
Belum pun sepak mula perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan China, Persatuan Bolasepak China (CFA) sudah dikenakan tindakan disiplin oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Menerusi keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC pada 5 November lalu, badan induk bola sepak China itu didapati melakukan dua kesalahan berasingan yang berlaku sepanjang September dan Oktober 2026.
Kesalahan pertama melibatkan kelewatan CFA mengemukakan permohonan kebenaran bagi perlawanan antarabangsa Tier 2 yang berlangsung dalam kejohanan Vertex Cup London Men’s U17 Tournament.
Sementara itu, kesalahan kedua membabitkan salah laku pasukan ketika beraksi menentang Uzbekistan dalam temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya. Seramai enam pemain China telah dikenakan tindakan oleh pengadil sepanjang perlawanan tersebut.
Susulan dua kesalahan berkenaan, CFA diarahkan membayar denda keseluruhan sebanyak kira-kira RM13,591 dalam tempoh 30 hari selepas menerima pemakluman rasmi daripada AFC.
Menariknya, perkembangan ini hadir ketika skuad utama China sedang membuat persiapan untuk menghadapi Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.
Walaupun isu disiplin tersebut tidak melibatkan perlawanan menentang Malaysia secara langsung, ia tetap menjadi perhatian menjelang pertembungan dua negara itu.
Kini, tumpuan kembali terarah kepada aksi di atas padang. Mampukah Harimau Malaya memanfaatkan peluang untuk mencipta keputusan positif menentang China?
Sabtu ini, segala-galanya akan ditentukan di atas padang!
Ayuh Harimau Malaya! ???
#HarimauMalaya #Malaysia #China #AFC #CFA #BolaSepakMalaysia







Leave a Reply