• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis penuh adik tak tipu, tv3

Sinopsis penuh adik tak tipu, tv3

Zik · Jun 22, 2015 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

Layan cerita minggu ini dalam mood ramadhan katanya. Ketika umat Islam sedang bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak, desas-desus mengatakan bahawa adik Wafiy Ilhan telah pengsan ketika berpuasa! Ini adalah gara-gara merajuk dengan kakaknya yang telah tuduh dia tidak berpuasa. Keesokan harinya, Wafiy didapati pengsan oleh ibunya di bilik akibat tidak mahu berbuka puasa kerana kecewa dengan tuduhan kakaknya. Wafiy terus dibawa ke hospital.

TV3 - Adik Tak Tipu!

Namun, para peminat adik Wafiy Ilhan tidak perlu bimbang kerana keadaan cemas ini hanya berlaku dalam telefilem ‘Adik Tak Tipu!’ yang bakal ke udara dalam slot Cereka Ahad pada 21 Jun, jam 10 malam di TV3. So cerita ini berkisarkan kekeluargaan dimana satu keluarga yang bahagia. Adik wafiy ini mempunyai karekter yang sangat aktif. Nakal tetapi jujur.

TV3 - Adik Tak Tipu!.

‘Adik Tak Tipu’, hasil karya Orangetree Production di bawah pengarahan saudara Azmi Hata, yang mengandungi unsur pengajaran ini turut menampilkan barisan pelakon berpengalaman seperti Fauzi Nawawi dan Elly Mazlein, serta pelakon-pelakon muda seperti Afieq Shazwan dan Sweet Farhanna. Telefilem yang pasti menjadi satu tontonan penuh pengajaran ini adalah sebuah karya kelahiran.

TV3 - Adik Tak Tipu!

Kisah bermula dengan Alfie (Wafiy Ilhan), seorang kanak-kanak nakal yang sering menimbulkan masalah kepada ibu bapanya (lakonan Elly Mazlein dan Fauzi Nawawi). Ibu bapanya sudah habis ikhtiar memikirkan cara menangani dan mententeramkan anak bongsunya yang hiperaktif. Pembantu rumah mereka, Yeni (lakonan Najua Nasir) merupakan mangsa buli utama Alfie.

TV3 - Adik Tak Tipu!

Alfie suka menyakat Yeni dengan memecahkan pasu-pasu ibunya agar Yeni marah dan terpaksa mengemasnya. Selain Yeni, rakan-rakan di sekolah juga menjadi mangsa buli Alfie dan keadaan paling cemas ialah apabila Alfie menabur gam di atas kepala salah seorang rakan kelasnya. Ini menyebabkan ibu dan bapanya terpaksa berjumpa dengan guru disiplin.

TV3 - Adik Tak Tipu!

Oleh kerana tindakan Alfie itu sudah di luar kawalan ibu bapanya, Alfie dibawa untuk bertemu seorang doktor pakar dan seorang ustaz dengan niat agar Alfie akan berlembut hati dan mendengar kata. Namun, ikhtiar ibu bapanya hanyalah sia-sia kerana Alfie tetap juga nakal seperti biasa.

TV3 - Adik Tak Tipu!

Akhirnya, ibu dan bapa Alfie mendapat idea untuk menggunakan bulan puasa sebagai cara untuk mendidik Alfie. Bapa Alfie berjanji kepadanya untuk membeli satu hadiah lumayan iaitu roket, sekiranya Alfie berjaya berpuasa penuh. Bermula pada hari itu, Alfie bernekad untuk berpuasa penuh dengan harapan untuk mendapat ganjaran dari ayahnya.

TV3 - Adik Tak Tipu!

Segalanya berjalan dengan lancar dan Alfie mampu mempertahankan puasanya. Sehingga satu hari, Alfie berkecil hati kerana kakaknya (lakonan Sweet Farhanna) menuduhnya tidak berpuasa. Diaorang plan letak kek dekat meja sbil letak kamera cctv. Tapi bukan alfie yang makan, orabg gaji dia yang makan. Alfie merajuk dan enggan untuk berbuka puasa bersama keluarganya. Hal ini menyebabkan Alfie mengalami dehidrasi lalu pitam dan tidak sedarkan diri.

TV3 - Adik Tak Tipu!

Adakah Alfie mampu diselamatkan? Dapatkah Alfie menyambut Aidilfitri bersama keluarganya? Dapatkan jawapan anda dalam telefilem ‘Adik Tak Tipu!’, 21 Jun dalam slot Cereka Ahad, jam 10 malam di TV3. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

TV3 - Adik Tak Tipu!

Jika ada yang terlepas tayangan ‘Adik Tak Tipu!’, anda boleh ‘catch up’ telefilem istimewa sempena Ramadan ini di www.tonton.com.my.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment, Kekeluargaan adik tak tipu, sinopsis penuh adik tak tipu, tonton cerekarama adik tak tipu, tonton online adik tak tipu

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    June 23, 2015 at 2:10 am

    hoho..

    macam best aje cite ni wehh..

    Reply
  2. Uncle Zuan says

    June 23, 2015 at 5:32 am

    hehe macam klako je

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d