Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for kemalangan jalan raya

kemalangan jalan raya

Negara rugi 9 billion sebab nahas jalan raya

Zik · Sep 9, 2010 · 13 Comments

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan kerugian bernilai RM9 bilion dari segi sosio ekonomi akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lepas, satu jumlah yang sangat besar, menurut  kata dari  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, menurut statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), kerugian itu berdasarkan kehilangan nyawa dan kecederaan yang dialami oleh pengguna jalan raya itu sendiri.

“Jumlah itu tidak termasuk kesedihan dan trauma yang dialami ahli keluarga mangsa kemalangan jalan raya,” katanya semasa melancarkan Operasi Bersepadu Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 di Stesen Sentral Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin berkata, berdasarkan angka kematian tahun lepas, daripada keseluruhan 6,745 kematian untuk semua kategori pengguna, 60 peratus daripadanya adalah kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Justeru itu, dinasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga tiga ‘K’, iaitu ‘Kelajuan, Kesabaran dan Kecergasan’ apabila memandu di jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

“Memandu terlalu laju boleh menyebabkan hilang kawalan dan seterusnya membahayakan nyawa bukan sahaja penumpang, tetapi turut melibatkan kenderaan lain yang mungkin menjadi mangsa akibat daripada kesalahan kita. Ingat kelajuan di jalan raya boleh membawa maut,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pemandu kenderaan agar mempunyai sifat sabar apabila memandu terutamanya di musim perayaan di mana jumlah kenderaan lebih banyak di jalan raya.

“Bersabarlah apabila hendak memotong kenderaan dan memotonglah hanya apabilakeadaan betul-betul selamat. Janganlah sesekali memotong di kawasan yang dilarang,” katanya.

Sumber sinar harian.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.