Pahang (0) vs (0) Selangor.
Dilihat seimbang team dua nih. Apepun pahang gagal memanfaatkan perlawanan semalam sebagai kelebihan awal tuan rumah di stadium darul makmur. Apepun ada beberapa insiden yang membuatkan azamudin akil hilang pertimbangan.Nasib baik ditenangkan oleh rakan sepasukan dan pemain dari selangor. Biasalah dalam bola sepak. Lakonan di perlukan dalam last-last minit tuh. Selangor perlukan seri di stadium darul makmur bila dah keadaan macam ini. Mungkin mereka akan bermain sebaik mungkin bila main separuh akhir kedua di stadium shah alam ahad ini.
Layan video goal highlights :
Kedah 2-2 Felda united.
Jaringan :
Augusto 8″ 55″
De Silva 37″
Edeh 63″
Pasukan underdog mara ke separuh akhir. Dua-dua pasukan nih memang liat sebenarnya. Dengan masalah teknikal tak dapat dielakkan malam semalam aku tak dapat focus game ini, Sekali sekala jer. Huhu
Zonal Marking Kedah yang agak lemah.
Gol pertama dah detect masalah team kedah nie, iaitu masalah zonal marking dan ball-watching. Ini bermaksud menjaringkan gol tidak sesukar mereka mempertahankan kubu gol daripada dibolosi. Gol kedua juga masalah yang sama. Memang kapten mereka cemerlang secara duel dan physical play yang kita lihat sebagai penebat kepada more damage di backline. Secara unit mereka terlalu toleran untuk mematikan ancaman lebih awal. Memberikan peluang kepada Zar Rahan (ancaman besar buat kedah) untuk penterate deeper and deeper.
Felda berkali kali masuk dengan mudah ke zon 14 atau between the line. Bang Seung Hwan berberapa kali positioning lost.
Berdepan kualiti Seperti Thiago dan bantuan Zar Rahan di belakang, zonal marking secara space sememangnya bukan opsyen. Di Larkin JDT bermain tight marking dan JDT masih lagi pasukan tight man marking terbaik setakat ini pun boleh kena dengan Felda. JDT menjuarai AFC kerana tight marking+zonal marking base of players dan drop deep. Lupakanlah pasal jdt lagi zik wooi. haha.
Felda Fluidity
Masalah besar Kedah bila Felda dalam fluid mood semi final nih lain pulak aku tengok. Pergerakan pemain mereka lincah dan striker sangat direct di depan gol. Dengan organisasi pertahanan Kedah yang tak compact, Felda memanipulasi ruang dengan baik, dan Kedah banyak bergantung kepada last man tackle untuk mematikan ancaman di saat saat akhir. Cuma Felda kali ini banyak kali hilang fokus di wing area. Itu memang diakui.
Felda Defensive Issue
Mendahului dua kali namun gagal mempertahankkannya. Ia agak berat untuk dibebankan 2 away goal dan bertandang ke Darul Aman. Separuh akhir second leg , for sure Kedah all out untuk lebih mengutamakan aspek clean sheet. Felda kekadang bertahan agresif tetapi banyak melepaskan poor challenge or tackles.
Open play football daripada kedua dua pasukan dan Kedah ada advantage away goal. Siapa akan mara ? Felda pada first leg turun dengan less pressure kali ini akan turun ke Darul Aman dengan level pressure yang mungkin akan cuba dikekalkan Irfan, ini kerana aku masih merasakan tekanan pada pasukan Kedah tetap akan sentiasa ada. Jadi Felda sangat bergantung kepada mental diri sendiri. Mereka dah buktikan dah kalahkan jdt di pentas suku akhir. Tenyata irfan bakti bukan calang-calang jurulatih dan sentiasa rajin membuat analisis.
Kita tunggu jerla game seterusnya. Hati pedih jdt tak dapat mara nih. Grrr
Layan video gol highlights kedah 2 vs Felda united :
si bongkok says
Tok Gajah vs Red Giants
– Berita baik utk rakan bloggger kita cikgu titan bila dapat tau selangor berjaya bawa bekalan berharga iaitu tak bolos.
– Walaupon tok gajah masih di anggap pilihan bila repeat semula kat shah alam namun mereka telah lepaskan peluang dapatkan bekalan gol di kuantan. So kat sini selangor perlu kekalkan displin yang sama di kuantan utk setidak2nya seri.
– Org besi mmg agak sukar dikawal wpon defend selangor ada org putih. So marking baik2 org besi di shah alam sebab pasti coach zainal pasti asah tajam2 org besi dan flying conti… π
Felda VS Sang kenari
– Saya anggap felda seperti sebuah pasukan “wrestling” lagi2 mamat syamim tue…itu cara saikologi yang dibawa oleh irfan chewing gum..
– Memang tak dinafikan taktikal irfan chewing gum nampak menjadi cuma kedah ada bawa bekaln gol ke darulaman pastinya bukan seperti yang dirancang oleh irfan chewing gum.
-Sang kenari pon jangan hanya harap pada tenaga import semata-mata. In case menang nanti di darul aman, player import kena KAD kuning ke2…masak juga nanti…Harap tan cheng hoe mampu gunakan taktikal yang tepat utk mengekang asakan pasukan wrestling ini… π
MDHAFiZ.NET says
kedah semakin kedepan nampaknya.
Pakcik Forex says
si bongkok ni baru keluar gua ke?
skuad Lang Merah lah, bukan kenari. Hahah
saya tak nampak apa advantagenya Selangor dlm game esok kecuali menjadi tuan rumah sahaja.
dari segi permainan kita tgk masa 1st leg hari tu Pahang menguasai permainan. Selangor cuma bernasib baik kerana kekebalan norazlan razali.
tak keterlaluan saya katakan dalam 4 pasukan separuh akhir ini, pasukan Selangor lah yg mempunyai barisan serangan yg paling tumpul.
rasa simpati pada andik vermansyah, bermain baik dgn skil yg hebat tapi tak ada sokongan dari pemain depan.
selangor juga perlu mengelakkan dari memberi sepakan penjuru kpd Phg.
kedah vs felda… dua gol away milik kedah mgkn satu advantage. ditambah dgn sokongan dari penyokong. SDA dah tentu full house mlm esok. satu fenomena yg sering kita lihat bila Kedah menjadi tuan rumah. kembalinya baddrol bakhtiar dalam skuad akan menjadi watak penting. tapi jgn lupa, christie dan indra juga akan kembali dlm skuad Felda.
faktor permainan ‘wrestling’ meminjam kata si bongkok juga faktor penting. bosan betul tgk permainan ala wrestling ni.
prediction… saya meramalkan Pahang dan Kedah akan melangkah ke final PM.
si bongkok says
Maaf ya pakcik forex..saya masih teringat zaman arwah datuk paduka basri akil..zaman2 faridzuan che hamid..radhi mat din…ahmad sobri…bila tukar lang merah nampak segar tapi LUCK belum berapa lagi rasanya…just bergaya menang treble 07 ngan 08 dibawah coach azraai khor.. π
Harap dibawah tan cheng hoe kedah lebih bersinar di masa depan… π
p/s: Skuad ada skrg bagi pendapat saya banyak bergantung pada import berbanding skuad zaman arwah basri akil..yer ker bro?
cik tom says
zik ni pyokong jdt ke? hehe…xpe jdt nanti up blk dlm plawanan lain plk..dh xde rezeki piala malaysia..
Noriza Rahman says
Bangga sebab Kedah seri…ada harapan la
Noriza Rahman says
Semoga Kedah akan menang la dengan Selangor nanti