Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya. Lebih kurang 15.5 juta ahli KWSP(2022, sekarang pasti lebih lah) dinegara kita. Yang aktif lebih kurang 8.1 juta ahli. Satu jumlah yang besar berbanding dengan penjawat awam( kerja gomen) lebih kurang 1.2 juta . Masing-masing memerlukan diantara sama lain, dalam rantaian perniagaan , duit pusing sana sinikan.
Keprihatinan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Anwar baru-baru ini telah mengumumkan akan memperkenalkan Akaun Fleksibel KWSP bagi membolehkan pencarum KWSP melakukan pengeluaran di waktu kecemasan, dapat kurangkan beban kenaikan harga barang mungkin sedikit sebanyak ianya membantu.
Struktur baru akaun KWSP , 3 Akaun , Akaun Persaraan(Akaun1), Sejarahtera (akaun 2), Akaun Fleksibel (akaun 3).
Dan ianya sudah disahakan akan ada 3 akaun bermula 11 May 2024 ini. Nama pun dah bertukar. Bukan lagi guna akaun 1 akaun 2 lagi. Dia sebut nama jer. Ha sudah.
- Akaun Persaraan (ganti Akaun 1)
- Akaun Sejahtera (ganti Akaun 2)
- Akaun Fleksibel (akaun baru)
Baki dari akaun 1 & 2 akan kekal dalam akaun Persaraan & Sejahtera. Akaun Fleksible akan mula dari kosong. Bermula 11 Mei ini 2024, pecahan duit yang masuk ke KWSP akan dipecahkan kepada 3 bahagian.
- 75% Akaun Persaraan
- 15% Akaun Sejahtera
- 10% Akaun Fleksibel
Pencarum ini juga boleh buat pilihan untuk pindahkan sebahagian dari akaun Sejahtera masuk ke akaun Fleksibel. Boleh rujuk gambar atas untuk berapa pecahan yang boleh tu.
Kalau nak buat pindahan atas ni, boleh buat melalui i-Akaun atau self service terminal di pejabat KWSP bermula 11 May – 31 August 2024.
Secara kasanrnya, kalau nak mudah bawak keluar duit dari akaun Sejahtera tanpa perlu ikut syarat biasa akaun 2, boleh transfer siap-siap ke akaun Fleksible sebab boleh keluarkan duit dalam akaun fleksibel minimum RM 50.00.
PENAMBAHAN Akaun 3 atau Akaun Fleksibel untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia bawah 55 tahun, yang dinanti-nantikan sudah tentunya menggembirakan ramai orang. Mungkin ada yang suka, ada yang tak. Ikut sukalah.
Ramai yang menarik nafas lega dengan pengenalan Akaun Fleksibel ini, tapi ini yang perlu anda ketahui sebelum membuat permohonan:
1. Apakah itu Akaun Fleksibel?
Akaun Fleksibel adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10 peratus jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.
Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Namun begitu, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
2. Bilakah tarikh pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?
Pelaksanaan penstrukturan tiga akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei 2024.
3. Siapakah yang terlibat dalam penstrukturan semula akaun KWSP yang baharu?
Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.
4. Apakah yang akan berlaku dengan simpanan sedia ada di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 setelah penstrukturan akaun KWSP dilaksanakan?
Baki simpanan di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel iaitu akaun baharu akan bermula dengan Kosong.
5. Bagaimana caruman baharu dikreditkan selepas tarikh kuat kuasa penstrukturan semula akaun KWSP?
Caruman baharu yang dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan akan diagihkan mengikut nisbah seperti berikut:
PILIHAN PINDAHAN AMAUN PERMULAAN
6. Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan pindahan amaun permulaan?
Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel. Ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.
7. Bila anda boleh memilih pilihan pindahan amaun permulaan?
Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024. Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.
8. Bagaimana ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel?
Ahli digalakkan untuk membuat permohonan secara online melalui KWSP i-Akaun untuk proses yang lebih mudah dan pantas.
Namun ,sekiranya ada ahli yang menghadapi kesukaran akses kepada kemudahan online boleh membuat permohonan melalui Self Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.
9. Bilakah pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel akan diluluskan?
Pilihan pindahan amaun permulaan akan berkuat kuasa apabila tindakan pindahan ke Akaun Fleksibel dibuat dalam tempoh 3-5 hari.
10. Bagaimana amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel ditentukan?
Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah bergantung kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan seperti berikut:
Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera.
Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:-
i. Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;
ii. Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan
iii. Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.
Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera.
i. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
ii. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.
Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.
11. Apakah yang akan berlaku sekiranya ahli tidak membuat pilihan pindahan amaun permulaan?
Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel sedia ada akan kekal.
Manakala, caruman baharu akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Pengeluaran daripada akaun tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat pengeluaran semasa.
PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL
12. Adakah ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?
Boleh, ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
13. Apakah syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?
Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:
a. Semua ahli KWSP warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia
b. Belum mencapai umur 55 tahun
c. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
d. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50
14. Bagaimana kaedah permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?
Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:
i. Secara online melalui KWSP i-Akaun; atau
ii. Kunjungi mana-mana kaunter KWSP
15. Adakah ahli perlu membuat mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan?
Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu menggunakan akaun bank yang aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.
16. Adakah ahli perlu hadir ke kaunter bagi tujuan menurunkan/ pengecaman cap ibu jari untuk permohonan secara dalam talian?
Tidak, ahli tidak perlu hadir di kaunter bagi tujuan di atas kerana semakan dan pengesahan akan dibuat melalui sejarah rekod ahli dan menerima pakai lain-lain kawalan.
Sekiranya ahli tiada sejarah rekod pengeluaran sebelum ini, ahli perlu menjalani pengesahan identiti melalui cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP. Sekiranya jumlah pengeluaran adalah kurang daripada RM10,000, ahli boleh melalui proses pengesahan identiti secara dalam talian.
17. Apakah kaedah bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel?
Bayaran bagi Pengeluaran Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Fleksibel berjalan lancar:
- Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan: Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.
18. Bilakah bayaran Pengeluaran Fleksibel dikreditkan ke dalam akaun bank ahli?
Bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
19. Adakah ahli boleh membatalkan permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?
Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan apabila permohonan telah diluluskan. Ahli disarankan untuk membuat keputusan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan.
Maklumat lanjut mengenai penstrukturan semula akaun KWSP dan Akaun Fleksibel, boleh layari laman web KWSP.
Bagus ke tak struktur baru ni?
Ada kebaikan dan keburukan.
Pros sebab boleh jadi salah satu emergency source of fund. Yang pandai invest sendiri, boleh guna jadi capital.
Keburukannya kita punya pelan pencen kita akan lari sikit dari pecangan berapa peratus. Kalau selalu sangat keluarkan, kurang portion yang boleh guna untuk housing related withdrawal (beli rumah, bayar instalment) sebab dah kurang 5% effectively. Ikut masing-masinglah, bila keadaan dah mendesak , kita ada apa pilihan ? Yang penting jangka masa dekat kena utamakan dulu.
So akan ada yang bersyukur, akan ada yang mungkin tak berapa setuju. Bergantung kepada tahap kewangan masing-masing.
Leave a Reply