Peristiwa penting di Bulan Muharam (10 Muharam)

awal muharam, 10 muharam, peristiwa 10 muharam

Malam tadi baru sahaja mendengar ceramah di Masjid Jamik mengenai peristiwa 10 muharam oleh Ustaz Masrom (pegawai dakwah daerah muar, Johor). Sedikit sebanyak , dapat banyak input yang bermanfaat santapan rohani dan juga refresh balik ilmu-imu yang kita dah lupa tuh.

Selain itu juga, dapat menikmati bubur asyura yang sangat enak. Setiap negeri rasanya memang lain dan hidangannya pun berbeza. Kalau johor nih, biasalah macam ala-ala bubur lambok, cuma ada tambah-tambah jagung, daging dan macam-macamlah.

Kita baru sahaja menyambut awal tahun 1433 Hijrah, beberapa hari yang lepas (hari sabtu lepas). Seperti yang telah dijelaskan, bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini.

Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mukjizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu keampunan dan keredhaan bagi hamba-hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.

Peristiwa penting dalam 10 muharam.

  1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
  2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
  3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
  4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
  6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
  7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
  8. Nabi Ayub a.s. disembuhkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dihidapnya sekian lama;
  9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
  10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari serangan tentera Fir’aun;
  11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
  13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
  14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
  15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
  16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
  17. Allah jadikan Arasy;
  18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan
  19. Allah jadikan malaikat Jibril.

Dengan sebab  itulah hari tarikh 10 muharam ini sangat besar. Banyak sangat peristiwa yang berlaku di tarikh itu.

Bubur Asyura.

Kaitan bubur asyura adalah dengan peristiwa yang no3 diatas, iaitu nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan.

Ketika waktu itu, mereka kekurangan bekalan makanan. Jadi semua makanan yang ada (campur buaah-buahan, gandum, beras, daging dan sebagainya) dikumpulkan dalam satu kawah besar, dan dimasak dengan dicampurkan semua sekali sehingga hancur dan menjadi bubur. Memang betul, ketika zaman nabi Muhammad memang takda buat meraikan hari asyura seperti ini.

Tetapi kita mengambil satu konsep yang positif, ia adalah bagus dari segi gotong royong, bekerjasama dan juga kita berniat untuk bersedekah memberi makan kepada mereka yang hadir ke majlis ini.

Puasa Sunat 10 muharam.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a : (yang bermaksud)

Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah s.a.w mengajak kita berpuasa pada 10 Muharam. Berpuasa pada 9 dan 10 Muharam ataupun 10 dan 11 Muharam. Jika kita puasa 2 hari berturut-turut pada 9 dan 10 Muharam ataupun 10 dan 11 Muharam, kita adalah golongan yang mengikut sunnah baginda kerana Rasulullah s.a.w berpuasa dua hari berturut-turut seperti tarikh yang telah dinyatakan. Namun sekiranya kita berpuasa pada 10 Muharam sahaja pun boleh lagi.

Sekian dimaklumkan (untuk dikongsi bersama), wallahu a’lam.

Sumber soleh.net, dan wuddah11

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Comments

  1. says

    Bulan Muharram adalah salah satu daripada bulan agung di dalam kalendar Islam. Beberapa peristiwa penting berlaku di dalam bulan ini. Kehadiran bulan Muharram sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya.

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says

      mana lagi bagus tak ingatkan langsung.. peristiwa dari duk kita duk cerita hal duniawi.. betul , kita cakap mesti mahu bikin juga.. tapi kadang2 kalau kita cakap seolah2 kita nih macam bagus ..itu riak namanya.. kita cakap bukan sebab kata kita nih bagus.. tapi sebab kita tahu dan ada ilmu untuk amalkan, dan ingatkan bersama..

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
      • says

        orang yang saling ingat-mengingati kan di gambarkan sebagai orang yang paling beruntung.

        So tak kira lah apa yang zik tulis, asalkan niat itu untuk mengingati dan mengajar sesiapa yang tak tahu..

        Itu dah cukup bagus!
        sabree hussin recently posted..Nak Rezeki Yang Banyak? Bekerjalah…My Profile

        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge