• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / 11 tips mengatasi masalah kenaikan harga barang

11 tips mengatasi masalah kenaikan harga barang

Zik · Apr 26, 2011 · 49 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

cukai naik , barng naik, harga barang naik,

Masalah kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak naik secara tidak terkawal tiap-tiap tahun, memang tidak dapat dibendung. Kalau kita nak mengharapkan kerajaan untuk memastikan peniaga-peniaga agar jangan memanipulasikan harga adalah dianggap satu kerja MUSTAHIL untuk memantau dari semasa ke semasa.

[pantau+harga+barang.jpg], pantau harga barang, cash kena pantau harga barang,

Mampukah mereka memantau???

Mereka, peniaga (tidak semua) dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga dengan alasan pemborong pun menaikkan harga harga runcit, dan tiada stok di dalam pasaran. Terdapat orang pihak ketiga yang mengaut keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda ketika satu krisis ekonomi melanda.

Menghadapi beban sebagai pengguna, dengan gaji yang tidak tetap, gaji yang rendahdan tanggungan yang ramai adalah tidak sama seperti gaji seorang menteri yang menyarankan supaya bersabar, acap kali kenaikan harga minyak.Mereka semua, jalan sana sini, disponsor, tambah lagi dengan elaun-elaun mengarut.

Sabarlah yer.

Kadang-kadang kita sebagai hamba Allah mudah lupa diri dimana kita mengikut kehendak nafsu semata-mata. Padahal ini semua hanyalah sementara sahaja. Eloklah kita fikirkan masa depan kita dan masalah-masalah yang kita hadapi hari ini semoga ianya dapat menguatkan keimanan kita ke atasnya. Insyallah.

Jom kita tengok macam mana nak mengatasi masalah kenaikan harga barang. Sedikit sebanyak bolehlah jimat apa yang patut. Ye tak?

1. Berhenti/kurangkan merokok , bertukar ke jenama lebih murah. Contohnya dari Dunhill tukar ke rokok gulung (haha save giler). Namun, keputusan untuk Berhenti  merokok, adalah sangat digalakkan. Penyakit tiada, duit selamat.

2. Kurangkan naik kereta , gunakan perkhidmatan awam ataupun motosikal (guna basikal  jer lagi bagus) apabila mempunyai tujuan untuk pergi lokasi yang berhampiran.

3. Kurangkan pengunaan elektrik di rumah. Sekiranya tiada di rumah, hendaklah memastikan semua barang elektrik dimatikan, termasuklah , kipas, aircond, lampu dan lain-lain.

4. Tak payah beli suratkhabar harian ataupun majalah-majalah urtv, mangga yang lagho tuh – Guna internet sahaja untuk melihat perkembangan terkini. Sekarang ini, sudah banyak pilihan untuk beli surat khabar online (versi penuh seperti surat khabar) pun ada dan kadarnya pun lebih murah berbanding beli yang kertas tuh.

5. Elakkan lebuhraya bertol. Memandangkan hari-hari kena bayar tol bagi yang bekerja dibandar utama yang terpaksa berulang-alik di kuala lumpur dan selangor. Kalau nak elak naik motor jer. Tetapi amat sukar untuk dipraktikkan, kalau hujan dan membawa barang-barang banyak, kan dah susah tuh.  Ahh susahnya!!

6. Tukar pengunaan Petrol ke Gas NGV untuk kenderaan.  Ketika zaman gawat tahun 2008 kalau tak silap, ketika zaman Pak Lah minyak pernah naik melonjak rm2.70 seliter. Ketika itulah ramai yang nak tukar gas NGV. Kelemahannya, tak banyak stesen minyak menjualnya. Di bandar utama, KL ada banyak tetapi hanya stesen Petronas sahaja ada jual kalau tak silaplah. Tetapi negeri lain, agak sukar.   Di KL, teksi banyak menggunakannya, mereka mempunyai tahap kesabaran tahap dewa, menunggu sepanjang 100 meter lebih untuk mengisi gas NGV.  Mahu lebih 30 minit tunggu giliran. Terpulang kepada anda.

7. Kurangkan aktiviti bersiar-siar, atau melancong di dalam atau luar negeri kita ini. Malaysia, sebuah negara yang mempunyai pusat pelancongan yang bertaraf dunia. Kenapa nak membazir pergi luar negara. Settlekan, jelajah negara kita ini dahulu. Sabah dan sarawak mempunyai alam flora dan fauna yang menarik. Tak gitu, bro mus?

8. Buat pekerjaan Part-time, business online, ataupun berniaga secara kecil-kecilan. Sekarang sudah banyak, pilihan. Cuma, harus bijak mengatur masa dengan baik. Takut, kerja utama kita akan terganggu.Contohnya ialah sekarang apa yang aku tengah tulis nih. Ada banyak lagi, akan dibincangkan entri akan datang.

9. Bercucuk tanam di halaman rumah. Ini sangat digalakkan selain kita dapat berbakti dengan tanah, peluh badan pun keluar. Tanaman yang boleh ditanam ialah sayur-sayur,buah-buahan untuk makanan harian. Dah jimat duit untuk beli sayur.Tetapi bagi yang duduk di rumah pangsapuri. Korang cuba tanam dekat pasu bunga.

10. Amalkan hidup bersederhana, jangan sebab nak tunjuk-tunjuk. Ada pernah terjadi , dulu gajinya tinggi. Tiap-tiap bulan, enjoy sana-sini, beli itu ini. Kereta pun mewah. Apa yang terjadi sekarang? Dia diberhentikan kerja, dan kerja sekarang gajinya sikit dari dulu. Dah sakit nak bayar itu ini. Akibatnya, hujung bulan jer sakit kepala. Tarik sana, tarik sini. Penghujungnya, kereta kena tarik. Rumah tergadai. So, beringatlah, kalau gaji tinggi.

12. Kerja di kampung. Banyak benda boleh jimat , kalau kerja di kampung nie. Tak payah fikir pasal tol, majlis perbandaran, sewa rumah pun murah sikit. Tambah lagi, tempat kerja itu dekat, kalau kerjanya dah online, lagilah jimat. Jimat duit minyak. Tapi kalau dah semua dah kerja kat kampung. Siapa yang mentadbir bandar utama? hehe

11. Berdoa kepada Allah semoga dimurahkan rezeki hambamu ini. Insyallah,  akan dikongsikan, doa murah rezeki.

hidup tertekan kesan kenaikan harga barang, kenaikan harga barang, kesan kenaikan harga barang, bahaya kesan kenaikan harga barang, harga barang meningkat tahun demi tahun

Hidup tertekan dengan kenaikan harga barang , boleh mengundang kestabilan ekonomi yang tidak seimbang dan masalah sosial yang serius.

Semoga tips yang diberikan dapat kita berjimat cermat tak kira anda adalah student,  anak, pekerja, majikan, isteri ataupun suami. Semuanya memainkan peranan untuk berjimat-cermat dizaman yang penuh dengan cabaran.Sekiranya ada pandangan lain, tidak setuju, ingin menambah, silalah utarakan di ruangan komen.

Sumber blog akubencipaklah

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi bila harga minyak naik, cara untuk mengatasi masalah harga barang naik, cara untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang yang tidak terkawal, kenaikan harga barang, tindakan yang perlu buat bila harga barang naik, tips mengatasi masalah kenaikan harga barang

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Mrs.Ayie says

    April 26, 2011 at 7:47 am

    Kita boleh mengubahnya. (macam iklan je bunyinya).

    *Kurangkan perbelanjaan yang kurang perlu, utamakan yang lebih utama. (Lepas ni kena kurangkan cakap telefon lama-lama).

    Reply
    • Zik says

      April 27, 2011 at 1:25 pm

      cakap telefon , guna ym pun ok gak…boleh buat call, percuma…

      Reply
  2. tengkorak emas says

    April 26, 2011 at 8:43 am

    bila sudah berjimat tu jangan lupa menabung..simpan dalam bank, jangan disalurkan pada benda lain (cakap utk diri sendiri yg suka beli dvd huhu)

    Reply
    • Zik says

      April 28, 2011 at 2:12 am

      simpan sikit2 pun jadilah..

      Reply
  3. Miss Tira says

    April 26, 2011 at 8:56 am

    Tips yang menarik. Disamping tu pun kerajaan kena juga menjalankan tanggungjawab mereka. Kalau rakyat sanggup berkorban mengikat perut akibat kenaikan harga barang kerjaan pun kena buat macam tu jugak.

    Reply
    • Zik says

      April 28, 2011 at 2:14 am

      kerajaan pun kena berkorban untuk rakyat, jangan hanya time pilihanraya lah baru nak janji itu ini… turun padang..

      Reply
  4. eastbullet says

    April 26, 2011 at 9:57 am

    1- rokok mahal sebab cukai kerajaan
    2- nak naik perkhidmatan awam, tapi kualiti rendah
    3- tarif elektrik naik, alasan arang batu mahal.. asal tak bangunkan teknologi solar!!
    4- suratkhabar memang tak payah beli. banyak sangat kipas “ehem2″…
    5- jalan bertol je yang elok.. jalan raya biasa banyak lobang2.. tayar banyak kali kene tukar..

    p/s: semuanya nak kondem kerajaan.. he3!

    Reply
    • Zik says

      April 28, 2011 at 2:17 am

      surat khabar tuh aku setuju sangat…

      Reply
  5. AMiRU says

    April 26, 2011 at 10:22 am

    Kalaulah Cyberjaya ni ada LRT atau Monorail, confirm hari2 aku naik train je! 🙁

    Reply
    • Zik says

      April 28, 2011 at 2:17 am

      hari2 jam ek sana??

      Reply
      • AMiRU says

        April 28, 2011 at 7:44 am

        Ahah xde nye jam, sini lengang je 😛

        Reply
  6. zulkbo says

    April 26, 2011 at 10:38 am

    salam..
    nice tips..
    positif thinking..
    yang nyata gaji tak
    naik2 nih..adehh

    Reply
    • Zik says

      April 28, 2011 at 2:17 am

      kena cari side income lain nih… huhu

      Reply
  7. Amirez says

    April 26, 2011 at 10:44 am

    hoho..nice ah zik.
    tapi point no. 4..rasanya beli surat khabar lagi jimat daripada baca online. baca online, kena guna elektrik untuk laptop/pc, kipas dan lampu lagi kalau perlu. itu untuk sorang. kalau satu family nak baca pada waktu2 berlainan, mungkin kos penggunaan elektrik dah nak sama dengan harga senaskah akhbar. lagi satu, selalunya bila dah mula online mesti masuk web lain punyalah hehe.

    kalau beli surat khabar, nanti boleh jual semula tak pun recycle.

    sekadar pendapat 🙂

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 2:00 am

      ntah ler… nak beli surat khabar pun dah banyak sangat menipunya.. macam tak berbaloi jer…. selamatkan bumi hijau kita.. paper less.. guna laptop jimat elektrik berbanding pc…

      Reply
  8. suri says

    April 26, 2011 at 11:03 am

    lebih selesa membawa bekal ke tempat keje tu bagus juga jimat wangku heeee…

    bila semua naik hati mula tak tentu arah tapi kita harus bijak tangani ia..:)

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 2:01 am

      bawa bekal pergi ke kerja.. dapat juga jimatkan duit belanja makan harian…

      Reply
  9. chii says

    April 26, 2011 at 1:49 pm

    byk gak yg nk kena kurangkan ni…mcm kt umah chii sendiri..penggunaan letrik mmg agak tinggi..sebabnya..kitorang xkan tutup lampu depan dan belakang..ni bg mengelakkan dr berlakunya kecurian motor yg semakin menjadi2..

    lagi plak..ngan laptop n pc lgik..adeih..mmg byk :p..nasib baik gak la tade aircond kt umah ni..almaklumlah..da ada aircond semulajdi..eheh

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 2:04 am

      kalau guna laptop lebih jimat elektriknya…

      Reply
  10. nasslimdiet2 says

    April 26, 2011 at 1:56 pm

    lepas dah amalkan tips-tips tu bolehla menabung pulak, jangan buat benda lain plak.

    Reply
  11. benjy says

    April 26, 2011 at 4:16 pm

    Kalau sekali imbas tip2 ni memang betul tetapi ,… (laa… ada tetapi ke b3njy … apalah kau ni banyak alasan lah..) yer betul ada tetapinya,…. hehehe … kalaulah kita ni robot alangkah baiknya … format je 11 tip tu dalam memori terus ikut … malangnya kita adalah manusia. Dan kerana kita manusialah kita selalu je kalah dengan nafsu kita sendiri … hairan masa gaji RM 1500 sebulan tak dapat menyimpan katanya cukup2 makan je … ada reziki tukar tempat kerja gaji RM 2500 pun sama juga bunyinya duit cukup2 makan je … lepas tu tukar kerja lagi dapat gaji RM 5000 laaa… masih sama juga bunyi yang ayat hujung tu … janganlah salahkan kerajaan semata-mata … hehehehe

    Reply
    • bEe says

      April 26, 2011 at 4:40 pm

      Sbnrnya cara kehidupan kita sendiri melambangkan cara kita menguruskan kewangan kita….. 😉 Lbh elok kalau kita “yg sedang2” shj

      Reply
  12. bEe says

    April 26, 2011 at 4:36 pm

    Perasan tak kajian kat Msia mengenai sakit jiwa di kalangan rakyat Msia semakin meruncing kini akibat peningkatan kos sara hidup…..

    Sepatutnya bila ada kajian mcm ni, kerajaan kita kenalah amik pusing & serius perkara ni. Tp, apa jwpn apa mereka? Mereka cuma nyatakan & nasihat agar rakyat jgn boros berbelanja….. Sape yg boros belanja agaknya dlm hal ni???? Gaji 4K kalau kat KL tak tentu mewah lagi……. huh!

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 2:11 am

      tuh la sapa yang boros sebenarnya??? kwang2…

      Reply
  13. nuriz says

    April 26, 2011 at 5:00 pm

    saya setuju yang kurangkan merokok, takda faedah duk hisap asap.beli la makanan berkhasiat kat family(bg yg ada family). sokong jimatkan tenaga elektrik, jimatkan jugak penggunaan air.
    pastu berkebun saya suka, setakat nak tanam serai cili, sayur2 tu mudah je dah jimat beringgit2

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 2:22 am

      wah itu sudah bagus.. ingat nak tanam pokok ubi… tak payah jaga sangat…

      Reply
  14. Fitrihadi says

    April 26, 2011 at 5:14 pm

    Respon aku terhadap tips bro tu.
    1. memang tak merokok sebab tau kalau merokok kita takkan jadi kaya…
    2. aku ada moto je. tp sebab dok luar terpaksa ar naik moto. kalau dok ostel boleh naik bas.
    3. kat umah sewa ni susah nak jimat sebab bebudak ni bukan dengar kata. kalau kat kampung memang aku jaga letrik sebab tanak bebankan mak aku. aku pun ada share jugak untuk bayar bil letrik..
    4. Yang ni aku dah jarang beli sebab takde berita yang mnarik pun dalam papaer kecuali kemalangan tak pun berita yang 18sx.. lagi baik tengok berita kat tv je..
    5. Setakat ni naik moto pree ja kalau lalu tol hehehe..
    6. errr no komen.. kang kata aku merapu lak nak tukar moto guna petrol ke ngv hahaha
    7. aku dok melaka. memang banyak tempat best nak melancong.. tak payah nak gi jauh2..
    8. part time.. selama jadi student universiti ni aku mampu jadi blogger part time je. ada ar dapar hasilnya walaupun tak lumayan…
    9. err susah sket ar nak bercucuk tanam.. kat umah sewa ni takde tanah.. kalau kat kampung memang boleh je.. aku pernah tanam kacang buncis.. memang menjadi 🙂
    10. Setakat ni takde ar berpoya-poya sangat. hidup solo ni lagi menjimatkan. kepala pun tak pening kan hehehe
    .

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 2:23 am

      surat khabar pun sekarang nie macam dah tak relevant… sebabnya macam sangat dah yang menipunya.. huhu

      Reply
  15. titan says

    April 26, 2011 at 6:42 pm

    bagi aku, ada 2 cara aje yang berkesan untuk mengatasi masalah nih..

