• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / 10 Pembaziran Sering Dilakukan oleh kita

10 Pembaziran Sering Dilakukan oleh kita

Zik · Nov 2, 2016 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

najibm ds najib tun razak, bajet 2017, pembentangan bajet 2017,Kadang-kadang dalam perbelanjaan bulanan kita tak sedar, ada ketirisan berlaku. Mungkin disebabkan kita berbelanja ikut sedap jer. Tips untuk menjimat perbelanjaan selalunya mudah seperti berhenti merokok, membawa bekal sewaktu ke pejabat dan banyak lagi. Tetapi, penjimatan ini tidak bermakna dengan adanya pembaziran yang mungkin nampak remeh dengan jumlah yang kecil, tetapi sering kita lakukan. Adakah anda pernah terjebak dalam perkara seperti berikut.

Zaman sekarang zaman gst, minyak naik, minyak masak naik. Tol naik, Semua naiklah. Kadang-kadang kita rasa giveup. tapi kena cari jalan lain untuk terus berjuang dalam ekonomi yang terus mencabar jiwa dan raga.

10 contoh pembaziran yang dilakukan oleh kita: 

1. Barang Harian Berjenama

Anda mungkin bukan peminat pakaian atau beg tangan berjenama, tetapi barang-barang harian lain akan mendatangkan kos jangka panjang. Cuba beralih ke jenama keluaran pasaraya seperti Giant dan Tesco, yang turut memiliki kualiti yang sama.

2. Kadar faedah dan caj kad kredit

Sebelum anda memohon kad kredit, bandingkan terlebih dahulu semua caj dan kadar faedah yang dikenakan ke atas perbelanjaan anda. Pastikan kad kredit anda memiliki fungsi rebat tunai mata ganjaran atau fungsi penjimatan lain bagi memaksimakan penggunaan kad kredit anda. Jika tidak, anda hanya menanggung hutang dan perbelanjaan yang tidak perlu. Selain itu, pilih program perpindahan baki (balance transfer) pada kadar faedah 0% atau yang rendah.

3.“Tawaran Istimewa” di laman-lawan web

Laman web seperti Groupon, Lazada, Zalora, atau Shopback sering kali mengiklankan tawaran istimewa, tetapi kebiasaanya mempunyai banyak had. Pastikan anda baca dengan teliti terma dan syarat seperti diskaun terhad untuk sesetengah outlet, tawaran hanya untuk Isnin-Jumaat dan sebagainya.

4. Promosi dalam talian

Anda pasti sering terlihat promosi yang diiklankan di laman web atau dihantar ke e-mel anda. Promosi ini biasanya hanya akan berlangsung selama 24 jam, dengan diskaun yang boleh mencecah lebih 50%. Sebelum anda membuat bayaran, tanya terlebih dahulu, adakah anda benar-benar memerlukan barangan tersebut? Jangan biarkan promosi tersebut mengaburi fikiran anda!

5. Kopi mahal (i.e hipster)

Kopi Americano yang berharga RM 9 secawan mungkin kelihatan agak berpatutan, tetapi apabila anda membelinya setiap hari sewaktu ke pejabat, ia boleh mencecah RM 9 x 20 hari bekerja = RM 180! Bayangkan, RM 180 hanya untuk kopi sahaja. Anda boleh jimatkan sehingga RM 161.61 dengan membeli Nescafe pek 100g yang boleh bertahan sehingga sebulan dan gunakan wang tersebut untuk sesuatu yang lebih berfaedah.

6. Langganan yang tidak digunakan

Servis seperti Astro, iflix, Netflix ataupun keahlian gimnasium hanya berbaloi jika anda kerap menggunakanya. Masih tidak terlambat untuk memotong keahlian servis yang jarang atau tidak  lagi digunakan. Jangan biarkan mereka ‘menyedut’ wang anda. Kena identify diantara keperluan dan kehendak. Huhu.

7. Membeli-belah ketika anda lapar

Situasi ini pasti pernah anda lalui, segalanya akan nampak lebih enak di kedai sekiranya anda dalam keadaan lapar. Elak situasi ini dengan mengisi perut anda terlebih dahulu dan buat senarai barangan yang perlu untuk membeli belah.

8. Upah untuk penyelenggaraan mudah (rumah, pakaian, kereta

Kerja seperti membaiki tandas tersumbat atau mengubah pakaian yang longgar sebenarnya tidak sukar dan panduannya boleh didapati di Internet. Anda boleh menjimatkan berpuluh ringgit untuk perkara ini.

Hal yang sama juga untuk penyelenggaraan kereta yang ringkas seperti menukar minyak enjin atau bateri kereta. Laman web seperti The News Wheel menawarkan tutorial penjagaan kereta asas yang mudah dipelajari.

9. Belian untuk permainan dalam talian

Add –on untuk aplikasi permainan biasanya dijual dalam matawang USD. Nilai USD 3 atau USD 6.99 mungkin kelihatan kecil, tetapi jika ditukar ke nilai Ringgit, ianya boleh menelan sehingga RM 50 sebulan. Anda tidak perlu membazir semata-mata untuk ke peringkat seterusnya dalam permainan aplikasi.

10. Produk penjagaan kulit dan kesihatan yang mahal

Ingat  bukan semua masalah kulit atau kesihatan boleh diselesaikan dengan produk semata-mata, tidak kira betapa meyakinkan iklan produk tersebut. Periksa dan ubah gaya hidup anda, minum lebih banyak air, makan makanan yang sihat dan dapatkan tidur yang cukup dan anda boleh saksikan sendiri perubahannya.

Gunakan produk dari jenama biasa tetapi yang menggunakan bahan sama atau bahan-bahan semulajadi seperti soda bikarbonat, gel aloe vera atau minyak kelapa. Anda juga bole amalkan tips kecantikan DIY yang boleh menjimatkan wang anda.

Jika anda mengamalkan sikap pembaziran ini, jangan risau! Masih belum terlambat untuk mengubah sikap ini dari sekarang.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi 10 pembaziran rakyat malaysia, 10 perkara yang orang kita selalu buat, apa yang membuat kita membazir

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    November 4, 2016 at 10:27 pm

    Sejak menyimpan dalam bentuk emas secara tak langsung nafsu untuk beli yang lain-lain fikir 2-3 kali sebelum membeli.

    Reply
    • siti hazreen says

      November 5, 2016 at 7:18 pm

      sama lah dengan saya, fikir 2/3 kali nak beli barang, sebab otak asyik nak beli emas hehe

      Reply
  2. siti hazreen says

    November 5, 2016 at 7:19 pm

    saya tengah berkira-kira nak tamatkan langganan astro, bukan tengok tv pun sekarang nih huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: