Bermula tengah malam ini (pukul 12.00 malam) , petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.90 seliter. Sekali lagi aku mention , harga baru bukan naik harga (isk2 ). Aku ingat baru bulan lepas jer aku buat, kalau korang ingat entri bulan lepas mengenai kenaikan ron 97. Macam tengah bermimpi nih. Hush2x.
Harga lama – Petrol RON 95 – RM1.90 seliter. <kekal>
Harga lama – Petrol RON 97 – RM2.70 seliter. Harga Bulan lepas april, Naik 20 sen < harga baru RM 2.90 >
Harga lama – Diesel – <Harga seliter rm1.80> Kekal
Harga lama- Minyak tanah – <Harga seliter rm2.50> Kekal
Harga minyak diesel, ron 95, dan minyak tanah, serta minyak masak seperti biasa.
Sekian dimaklumkan. (ayat sama beb dekat entri sebelum nie). Tukar harga jer.
Tahun nie bulan 5, dah kali ke 6.
Ini kali keenam/ketujuh harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya berada di awang-awangan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.
Jom kita tengok benchmark harga dari bulan satu sampai bulan april. Akan datang, aku tak tahu lah. Huhu. Sebab naik harga katanya ikut harga pasaran maa. Kalau anda perasan inilah harga yang naik mendadak ketika zaman DS Abdullah (pak lah) 2008, ketika naik mendadak secara drastik (dah lepas dia punya harga lah). Sekian terima kasih.
Pstt: Alang-alang tuh genapkan jer rm3.00 seliter. Huhu.

Sumber malaysiakini.

kalo harga ron95 naik rasanya ada demo lagi la pasni huhu
Nak beli kete, interest naik
Nak beli umah, BLR pun naik
Nak isi minyak kete pun naik juga….
Alahai…. kita juga yg makin kurus dok pikir mana nak carik duit. Huhuhu

bEe recently posted..Dia tidak menangis…
Kenaikan tertinggi setakat ini untuk RON97. Harapan agar harga RON95 kekal
akubiomed recently posted..Bulan April bersama famili
harapan yang sangat diharapkan… tapi tak tahu sampai bila??
Guna minyak RON95 je… kete pun Proton Saga Kereta Kebal je guna… kete murah…..
aktechpage.com recently posted..Selamatkan Data Anda Yang Ada di Friendster
Erm betul2x… jimat … janji boleh sampai..
kita naik beskal je la..
Khidhir recently posted..Elakkan Account Facebook Anda Daripada Diceroboh
nak beli basikal bulan depan kot…
nasib baik aku pakai RON95 je. tak mampu nak pakai RON97
nasslimdiet2 recently posted..10 Pengomen paling tegar April 2011
samalah kita…
Slalu guna ron95 je..kalau harga ron95 pun naik jugak susah le nampaknya.
Ajoi recently posted..Berniaga Tanpa Modal-Tidak mustahil
kalau naik.. harga barang mesti naik lah lepas nih,,,
Seperti jangkaan, naik juga.
Pahni janganlah pandu kereta laju-laju, jimat minyak sikit.
(err. ada efek ke?)
Bersabarlah pengguna Ron 97.

Mungkin pasni boleh ramai-ramai guna basikal macam kat jepun/korea nun.
Saya Laa Diang recently posted..Perkongsian – Faedah Membaca Buku
naik skateboard pun ok gak..hehe
Okeh juga tu, bro.
Mesra alam sikit. Heh. ^^
Saya Laa Dia recently posted..Ibu Adalah Insan Mulia
hahha dah lama tinggai dunia sk8.. dah gemok takleh nk ollie dah rasa aku hoho
tengah tunggu ron 95 plak naik. haha..
eshhh janganlah…. kalau naik… tak tahulah.
minyak naik lagi
lepas menang undi
rakyat susah hati
tak berubah gaji
tehr recently posted..Semua jadi Satu
time pilihan raya jer…. pung -pang.. lepas tuuhh… senyap… minyak naik harga…
dah naik sush juga ya//mujur suri bru beli sebuh basikal hee…
oklah tuh jimat sikit nak pergi kedai yang dekat2 nih….
Sabo je lah.
Hisyam recently posted..Pekerja Fikir Dan Tak Fikir
Ne kenaikan satu dunia kot
Azhar@Shed Plans recently posted..Metal Garden Sheds – The Good and Bad
ah ya..kali ini naik satu dunia..
Makin parahla eden ,patotla hari ne minyak masak takda ,hampehh tuui
Razlan recently posted..Panduan Asas Temuduga
banyak benda2 lain pun jadi effect… harga makanan pun ada naik jugak… huhu
Pagi tadi, pergi ke stesen minyak untuk mengisi tangki EX5. Terasa pelik, kenapa harga 97 Seliter RM 2.90, rasanya sebelum ini RM 2.70 sahaja.?
Rupa2 harga naik lagi. Hmm..
Hadi Rofiee recently posted..Kisah seorang pelajar yang nakal
apa nak jadi.. nasib baik guna ron95 .. huhu
makin lama makin naik
siap la kereta lembu~
syahrilhafiz recently posted..Renungan Bersama- Bacalah Wahai Sahabatku
aku naik sampan lepas nie pergi keje… huhu..
Semua nak naik..kita yg miskin lagi miskin jadinya, drg yg kaya xperla pakai minyak mahal2..jangan le Ron-95 plak naik..memang sakitlah rakyat..
BroZooL recently posted..Rugi Daftar Google Friends Jika Tidak Dapat Dikunjungi!
diaorang yang kaya… dengan pak menteri… semua disponsor… huhu
rasa baru je aku tengok gmbar ni sebelum ni..tup2 kuar lagi…sah harga minyak naik lagi..so entri minyak pun naik kt sini..hehe
fendidahada recently posted..JustKhai kena Hack
naik macam biasa… huhu.. tengok bulan depan ada tak??
bulan depan ada lagi..beli kuda la camni..semua nak naik..haha
fendidahada recently posted..Makanan Terbaek di William
Tak pe lah. Kawe pakai Ron95 jer.. Biarlah org kaya-kaya jer yg absorb harga minyak dengan beli Ron97 tu. Bagus gak idea krjn kalau cam ni

Ismail N recently posted..Kereta Mainan Roq
Kadang-kadang guna jugak minyak ron 97 ni kat kete. Kalau guna banyak sangat ron95 takut nanti rosak, tapi dah naik dekat rm3 seliter nampaknya tak manukar lah kot.
bEe pun pakai Ron95 aje….. hihihihi
bEe recently posted..Dia tidak menangis…
salam..
ermmm..TAHNIAH!!!!!
Sarawak baru menang je…
Kalau menang pilihan raya umum tak tahulah apa yang bakal naik lagi.
GST pun dah 6%, ETP lah GTP lah…muluk dikata tapi rakyat menderita.
naik cepat turun lambat
turun dah takda dah sekarang nie… isk2..