Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Analisis 12 lagu finalis AJL 32 2018

Analisis 12 lagu finalis AJL 32 2018

Zik · Feb 11, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ajl, anuegarha juara lagu 32 2018, ajl 32,

Anugerah Juara Lagu kali ke 32 satu pertandingan nyayian yang sangat berprestij. Ianya bukan hanya menilai penyanyi semata-mata , tetapi ialah menghargai pencipta lagu dan penulis lirik itu. Mereka adalah dilatar belakang. Tapi ada juga yang buat lagu sendiri, dia nyanyi sendir memang ada.

12 lagu yang telah layak ke ajl kali ini semuanya lagu bukan calang-calang. Setiap tahun mesti ada orang pertikaikan lagu-lagu yang masuk ke ajl , biasalah itu biasa dalam dunia industri. Setiap lagu yang masuk bertanding ke ajl semuanya ada kekuatan tersendiri. Itu kita kena akui. Banyak muka baru untuk AJL kali. Hakim Rusli(bintang kecil), Hael Husaini(af), Wany Hasrita(youtube, smule), Syamel (af), Ernie Zakrie(juara duo, bintang rtm), Khai Bahar(Raja Smule), Ar Johari (af 2016), dan juga Salma (mentor, 3 juara).

Tahun ini bertemakan fesyen dan Muzik. Tampak moden kali ini temanya. 

Layan dulu live red carpet..

BilTajuk LaguPenyanyi / Kumpulan
1 Sejati Faizal Tahir & Caliph Busker
2 Tergantung Sepi Haqiem Rusli
3 Jampi Hael Husaini
4 Separuh Mati Ku Bercinta Dayang Nurfaizah
5 Amboi Altimet
6 Lebih Sempurna Syamel
7 Aku Yang Sebenar Hazama & The Penglipurlara
8 Akhirnya Cinta Salma
9 Menahan Rindu Wany Hasrita
10 Aku Cinta Syamel dan Ernie Zakri
11 Bayang Khai Bahar
12 Warkah Untukku Ara Johari

Jom kita review setiap satu lagu apa kekuatan dan maksudnya yang tersendiri.

1.Sejati- faizal tahir (Azmi Caliph Busker).

Lagu sejati, ciptaan faizal tahir.

Lagu ini sepatutnya dinyanyikan oleh Faizal tahir, tapi oleh kerana faizal tahir sudah buat pengumuman untuk sertai ajl, so mesti kena penyanyi lain yang akan membawa lagu ini. Seperti tahun lepas, faizal tahir ft elizabeth tan, ganti dengan awie rafael. Tahun ini digantikan dengan azmi caliph buskers. Macam mana agaknya persembahan dan lagu ini disampaikan malam nanti. Lagu sejati mempunyai maksud yang mendalam.

Lagu yang berunsurkan ketuhanan, Cinta sejati adalah cinta padaNya..itu yang aku faham dari lagu ni.. Allah selalu ada untuk kita.. kita boleh lihat sendiri kebesaranNya mlalui diri kita sndiri..
2. Khai bahar, bayang. 

Khai yang merupakan pendatang baru dalam dunia AJL kali ini mempertaruhkan single pertama dan terus layak ke AJL. Ada maksud tersendiri. Bayang yang mempunyai maksud yang terlalu abstrak sebenarnya. Seseoarang yang sukakan seseorang tapi dia adalah milik orang. Lebih kurang macam tuhla. Haha. Janji dapat bayang jerla pun ok.
3. Warkah Untukku – Ara af 2016.
Ara yang namanya sudah meningkat naik , dengan single pertama juga lagu ini telah layak ke pentas AJL. Lagu ini dikarya oleh Hang Nadim (Hakim) dan Laq, (gitaris ATM). Mempunyai maksud yang tersendiri, based susunan muzik yang lain.
4. Syamel- Lebih Sempurna 
Lagu syamel pertama kali layak ke ajl kali pertama dua lagu tuh. Semua dia buat tuh. Tahun lepas dia tarik diri sebab ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kes plagiat , dia pun rasa tak best kalau masuk ajl, sebab lagu intro tuh ada sama banyak. Tapi usaha dia kali ini membuahkan hasil. Dengan lagu Sempurna, digarap dengan Edry KRU sudah semestinya syamel tidak mahu mensia-siakan lagu ini. lagu ini lebih kepada percintaan yang dia selama jaga jodoh orang lain lah kot. Gua pun tak experience macam nih. Dia sukakan perempuan tuh, tapi perempuan tuh duk cari orang lain, dekat depan dia nih buat tak entah jer. Sekali orang yang dia suka, pun dah ada orang lain. Tak kesudah semua kecewa, aku pun kecewa. Haha. Panjang pulak ulasan lagu ini. Lagu ini peluang untuk menang, aku kurang pasti, ikut penilaian juri lah. Aku tak rasakan boleh menang.
5. Salma Asis- Akhirnya Cinta.

Sentuhan Ajai biasalah tak pernah mengecewakan. Boleh dikatakan lagu dia semua ke final AJL. Lagu nih mungkin ada kaitan dengan diri nya. Memang pastinya sedih. Kenangan yang lalu, sukar dilupakan. Pastinya ianya disimpan didalam hati. Pergorbanan dalam cinta. Ianya pasti hidup yang korang kena lalui dengan baik atau sebaiknya. Dimana pengorbanan dan keikhalasan bukti kejujuran yang pernah kau lafazkan, itu yang part sedih tuh. Huhu..
6. Wany Hasrita. -Menahan Rindu.
Walaupun baru dalam dunia AJL, wani hasrita juga diantara 3 penyanyi baru yang melayakkan dalam AJL kali ini. Apa motif burung-burung bersiulan, haha. Lain orang fikir tuh. Lagu ini terlalu puitis untuk ditafsirkan. Dia terpaksa menggunakan angin untuk hantar utusan cinta dia tuh. Goufran memang kreatif dalam buat lagu-lagu macam nih. Dia biasalah , dah ada lagu, cuma dia cari roh (penyanyi) yang sesuai untuk lagu dia tuh.
7. Hakim Tergantung sepi.

Hakim yang sudah semakin lama meningkat naik. Tergantung sepi juga dari ciptaan Goufran,  Lagu ni ditujukan untuk mereka yang banyak terseksa menanggung sepi. Sepi tanpa suami/isteri disisi walaupun tidak bercerai. Memang ada berlaku dalam kehidupan sekarang ini. Memanglah lagu ini high pith, tapi ini tidak bermakna lagu ini ada peluang untuk menang, penilaian juri memang sukar untuk kita tahu dan jangka. Ianya bergantung kepada semua penyanyi, dan pengkarya muzik yang akan buat penilaian. Lagu ini boleh juga ada peluang untuk menang. Kita tak tahu lah kan. 
8. Hael Husaini. -Jampi.

Lagu Jampi sentuhan pertama Hael sejak bergelar solo dalam bidang ini, kali ini membawa lagu first single terus ke pentas AJL. Lagu ini memang berhantu. Punyai maksud yang tersendiri. Selain dari susunan muzik yang modern. Lagu ini mempunyai maksud yang mana bila kita terjumpa dengan seoseorang yang kita cintai, ku terpukau seperti dijampi. Apa  yang berlaku itu membuatkan dia rasa terpegun dengan kecantikkan barangkali. Sudah kena jampi lah tuh. Jampi apa agaknya.
9. Dayang Nurfaizah – Separuh mati ku Bercinta.

Lagu ciptaan Ajai sekali lagi , nak bercinta tak salah. Tapi biarlah berpada-pada. IA berkenaan dengan Kesetiaan, yang dipintakan. Macam susah juga nak menang kali ini. Cuma mungkin dari segi vokal boleh dipertahankan, sudah tiga tahun dayang mempertahankan vokal terbaik.
Kesepian hening malam bawah sang bulan menemani kekosongan ini Ku dengar kau bahagia menitis air mataku ku kesedihan Kau telah pergi tanpa cinta yang sebenarnya ada bersamaku ku simpan hanya untuk dirimu Di mana perginya setia ke mana hilang katamu akulah dinamakan kekasih hatimu untuk selamanya. 
10. Syamel dan Ernie Zakri – Aku cinta. 

Lagu ni deserve utk dapat airplay sama banyak dengan lagu lain. Melodi bagus, feel syamel + ernie sempurna. Compliment each other voices. Duet yang terbaik setakat ini. Lagu ini bagus sebenarnya. lagu cinta lah macam biasa. lagu ciptaan syamel duet dengan Ernie ceritera cinta mereka ala-ala frozen. Aku dah blurlah, banyak lagu cinta. Sukar untuk membuat penilaian.
11. Altimet-Amboi. 

Satu-satunya yang membawa muzik genre hiphop kali ini Altimet mempertaruhkan lagu amboi. Lagu ini best sebab dia ada maksud yang menasihatkan apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Gaya hidup kita yang rasa macam kaya, tapi sebenarnya papa kedana. Ada banyak unsur nasihat. Mungkin lagu ini ada peluang untuk menang dalam pentas AJL kali ini.
12. Hazama- Aku yang Sebenar. 

Karya agung Sifu M Nasir tidak pernah mengecewaskan. Hazama yang telah melayakkan diri ke pentas AJL kali ini membawa lagu yang penuh dengan maksud tersurat dan tersirat. Memang telan kasetlah lagu dia bawak masa separuh akhir muzik-muzik hari tuh. Lagu ketuhanan yang punyai maksud, pulang semula ke titik kosong, hancur lebur setelah mengenal yang empunya hak, 
Jikalau Kau perlu tahu Siapakah Aku yang sebenarnya Cubalah Kau menghampiri Kenali Sendiri Mungkin Kau akan ketemu Sesuatu Yang menggongcang duniamu Dan Mungkin kau akan suka Malah Cinta malah rasa bernyawa. Fuhh semua baris ayat ada maksud yang tersirat.
So korang rasa lagu mana yang boleh jadi juara AJL kali ke 32 malam ini?? Di arena bukit Jalil di tv3 malam ini 9malam. all the best buat semua peserta. Anda kira sudah jadi juaralah.
Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment analisa 12 lagu yang layak ke AJL kali ke 32 2018, analisa ajl 32, tema ajl 2018, tema ajl 32, tonton live treaming anugerah juara lagu kali ke 32

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.