Piala Sudirman: Malaysia tewas dengan Indonesia 3-2, naib juara kump B

piala sudirman 2011, sudirman cup 2011, qingdao sudirman cup 2011, keputusan terkini piala sudirman 2011

Sedih, hampa, kecewa dan macam-macam lagilah, aku pun tak tahu nak cakap apa dah. Malaysia bakal laluan maut pada suku akhir badminton Piala Sudirman apabila gagal muncul juara Kumpulan B selepas kalah tipis 2-3 kepada Indonesia dalam perlawanan sengit di Qingdao Sports Centre Conson Stadium, Qingdao, PR China, malam semalam. Tak sangka perlawanan ini sudah  pun bermula  from  22  Mei yang lepas dan akan berakhir pada  29 May 2011.

Padahal dah leading tuh.

Walaupun sudah dua kali mendahului 1-0 dan 2-1, namun Indonesia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan 2-2, sebelum kemenangan berpihak kepada mereka menerusi beregu campuran, Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadet yang menundukkan pasangan muda negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-18, 21-15.

Menamatkan cabaran selaku naib juara kumpulan bermakna Malaysia ada kemungkinan besar menentang pilihan utama dan juara tujuh kali, China,  namun ia bergantung kepada undian yang bakal dijalankan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).Erkk.. patut jumpa final nie.

Kronologi perlawanan Malaysia VS Indonesia. (malam semalam)

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menghadiahkan mata pertama negara, selepas straight set dengan menang mudah 21-15, 21-17 ke atas Alvent Yulianto-Mohamad Ahsan, namun Adri yanti Firdasari menyamakan kedudukan 1-1 dengan menumpaskan Lydia Cheah 21-8, 21-12 dalam perseorangan wanita.

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meletakkan pasukan negara 2-1 di depan apabila menundukkan Dionysius Hayom Rumbaka 21-8, 21-8 tetapi Indonesia kembali menyamakan kedudukan 2-2 selepas Greysa Polii-Meliana Jauhari mengalahkan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui 21-23, 14-21, sebelum beregu campuran Peng Soon Chan/Liu Ying Goh vs. Fran Kurniawan Teng/Pia Zebadiah Bernadet 18-21 15-21 tunduk dalam penentuan beregu campuran.

  • Koo Kien Keat-Tan Boon Heong VS Alvent Yulianto-Mohamad Ahsan  21-15, 21-17 MAS
  • Adri yanti Firdasari VS Lydia Cheah 21-8, 21-12 INA
  • Lee Chong Wei VS Dionysius Hayom Rumbaka 21-8, 21-8 MAS
  • Greysa Polii-Meliana Jauhari VS Wong Pei Tty-Chin Eei Hui 21-23, 14-21 INA
  • Peng Soon Chan/Liu Ying Goh vs. Fran Kurniawan Teng/Pia Zebadiah Bernadet 18-21 15-21 INA

Keputusan lain:

China kalahkan jepun 5-0 beb!! Group D   , Denmark 2:3 Korea. Keputusan penuh di blog sanoktah

Update: Hasil dari undian pada pukul 2 .15 pagi tadi:

Untuk saingan suku akhir Kejohanan ini,

  • China akan berlawan dengan India.
  • Korea Selatan  berlawan dengan Malaysia.
  • Denmark akan bertemu Taiwan.
  • Jepun akan menentang Indonesia.

Korea selatan, bukan calang-calang tuh. Perlawanan suku akhir ini akan berlangsung pada  hari ini dan esok , iaitu Jumaat. Sama-samalah kita memberi sokongan moral kepada pasukan negara kita.

Sumber utusan.com.my

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Related post

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini Google Plus Zikri Husaini
This entry was posted in Sukan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Piala Sudirman: Malaysia tewas dengan Indonesia 3-2, naib juara kump B

  1. SyafzMagz says:

    nak buat macam mana…kena cuba lagi…dan moga dapat lakukan yang terbaik lepas ni…
    SyafzMagz recently posted..Senarai Sembilan Sekolah Berprestasi TinggiMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. titan says:

    em..single..kita cuma harap dengan lydia dan ying ji aje..aku harap ying ji tu..kena letak under misbun..tapi misbun dah takde..so..payah da..

    bergu perempuan tu..itu ajelah yang kita ada..wong pey ti tu pun dah tua..sape la pengganti dia nanti..

    bergu campuran..itu bergu harapan muda negara..ada gak pelapis..kena training gila-gila diorang lepas nih..ada harapan untuk pergi jauh.. tapi dah 2 round diorang ni kalahh..aduhh..
    titan recently posted..Komisen ketiga dari 701panduanMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. Pingback: Malaysia kalah 2-3 dengan korea separuh akhir Piala Sudirman 2011! | Zikri Husaini

  4. zack says:

    erm..malaysia kalah lagi dengan korea..
    sebenarnya memang pemain wanita malaysia kurang menyerlah..
    BAM patut ambil tindakan segera untuk pulihkan keadaan ini..
    saya faham keadaan pemain semasa di gelanggang..
    penuh dengan tekanan..tapi
    sebagai pemain profesional sepatutnya dapat mengawal keadaan itu..
    sy dapati ada pemain wanita kita juga yang agak berisi??
    betulkah dia dah buat latihan yang secukupnya??
    mungkin juga salah satu faktor kekalahan..setuju tak???

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      pelapis untuk pemain wanita pun macam kurang juga…. tapi memang lemah pemain badminton wanita…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  5. zack says:

    tak tau nak ckp pe

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  6. Ezany-Kun says:

    badminton pempuan malaysia mmg kureng sket.. kalo main kumpualn tu yg payah nak menang..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  7. zulkbo says:

    salam Zikr..
    jangan takut..
    biar sukar baru menjadi
    Juara yang di geruni
    zulkbo recently posted..Juara American Idol 2011 – Scotty McCreeryMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  8. yas says:

    Selamat maju jaya buat pasukan kebangsaan…erkkk dh kalah kee…huhuhuhu
    yas recently posted..25-000 burger Big Mac sejak 17may 1972My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  9. Miss Tira says:

    Beregu lelaki Korea Selatan adalah senjata utam untuk negara itu. Mereka adalah lawan yang sangat hebat. Semoga Malaysia berjaya.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  10. boleh lagi, we always believe
    tengkorak emas recently posted..Dialog 1My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  11. suri says:

    rezeki bukan milik kita..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  12. farass says:

    hurm ye kew… chaiyok malaysia.. masih ada harapan lagik… kipas2….
    farass recently posted..hantaranMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  13. chii says:

    xpe2..len kali leh cuba lg …

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  14. Takpe-takpe….
    Nanti lawan dengan korea kita menang tu…. :D
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Malaysia Blog advertising companyMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge