
Bertemu lagi dalam siri bijak wang bersama mr zik kali ini Kita nak bincangkan mengenai musuh kewangan yang kita dalam tak sedar musuh inilah yang menjadikan kita jatuh tersungkur dalam dunia realiti yang kita sedang pijak ini.
Musuh inilah yang seringkali melumpuhkan status kewangan kita. Ada musuh yang terpaksa kita hadapi dan sukar untuk kita bendung. Dan ada pula musuh kewangan yang sengaja kita cari demi menyusahkan diri kita sendiri.
Berikut adalah di antara musuh-musuh kewangan kita :
1. Sikap Diri Sendiri
Sukar dikawal tapi itulah hakikat dan naluri hati manusia. Kita mempunyai pelbagai keinginan dan sikap ini mestilah dikawal. Jangan pantang ada promasi harga murah kita nak beli semua yang diingini. Jangan kerana ingin bermewah dan bergaya sampai poket jadi kosong semata-mata ingin tampak hebat di mata orang lain. Berbelanjalah di atas keperluan dan bukannya kehendak! Berbelanja biar berpada-pada dan bukannya bermewah-mewah. Ukurlah baju pada badan sendiri. Biar tak bergaya asalkan poket penuh patut diamalkan.
2. Hutang dan pinjaman
Sukar untuk menghindari hutang dan pinjaman. Kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis hutang dan pinjaman seperti hutang pinjaman rumah, pinjaman peribadi, kenderaan dan pinjaman pelajaran. Selain itu, hutang kad kredit dan pinjaman ke atas setiap pembelian barang secara ansuran turut akan melumpuhkan sistem kewangan kita jika ianya tidak dikawal secara bijaksana. Tak salah nak berhutang, tetapi kena ukur
3. Bil-bil
Bil-bil adalah hutang bulanan yang perlu dibayar apabila kita menggunakan perkhidmatan yang disediakan . Contoh bil tersebut seperti bil elektrik, bil air, bil telefon, bil Astro, bil Streamyx dan lain-lain. Bila perkhidmatan ini digunakan tanpa berjimat cermat atau berhemah maka akan jadilah bil yang melambung tinggi secara tiba-tiba dan bil-bil ini sentiasa memeningkan kepala kita setiap kali sampai masa untuk membayarnya. Anda perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengawalnya.
4. Cukai
Pelbagai cukai perlu dibayar seperti cukai pendapatan , cukai pintu, cukai tanah dan lain-lain. Namun begitu kebanyakkan orang tidak mengambil berat dan ada juga menyedarinya namun kurang memahami bagaimana mengurus cukai yang dikenakan ke atas mereka. Apabila terpaksa membayar cukai-cukai ini , maka berlakulah “lari bajet” untuk bulan tersebut.
5. Skim cepat kaya dan Judi
Kerana ingin cepat kaya ramai yang sanggup meleburkan wang dimeja judi ataupun dikedai-kedai yang menjual nombor ekor. Bukan itu saja ada yang sanggup menyertai skim cepat kaya samada secara online atau offline gara-gara ingin memperolehi wang secara singkat dan banyak. Rezeki takkan datang bergolek tanpa sebarang usaha.
6. Inflasi
Apakah itu inflasi?. Inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan juga perkhidmatan. Tiada siapa yang dapat menjangka atau menghindarkan diri dari inflasi ini. Oleh itu, apabila berlaku
inflasi, kita pasti berhadapan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, sekaligus juga menyebabkan peningkatan kos sara hidup.
7. Krisis Ekonomi
Krisis ekonami sukar dijangka tapi bila berlaku ia mampu mengoyahkan ekonomi sesebuah negara dan kesannya boleh dirasai oleh semua pihak. Berlakulah kehilangan pekerjaan dan rugi di dalam perniagaan dan menyebabkan ramai yang kehilangan sumber pendapatan.
Ketika entri ini sedang ditulis, ramai yang masih terkesan dengan serangan covid19. Kita mahu menunggu dan bertahan untuk mendapatkan penawar sakit covid 19 ini harapnya adalah yang sudah temui penawar covid19 ini.
Musuh-musuh kewangan yang disebutkan diatas harus kita hadapi dan diurus secara bijaksana, dan ada juga musuh kewangan yang harus kita tentang agar ia tidak terus menghancurkan diri dan hidup kita.

Leave a Reply