Kecoh nitizen semalam katanya gas naik hargalah, itu lah inilah, kerajaan zalimlah. Namun ini adalah berkaitan dengan caj penghantaran gas memasak naik harga. Jangan gelabah, sebaiknya tanya pada yang pakar dulu, sahkan.
SHAH ALAM – Caj perkhidmatan bagi penghantaran gas ke rumah, Petronas Home Delivery (GPHD) akan naik berkuatkuasa 1 November ini untuk semenanjung Malaysia.
Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan perkara itu dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD.
Dengan itu, harga baharu bagi GPHD ialah RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg. Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg.
Perubahan harga berkenaan hanya untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD. [Read more…] about Caj Penghantaran Gas Memasak Naik RM5, Harga GAS tak naik harga!