    1. kita berjimat sehabis mungkin.
    2. kita cari duit lebih.

    Jadi, kita takkan terasa langsung bab-bab naik harga nih..

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 2:29 am

      sekarang nie tengah berusaha untuk cari duit lebih…

      Reply
  16. decrewz says

    April 26, 2011 at 6:49 pm

    Kalau ramai dah guna NGV, pasni confirm banyak petrol station sediakan perkhidmatan untuk isi NGV.. Tapi nak isi NGV sekian alam lamanya..he3

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 2:36 am

      kena tunggu lamer beb…. tengok brader bawak teksi siap baca paper lagi..

      Reply
  17. LiFe KaMi says

    April 26, 2011 at 11:55 pm

    tips2 yang bagus diikuti..
    kami ada buat satu jadual perbelanjaan keluarga, pakai microsoft exel je, jadi dari situ bole kawal budget monthly..:)
    kalau nak baca paper metro baca kat bacapaperku.blogspot jer, mcm surat khabar juga..:)

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 2:36 am

      owh ada juga jadual dari microsoft excel tuh.. cuma tak guna jer…

      Reply
  18. dnoBiz says

    April 27, 2011 at 1:25 am

    terbaik la Zik,
    cuma no 6 tu memang tak mampu aku nak buat di kelantan

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 2:39 am

      kat kelantan takda lagi.. no1???

      Reply
  19. tehr says

    April 27, 2011 at 3:15 am

    jangan cari masalah dan buat masalah
    [saman trafik]
    nak selesaikan masalah tu, duit juga tu
    hehehe

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 3:08 am

      saman traffic yang paling sakit jugak kalau kena tuh….kena hati2 nih..

      Reply
  20. catzer says

    April 27, 2011 at 4:46 am

    erm..itulah lifestyle kenalah jg sesuai dengan poket sendiri..ramai yg gaji tak seberapa tp belanja mengalahkan orang kaya..bile time sume keperluan naik mulalah naik angin..aish..

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 3:48 am

      kena beringat-ingat dari sekarang nie..

      Reply
  21. shamizu says

    April 27, 2011 at 6:23 am

    Tips yang bagus bro.
    – Yang penting jangan belanja melebihi pendapatan.
    – Ukur baju di badan sendiri semasa membeli
    – Beli yang perlu saja
    – Jangan terpengaruh dengan sebarang sale
    Apa-apalah yang difikir sesuai dapat elakkan belanja kita tergugat kerana kenaikan harga baran.

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 3:54 am

      beringat -ingat.. kena tahu mana keperluan mana kehendak…

      Reply
  22. akubiomed says

    April 27, 2011 at 1:35 pm

    Kenapa tidak buat macam di Mesir tanda kawasan hot spot untuk gangguan seksual. Untuk pemantauan harga boleh dibuat dengan konsep yang sama dengan menanda kedai harga murah dan kedai harga mahal. Guna IT untuk membaiki kualiti hidup 🙂

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 3:56 am

      sekarang nie banyak guna it untuk urusan pembayaran.. jimat masa dan tenaga

      Reply
  23. MDHAFiZ.NET says

    April 27, 2011 at 3:15 pm

    tip ke 11 tu paling ampuh 🙂

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 3:51 am

      yer betul tuh…

      Reply
  24. Hisyam says

    April 28, 2011 at 2:20 pm

    Bagi perokok tegar yang nombor 1 tu paling susah nak buang. Dunhill sekotak dah RM10.

    Reply
    • Zik says

      April 29, 2011 at 3:57 am

      kalau sehari dah rm10 x30 hari =rm300 sebulan.. banyak tuh..

      Reply

Trackbacks

  1. 11 tips mengatasi masalah kenaikan harga barang « news@yoys says:
    April 26, 2011 at 6:40 am

    […] Follow this link: 11 tips mengatasi masalah kenaikan harga barang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Isu semasa

Minyak naik harga lagi 5 sen, ron 95 dan diesel, berkuatkuasa 4 disember 2010

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGHurm naik lagi, baru jer ron 97 naik 15 sen 1 …

%d bloggers like this: