google ‘what is Bitcoin’, dan jumpa ayat lebih kurang macam ini:
“Bitcoin adalah satu cryptocurrency atau matawang digital yang bersifatdecentralized dan menggunakan teknologi blockchain.”
Agak-agak anda faham tak? Cryptocurrency? Blockchain? Decentralised?
Teknologi-teknologi ini sebenarnya agak complicated even orang kerja IT pun pecah kepala juga nak faham.
Tapi, cara paling senang untuk faham Bitcoin adalah dengan menganggap ia sebagai ‘emas’ digital. Kenapa emas? Kenapa bukan macam duit ringgit (duit fiat)? Nama puncoin, duit lah tu kan?
Macam ini. Sebab ia tak sama dengan duit Ringgit/Dollar adalah dari 3 segi:
1. Nilai duit berbeza ikut negara dan nilai dia bergantung kepada prestasi negara tersebut – contoh, kalau negara perang, matawang akan jatuh. Tapi nilai Bitcoin dan emas sama di mana-mana dalam dunia ini.
2. Duit diuruskan oleh bank, Bitcoin diuruskan oleh pengguna sendiri (atau mungkin lebih tepat; oleh teknologi).
3. Duit boleh dicetak ikut keperluan, Bitcoin dan emas hanya boleh dilombong dan jumlahnya terhad.
Jadi ia lagi mirip macam emas, berbanding duit fiat. Dan, ia menjadi platform terbaik jual beli di alam digital, sebab ia memang lahir secara digital dengan bertujuan untuk menjadi matawang digital.
Persamaan dengan duit biasa? Keduanya boleh digunakan untuk beli barang atau servis yang guna sistem online (walaupun tak banyak lagi sistem/bisnes yang terima Bitcoin di Malaysia, ia semakin bertambah dari hari ke hari).
OK, sekarang anda tahu Bitcoin adalah duit digital yang boleh dipakai untuk jual belionline, yang sifatnya mirip-mirip macam emas. Bezanya Bitcoin dalam digital, tak boleh pegang, tak boleh rasa dan tak boleh cetak.
Kerana sifatnya macam emas, Bitcoin boleh dilombong, boleh dijual, dibeli dan dijadikan salah satu pelaburan. Dan macam emas, apabila semua Bitcoin habis dilombong, tak akan ada Bitcoin baru lagi.
Setakat hari ini, sudah 15.2 juta Bitcoin dilombong dari 21 juta semuanya. Jadi, cuma 1/3 saja yang tinggal untuk dilombong.
Apa persamaan Bitcoin dengan MLM? Tak ada yang sama dari segi teknologi, sistem dan jenis. Tapi mungkin ada orang promosi Bitcoin dilakukan dengan kaedah MLM. Kebiasaannya adalah mengajak orang bersama-sama melombong Bitcoin. Dia lebih kepada affialiate sebenarnya kalau nak lebih tahu ianya bukan scam. Kalau ianya berbentuk mlm, korang kena jauhkan program2 bitcoin yang ada sekarang di media social atau telegram dan sebagainya.
Macam perlombongan emas, nak lombong Bitcoin perlu perkakasan yang mahal dan komputer yang laju. Jadi daripada melombong emas sendiri pakai tukul besi, mesti tak boleh lawan orang yang pakai jentera besar.
Maka ada orang buka syarikat dan ajak orang melabur. Kalau dapat emas, kongsi untung sama-sama. Macam itulah konsep melabur dalam Bitcoin juga.
Dan yang paling biasa sekarang menggunakan kaedah cloud mining. Anda bayar duit sahaja tanpa tahu di mana hardware atau komputer tu semua secara fizikal.
Apa yang anda perlu tahu adalah kebanyakan skim Bitcoin mining ini adalah scam! Scam yang dilabel sebagai Skim Ponzi.
Antara ciri-ciri Skim Ponzi adalah dapat peratus harian, bonus tetap, mengaku sebagai pelaburan paling hebat di abad ini, dan beberapa lagi yang macam too good to be true.
Untuk join cloud mining, anda tak perlu ikut mana-mana MLM pun. Cuma perlu cari syarikat yang betul dan sah. Buat kajian lebih sikit. Jangan percaya bulat-bulat.
Tapi sekarang banyak sangat pelombong Bitcoin dan jumlah Bitcoin yang ada semakin kurang. Jadi, mungkin juga lebih senang anda beli saja Bitcoin dekat mana-mana, daripada join melabur dalam aktiviti perlombongan.
Macam mana nak beli Bitcoin?
Tunggu dulu. Sebelum apa-apa, ajda tanya diri sendiri, apa tujuan nak beli Bitcoin?
Nak cepat kaya? Kebarangkalian nak kaya dengan Bitcoin agak rendah sebenarnya sebab harga Bitcoin dah mahal gila sekarang. Kalau tahun 2015 harga 1 Bitcoin = RM900, sekarang 1 Bitcoin = rm 100 ribu lebih. Gilerlah. Kalau aku tahu awal dulu, beli banyak2 masa awal2 dulu. Tapi masa dulu-dulu tuh pun aku masih kurang faham dia punya konsep tuh.
Dan perlu diingatkan, ia TAK akan sentiasa naik. Sapa yang cakap ia akan sentiasa naik memang confirm tipu. Sila lari laju-laju dari mereka.
Nak untung? Ini kira untung sabut atau untung batu, tak siapa tahu anda boleh untung ke tak.
Nak melabur? Bitcoin dikira sebagai pelaburan berisiko tinggi.
Kalau anda memang dah ada portfolio pelaburan risiko rendah (macam ASB/TH/Saham/Unit trust) dan risiko sederhana secukupnya, mungkin boleh cuba melabur Bitcoin pula. Kalau tak, baik jauhkan diri dulu daripada Bitcoin. Sebab kawan pejabat beli, jadi anda pun nak beli? Cari ilmu sampai lebam, lepas itu baru decide.
Sebab Bitcoin tengah hot? Better anda tak payah involve dulu kalau tak paham apa-apa.
Macam kata pelabur paling berjaya Encik Warren Buffet, pelaburan adalah tentang compunding effect dan untuk magik compounding berlaku, ia perlukan masa, ilmu dan menjauhi sikap tamak.
Tapi kalau anda masih nak cuba-cuba, mungkin boleh involve dalam Bitcoin dengan 2 cara ini:
1. Terima bayaran dalam bentuk Bitcoin untuk mereka yang ada bisnes online atau buat freelance online.
2. Beli sikit-sikit bila ada duit lebih untuk tujuan belajar tentang Bitcoin.
Asasnya, duit lebih yang anda sanggup biarkan hangus macam itu saja. Tapi perlu diingatkan, jual beli Bitcoin pun ada banyak yang menipu. Sila hati-hati di tahap paling maksimum.
Kriteria utama sebelum apa-apa, kena belajar dan faham. Jangan main ikut orang dan percaya kepada 1 orang atau organisasi sahaja.
Pada dasarnya, ramai orang-orang teknologi (termasuk Bill Gates) percaya Bitcoin dan teknologi yang ada dalam Bitcoin itu (cryptocurrency dan blockchain) adalah teknologi paling penting selepas internet.
Tapi, ia masih baru, masih tak stabil dan agak berisiko. Juga terlalu banyak hype yang tak betul dan scam di sekelilingnya.
Tak mustahil dalam 10 tahun akan datang cryptocurrency akan jadi cara utama kita jual beli dekat internet. Tapi tak semestinya Bitcoin yang paling digunapakai waktu itu. Sekarang sudah ada lebih dari 700 cryptocurrencies dalam dunia selain Bitcoin.
Dalam teknologi, akan sentiasa ada banyak persaingan. Mungkin dulu kita ingat Friendster dan MySpace paling hot, tapi sekarang, cuma Facebook yang ada. Tak ada siapa tahu nasib Bitcoin akan jadi macam Friendster atau Facebook.
Jadi, nak involve atau tak dengan Bitcoin? Dengan ilmu yang betul, mungkin ini satu peluang untuk masa depan, tapi tanpa ilmu, hampir pasti ia akan jadi satu musibah.
*Ini cuma pengenalan ringkas tentang Bitcoin. Konsep asas pun tak habis cerita sebenarnya.
EVOLUSI mata wang berubah dari barangan, kulit kerang, besi, emas, perak, kertas dan sebagainya. Apa yang dianggap berharga oleh masyarakat, maka itulah mata wang diterima pakai.
Hari ini, timbul pula bitcoin yang sohor kini dan dikatakan, mudah serta senang diterima pakai dalam transaksi digital. Masyarakat heboh mencari hukum, sama ada halal atau haram bitcoin ini. Banyak pandangan yang dirujuk sama ada ulama dan pakar kewangan Islam. Pendapat yang diberikan nyata berbeza.
Mufti Shawki Allam dari Mesir mengharamkan bitcoin atas dasar elemen perjudian. Ia juga membuka pintu kepada pengubahan wang haram. Pengarah Hal Ehwal Turki juga menyatakan, bahawa bitcoin adalah bertentangan dengan Islam kerana ia tidak dikawalselia.
Ramai yang cuba untuk memahami kompleksiti kerana ia sesuatu yang baharu bagi semua orang. Kebanyakan pengasas mata wang digital berpendapat, logik adalah faktor utama. Sentralisasi mata wang menyebabkan banyak kesusahan dan peraturan maka mereka memilih sesuatu yang menyenangkan dan lari dari konsep tradisional.
Peliknya, sehingga ke hari ini masih belum ketentuan siapakah pengasas bitcoin yang misteri di sebalik nama, Satoshi Nakamoto. Di mana puncanya dan apakah tujuannya masih menjadi tanda tanya.
