Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Apa sudah jadi JDT, kalah kepada selangor 4-1???

Apa sudah jadi JDT, kalah kepada selangor 4-1???

Zik · Mar 10, 2013 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

Apa sudah jadi JDT, kalah kepada selangor 4-1???

Satu keputusan yang sangat menyedihkan buat penyokong johor darul takzim. Untuk mengukuhkan kedudukan dan mengekalkan di tangga pertama gagal apabila dimalukan oleh selangor 4-1 malam tadi. Sedih lah pulak aku tengok perlawanan malam tadi. Tak mengapalah.

Pemain bintang disekat, selangor 10 pemain tetap garang!!

Biarpun hanya bermain 10 orang dibabak kedua, selangor (red giant) tetap mampu untuk menyumbat 2 gol lagi di separuh masa kedua. Pun  begitu, selangor sudah mendahului jdt pada babak pertama dengan kelebihan 2 kosong. Apa sudah jadi bro???

Pada pendapat aku, mahali jasuli, amri yahya, dan rakan-rakan yang bermain pada malam tadi memang menjadi. Pemain-pemain diaorang memang ada persefahaman yang jitu pulak malam tadi.

Tak mahu ulas panjang-panjang.

Copy paste jer nih. Pendapat jurulatih selangor, Irfan bakti katanya kemenangan besar malam tadi berpunca daripada situasi Johor yang terdesak merapatkan jurang selepas ketinggalan dua gol pada babak awal. Apabila Johor ketinggalan 2-0, ada ruang kosong di belakang yang ditinggalkan. Kami ambil kesempatan atas situasi itu untuk terus hasilkan jaringan, kata Irfan.

Beraksi di depan penyokong sendiri memberi kelebihan buat Selangor untuk mempamerkan aksi agresif dengan jaringan pendahuluan terhasil seawal minit keempat apabila hantaran lintang mengelirukan S Kunanlan dari sebelah kanan terus menerjah gawang lawan yang dikawal Zamir Selamat.

Tonggak import Selangor, Francis Forkey Doe terus mengukuhkan kedudukan tuan rumah apabila memanfaatkan hantaran K Solihin pada minit ke-33 dan kedudukan 2-0 itu kekal hingga tamat babak pertama.

Selangor yang kehilangan seorang pemain berikutan layangan kad merah yang diterima tonggak import, Peter Charappan bagaikan tidak tergugat malah menambah dua lagi jaringan menerusi Mahali Jasuli pada minit ke-67 dan selang dua minit kemudian, Amri Yahyah menambah derita pelawat.

Bagaimanapun, kekebalan Norazlan Razali bagaimanapun lebur pada minit ke-75 apabila Norshahrul Idlan Talaha bijak melepasi dua pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan satu rembatan kencang dari dalam kotak penalti untuk gol sagu hati pelawat.

Sekian terima kasih.

Jom ikuti video gol highlights gol jaringan cantik dari selangor dan gol dari jdt norshahrul idlan talaha. :

Apepun aku tetap menjadi penyokong yang bukan hanya menyokong pasukan ketika hanya menang sahaja. Itu penyokong lalang namanya.

Share this on WhatsApp

Sukan jaringan gol selangor vs jdt, jdt 1-4selangor, keputusan liga super jdt vs selangor 2013, selangor kalahkan johor 4-1 tuan rumah liga super 2013, selangor malukan jdt 4-1 di tempat sendiri, selangor vs johor darul takzim, video gol highlights jdt vs sealngor 4-1.

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anif says

    March 10, 2013 at 2:02 pm

    Nampaknya JDT kena cari penjaga gol berkualiti untuk terus bersaing pada peringkat tertinggi.

    Reply
    • Zik says

      March 10, 2013 at 2:55 pm

      yer betul tuh bro…

      Reply
  2. akubiomed says

    March 10, 2013 at 6:36 pm

    Yeah Selangor. Harga yang tinggi perlu dibayar apabila Peter Charappan dibuang padang.

    Reply
  3. Juan says

    March 11, 2013 at 8:57 pm

    ni x best ni bila JDT kalah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.