Rahsia khusyuk dalam solat.

ImageShack, share photos of solat, share pictures of solat, share video of solat, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting.

Mendapatkan sembahyang yang khusyuk bukan suatu yang mudah.

Pada edisi lepas, ada membicarakan tentang bagaimana untuk mendapatkan khusyuk dalam solat dalam versi video dari ustaz harun din. Mungkin kerana, kesukaran untuk melihat video youtube itu, telah aku menterjehmahkan kedalam bentuk penulisan.

Pengertian Khusyuk.

Khusyu’ bolehlah didefinasikan iaitu menumpukan sepenuh perhatian dan tumpuan semasa solat seperti ia berhadapan dengan Allah. Hati dan fikirannya berada sepenuhnya di dalam solat tersebut dan tidak lalai daripada mengingati perkara-perkara lain di luar solat.

Sebenarnya khusyu’ dalam Solat adalah satu perkara yang sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:

Yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”
[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Ramai orang Islam yang mengerjakan solat tetapi berapa ramai yang dapat merasai khusyuk di dalam solatnya? Khusyuk adalah merupakan perkara maknawi yang tidak dapat dilihat, namun mampu dirasa oleh sebahagian orang. Sebuah kitab fiqh yang menyentuh secara khusus tentang bab solat ini ialah Muniyatul Musalli yang mana solat  itu digambarkan sebagai persembahan hadiah kepada Khaliq. Solat yang tidak khusyuk ibarat persembahan hadiah yang tidak bernilai dan tidak memberi sebarang makna.

Dibawah ini, ada 15 rahsia untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. Moga-moganya ia bermanfaat buat aku dan anda semua.

1. Mendirikan sembahyang pada awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak terlalu tergopoh gapah apabila  masa hampir habisnya waktu sembahyang itu.

2. Hendaklah kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

3. Untuk menjauhkan pemikiran tidak liar(seperti gambar diatas), sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut diketahui oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat hendaklah dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi/fokus (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah sedang memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah. (sangat digalakkan).

10. Mengambil wuduk dengan sempurna. (ambillah perkara yang sunat sekali).

11. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

12. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Serta elakkan penggunaan sejadah yang mempunyai lambang salib, kadang-kadang ia mengelirukan.

13. Kurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. Sah sembahyang itu, jika kita melihat tempat-tempat lain. Cumanya, pahala akan berkurang dan orang disekeliling akan mula pelik, dan tertanya-tanya?? Mungkin cabaran buat yang sedang sembahyang, tiba-tiba digigit oleh nyamuk (seperti gambar diatas).

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Sebolehnya elakkan memakani pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Contohnya,”Eh, baju Machester United tuh, kira satu geng dengan aku tuh”. Kan dah hilang fokus!!

Renungan bersama-sama.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.

Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Sumber zakat sel dan bingkisan dakwah.

Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. says

    Salam semua

    Dikatakan solat itu tiang agama. Dan yg pertama2 dihisab adalah solat, jika baik solatnya maka dikira baik semua amalan nya

    Waduh begitu hebat dan tinggi martabat solat itu sehingga jika ianya baik maka dikira semua baik amalan yg lainnya. Makanya solat yg bagaimana kah itu? Kita lihat ramai yg solat tapi masih bercakap bohong. Ramai yg solat tapi berbuat maksiat, ramai yg solat tapi menipu org lain malahan rakan2 nya sendiri ditipunya

    Cuba perhatikan mafhom satu Hadith;

    “Yang pertama sekali diangkat Allah dari ummat ini adalah khusyu’, sehingga kamu tidak menemukan seorang pun yg khusyu’ dlm solatnya”

    Juga perhatikan Firman Allah;

    “Telah beruntung orang2 yg beriman, iaitu mereka yg khusyu’ dalam solatnya” Al-Mukminuun ayat 1-2

    “Pastilah org yg beriman itu apbila disebutkan nama Allah, gementar hatinya, dan apabila diperdengarkan ayat2 Allah bertambah2 imannya” A1-Anfaal ayat 2

    Jadinya jika kita lihat semuanya berkait rapat, iaitu antara IMAN, KHUSYU’, SOLAT, KEBAHAGIAAN

    Apa mafhom khusyu? Secara mudah ia bererti tidak ingat selain dari Allah
    Apakah khusyu’ itu boleh terjadi hanya dengan ikhtiar manusia? Jawapannya adalah mustahil

    Kerana jika kita imbas kembali sejarah Sayidina Ali solat sunat sehingga tidak terasa anak panah dicabut dari betisnya, ternyata khusyu’ bukan hanya dari usaha manusia.

    Jadi khusyu’ yg haqiqi adalah karunia dari Allah jua. Walaubagaimana pun, manusia perlulah menempuh jalan2 yg tertentu (tariq) sebelum Allah memberi atau mencurahkan nikmat khusyu’ itu. Jadi manusia perlu menempuh perjalanan (tareqat – dari segi Bahasa Arab) menuju kepada Pencipta mereka dan apabila telah bersedia jiwa itu utk menerima natijah dari usahanya. Maka dikala itu Allah mengurnia kan, memberi, mencurahkan kekhusyukan solat yg tidak pernah dirasakannya.

    Seperti Firman Allah; “Sesunguhnya Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (seseorang) sehingga mereka sendiri yg mengubah nasib mereka”

    Tuhan itu adil, jadinya semua manusia diberi jiwa yg sama asalnya, iaitu jiwa yg pernah mengenal Tuhannya semasa dialam roh semasa Tuhan menanyakan kepada mereka

    “Bukankah Aku ini Tuhan kamu, lalu mereka menjawab “Bah kan, Kamu Tuhan kami dan kami budak Kamu” (Alas tu bi Rabbi kum?)

    Dan jiwa2 ini semuanya dilahirkan kedunia dgn punya Hawa, nafsu, Dunia, Syaitan dan mereka masing2 ada kebebasan mencari, mengambil apa yg mereka sukai. Jika bapak mereka Majusi, maka anak pun jadi Majusi. Tapi oleh kerana jiwa tadi pernah mengenal Tuhan disatu masa dulu dialam roh, maka ada diantaranya iaitu mereka2 yang mengikut naluri dari fitrah nya, mereka berupaya menemui jalan pulang, lantas kita dengar ramai org2 kafir yg kembali kepada Islam

    Setelah Islam (iaitu muallaf selama setahun) sepatutnya jiwa2 ini terus mencari kepada IMAN, iaitu pada tahap mendapat khusyu dlm solatnya.

    Kerana dari mafhom Firman Tuhan tadi;

    “Telah beruntung orang2 yg beriman, iaitu mereka yg khusyu’ dalam solatnya” Al-Mukminuun ayat 1-2

    Maka semua jiwa tidak terlepas dari janji Tuhan ini, kita semua terikat dgn janji Tuhan ini… ini ayat Quran, maha benar dan sohih, tidak ada dolak dalik lagi

    Samada dipanggil dgn nama Tasawuf, Sufi, Tariqat, atau apa saja… itu tidak penting. Yg penting bagaimana supaya kita dapat khusyu’ dlm solat kita, dan utk itu kita wajib… ya… WAJIB menempuh jalan2 yg membawa kita kepada satu natijah yg benar2 bererti

    Kerana jika selagi tidak mendapat khusyu’ selagi itu sebenarnya hati2 kita masih kosong.. hampa… solat yg tidak memberi erti yg sebenarnya. Maaflah… inilah haqiqat kebenarannya.

    Antara homepage yg terbaik menerang kan dgn panjanag lebar, sila lah lawati yg berikut, dengar dan baca lah dgn berlapang dada; Sekian Wassalam

    http://www.thesufi.co.cc/search/label/HIKMAH%20SUFI

  2. says

    kalau nak ikutkan bukan senang nak betul2 khusyuk dalam solat… buka sekadar bacaan dan tumpuan… hati dan jiwa perlu juga khusyuk seperti benar2 Yang Maha Esa ada di depan kita… ustaz aku bagi nasihat masa tu…

  3. says

    masa dalam solat lah muncul berbagai idea dan perkara penting, dan masa dalam solat juga lah benda yang kita lupa akan kembali diingati..
    dan itu lah cara setan mengalihkan tumpaan kita dan solat kita berjaya diganggu

  4. says

    Bagus sekali entri ini kepada semua umat Islam kerana kesempurnaan solat menjanjikan ketenangan jiwa dan sekiranya solat yang huru hara maka tidak menjanjikan kesempurnaan. Manusia macam kita pun tak leh lari dari banyak ingat hal dunia hingga terbawa dalam solat. Pedoman yang amat bermakna

  5. says

    Banyak manfaat entri kali ini. Terima kasih ye. Dalam solat kita perlu berniat ikhlas kepada Allah, beriman kepada Allah dan harus Ittiba’ iaitu mencontohi Rasulullah s.a.w dalam melakukan amal ibadah. InsyaAllah apa yang kita kerjakan diterima disisiNya.

  6. says

    Assalaamu`alaikum zik,
    ini satu peringatan yang baik, walaupun sudah pernah membacanya tapi saya masih lagi tertarik untuk membacanya kerana fitrah kita sentiasa lupa. Apa lagi kepada ilmu agama. Paling penting kita dijauhi daripada sifat menulis tapi gagal melaksanakannya. Terima kasih Zik.
    Pst… yang ke 12 tue jangan elakkan sahaja, kalau perlu pastikan sejadah kita itu tidak mempunyai sebarang gambar dan benda yang boleh mengelirukan.

  7. says

    anggaplah setiap solat kita adalah solat terakhir.. tp sy sndiri tak mampu.

    Ada kitab yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bertajuk ” Rahsia Khusyuk Dalam Solat”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge