Layan cerita minggu ini dalam mood ramadhan katanya. Ketika umat Islam sedang bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak, desas-desus mengatakan bahawa adik Wafiy Ilhan telah pengsan ketika berpuasa! Ini adalah gara-gara merajuk dengan kakaknya yang telah tuduh dia tidak berpuasa. Keesokan harinya, Wafiy didapati pengsan oleh ibunya di bilik akibat tidak mahu berbuka puasa kerana kecewa dengan tuduhan kakaknya. Wafiy terus dibawa ke hospital.
Namun, para peminat adik Wafiy Ilhan tidak perlu bimbang kerana keadaan cemas ini hanya berlaku dalam telefilem ‘Adik Tak Tipu!’ yang bakal ke udara dalam slot Cereka Ahad pada 21 Jun, jam 10 malam di TV3. So cerita ini berkisarkan kekeluargaan dimana satu keluarga yang bahagia. Adik wafiy ini mempunyai karekter yang sangat aktif. Nakal tetapi jujur.