Nilai ditentukan masyarakat
Bitcoin adalah salah mata wang kripto yang lahir secara digital. Digunakan sebagai mata wang untuk memastikan keselamatan sesuatu transaksi. Jadi, semua transaksi dijalankan menerusi kod. Tidak dikawal oleh mana-mana negara, nilainya ditentukan oleh masyarakat.
Menariknya, kajian dari Forum Kewangan Islam 2016 (IMF) menunjukkan nilai bitcoin lebih tinggi dari minyak, emas dan euro. Menurut majalah The Guardian, terdapat 800 mata wang digital yang bernilai RM383 billion! Selain dari bitcoin, mata wang kripto melahirkan banyak lagi mata wang lain yang dikenali sebagai Ethereum, Zcash, Dash (darkcoin), tezos, Ripple, Monero dan banyak lagi.
Menurut majalah Forbes, Ethereum sendiri mendapat sambutan tinggi sejak dilancarkan oleh pengasasnya, Vitalik Buterin pada 2014 di Amerika Utara.
Kanada membenarkan pemilikan dan penukaran bitcoin dan mengawasinya menerusi undang-undang pengubahan wang haram. Kanada berhasrat untuk menjadi hab dunia kepada revolusi ‘blockchain’. Banyak usaha sudah dilakukan setakat ini untuk merealisasikan tujuan berkenaan.
Spekulasi lonjak nilai.
Pada 4 Disember 2017, Presiden Venezuela, Nicolas Maduro membuat pengumuman kemungkinan menggunakan mata wang kripto sebagai mata wang dan dikenali sebagai ‘petro’ sebagai satu cara untuk mematahkan sekatan kewangan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS). Mungkin ini juga satu cara bagi menyelesaikan hutang negara Venezuela kepada pelabur sebanyak RM562 billion.
Bagaimanapun, Ketua Global Venture Capital di Aberdeen Asset Management, Peter Denious, memberi peringatan. Katanya, harga yang melonjak naik bukanlah didorong oleh pengguna rangkaian digital yang ramai tetapi ia didorong oleh spekulasi bahawa token atau mata wang digital akan melonjak naik.
Bitcoin digemari kerana mata wang digital dikatakan, menggunakan sistem ‘tanpa faedah’, sekaligus lari dari konsep ‘multiplication’ yang wujud dalam sistem perbankan ‘Reserve’ berasaskan riba.
Jika membeli Bitcoin BTC pada harga RM1,000 dan dijual balik pada kadar RM5,000, bunyinya amat menguntungkan. Seperti membeli wang dan mendapat wang tambahan hasil dari pembelian wang berkenaan. Apa yang didagangkan untuk mendapatkan wang itu masih menjadi tanda tanya.
Jika nilai melonjak hanyalah berteraskan spekulasi, maka ini sesuatu yang perlu dikupas tuntas oleh syariah. Bukan hanya syariah, malah sistem perundangan, perakaunan dan kesan sosial yang akan melahirkan ‘manusia kripto’. Adakah dengan melombong ‘mining’ boleh dianggap sebagai bekerja dan sebagai upah diberi bitcoin.
Satu lagi persoalan, adakah bitcoin disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas, perak dan sebagainya? Atau hanya dinilaikan berdasarkan kod kripto dan spekulasi? Adakah dengan lonjakan nilai bitcoin, maka Bank Pusat juga harus mencetak wang kertas dengan banyak dengan kadaran tukaran nilai bitcoin yang dituntut?
Adakah dengan banyaknya wang dalam pasaran nanti akan menyebabkan inflasi? Kajian dari IMF juga menunjukkan, kemungkinan besar akan berlakunya penghindaran cukai. Kemungkinan kita akan mendengar ‘saham bitcoin’, sukuk Monero, Ripple Musharakah, deposit Ethereum dan sebagainya pada masa hadapan.
Ada kebaikan, keburukan
Kemungkinan juga Bitcoin Islamik akan menerobos persada mata wang digital. Nampaknya, mata wang digital ini ada kebaikan serta keburukan. Skala mata wang digital amat kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan sistem mata wang. Cuma nilainya yang naik mendadak agak mencabar kesabaran bagi pengusaha kewangan.
Adakah bitcoin ini boleh dihukum seperti (pertukaran matawang) sarf? Atau dihukum atas dasar maslahah ummah dalam transaksi digital. Namun, apa yang pasti, bitcoin ini membawa idea ke arah ‘satu mata wang’ yang mana satu dunia setuju dalam talian untuk menggunakan bitcoin tanpa ada kos pertukaran.
Dalam Islam, bukan hanya riba yang dititikberatkan, malah spekulasi, ketidaktentuan (gharar), ketidakadilan dan kezaliman. Diharapkan agar adanya keputusan syariah yang mengupas tuntas persoalan di atas agar pelabur mata wang digital mampu untuk melabur atau tidak melabur dengan yakin. Semoga kita semua diberi tambahan ilmu supaya tidak tersesat.
Penulis ialah Penolong Professor Kanan
Universiti Islam Sultan
Sharif Ali (UNISSA),
Brunei Darulsalam
CREDTI TO BHARIAN
Leave a Reply