BAJET 2019!!
KUALA LUMPUR: Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang. Boleh muat turun download ucapan penuh YB Lim Guang Eng Hari ini jam 7 petang.
UCAPAN PENUH BAJET 2019(PDF FILE)
Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki.
Baru-baru ini Lim berkata, bajet 2019 akan menjadi bajet yang sukar kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun.
“Ini bermakna kerajaan baharu perlu melaksanakan tugas amat berat untuk memperkukuh kedudukan kewangannya dan pada masa yang sama mengemudi ekonomi keluar daripada kelembapan pada tahun-tahun akan datang,” kata Kenanga Investment Bank dalam satu Nota Penyelidikan.
Peruntukan Bajet 2019 berdasarkan purata harga minyak mentah AS$70 satu tong, walaupun penanda aras minyak mentah Brent mendekati AS$80 satu tong pada masa ini.
Berita baiknya ialah kerajaan bertekad untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu tanpa mengetepikan kesejahteraan rakyat.
Setakat ini, beberapa petunjuk menunjukkan kemungkinan cukai baharu diperkenalkan.
Spekulasi tersebar berhubung pengenalan cukai harta pusaka, cukai keuntungan modal serta cukai baharu ke atas soda dan e-dagang.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata cukai baharu terbabit tidak akan membebankan rakyat dan pendapatan itu akan digunakan untuk rakyat serta mengurangkan beban membayar balik hutang negara.
Beliau berkata, pendapatan itu akan diguna untuk menyelenggara operasi kerajaan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan, menutup jurang pembangunan bandar-luar bandar serta menyelesaikan hutang kerajaan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberi jaminan bahawa bajet itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh serta menjamin kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.
Selain daripada dasar-dasar baru dan langkah-langkah yang “sukar”, adalah menarik untuk melihat bagaimana kerajaan akan menangani kekurangan pendapatan akibat pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Pendapatan kerajaan untuk 2018 akan merosot kepada RM21 bilion berikutan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST.
Kesannya adalah kekurangan RM17 bilion dalam pendapatan kerajaan tahun ini.
Kerajaan baharu jelas perlu melakukan lebih banyak perkara dengan sumber terhad dan ia perlu melakukannya dengan segala kuasa dan keupayaannya. – BERNAMA
LIVE STREAMING BAJET 2019 :
Ini adalah 10 sebab kenapa anda perlu tontoni Belanjawan 2019:
1. Ini adalah belanjawan pertama Kerajaan Pakatan Harapan
Bagaimanakah manifesto Pakatan Harapan yang menjadi asas kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 akan diterjemahkan kepada pelan setahun dalam Belanjawan 2019 ini? Bagaimana ini akan menjadikan pertumbuhan Malaysia lebih bermakna? Ini tentunya akan menjadi antara teras kepada pelan setahun ekonomi Malaysia.
2. Ketahui pelan kerajaan untuk tangani isu kos sara hidup
Tentunya yang dinantikan nanti adalah pengumuman berkenaan bantuan tunai kepada kumpulan berpendapatan rendah. Namun menarik untuk kita lihat bagaimanakah kerajaan akan menguruskan subsidi yang lebih terfokus untuk memastikan kumpulan yang berhak menerima bantuan tersebut. Ini tentunya akan membantu kumpulan yang benar-benar perlukan, dalam masa yang sama, membantu kerajaan uruskan kedudukan kewangan negara.
3. Cara kerajaan untuk kurangkan jurang antara kaya dengan miskin.
Ini tentunya perlukan pelan jangka panjang, namun, ia harus bermula di dalam Belanjawan 2019 ini. Jadi apa pelannya untuk pastikan jurang antara Kumpulan B40 dan kumpulan T20 akan dikurangkan.
4. Polisi yang lebih membantu negeri yang sedikit ketinggalan
Menurut laporan Khazanah Research Institute dan kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 wujud perbezaan kedudukan ekonomi antara negeri-negeri di Malaysia. Ada negeri yang jauh ke hadapan dari segi pendapatan individu dan infrastruktur, ada juga yang masih ketinggalan. Jadi apakah cara kerajaan akan kurangkan jurang ekonomi negeri ini?
5. Pelan pendidikan untuk sampai ke 2020
Ini adalah belanjawan pertama daripada 2 dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 menuju ke 2020. Jadi apakah pelan pendidikan yang diperlukan untuk mencapai sasaran negara maju 2020? Ramai yang mengkritik tentang sistem pendidikan negara sedia ada dan bagaimana ia sukar untuk lahirkan modal insan yang baik untuk pasaran pekerjaan. Jadi apakah asas yang akan dibina dalam belanjawan ini?
6. Wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak muda
Rata-rata, negeri-negeri yang jauh daripada Kuala Lumpur yang kami tinjau menyatakan sukar untuk anak muda mencari peluang pekerjaan. Apakah isu utama dan bagaimanakah kerajaan akan wujudkan ekosistem terbaik untuk bantu wujudkan peluang pekerjaan di negeri ini? Takkan lah selamanya anak muda ingin tinggalkan kampong halaman semata mencari kerja? Bagaimanakah anak muda ini dapat wujudkan peluang pekerjaan sendiri di negeri masing-masing?
7. Bagaimana untuk perbaiki penyampaian dan pengurusan awam
Banyak kritikan dilemparkan kepada perkhidmatan awam. Namun ada juga organisasi yang melakukan banyak pembaharuan dan penambahbaikan. Apakah yang diperlukan untuk membantu penyampaian dan pelaksanaan pelan dan polisi kerajaan? Bagaimanakah untuk meningkatkan ketelusan, integriti dan perbaiki penyampaian? Adakah ini akan dijelaskan dalam Belanjawan 2019?
8. Tingkat penyertaan wanita dalam ekonomi
Malaysia menyaksikan ramai tenaga kerja wanita yang meninggalkan pekerjaan mereka pada usia 30-an untuk memulakan keluarga. Di negara maju seperti Korea dan Jepun wanita ini kemudian akan masuk kembali ke pasaran pekerjaan sekitar 40-45 tahun. Namun ini tidak berlaku di Malaysia. Apa yang kerajaan boleh lakukan untuk tingkatkan kemasukan wanita dalam pasaran pekerjaan dan meningkatkan kepelbagaian dalam ekonomi?
9. Ekonomi Hijau
Banyak yang telah diumumkan sebelum ini untuk merancakkan aktiviti ekonomi hijau. Daripada insentif kepada bangunan dan kenderaan kepada pembangunan tenaga hijau. Namun ini bukan lagi sekadar satu frasa popular sahaja. Bagaimana polisi ini dapat dilaksanakan di peringkat industri dan dalam kehidupan seharian?
10. Pertumbuhan sejahtera
Angka-angka KDNK, inflasi, PPI, dan pelbagai lagi digunakan untuk menggambarkan pertumbuhan baik di atas kertas. Namun di luar sana, bagaimana angka ini diterjemah kepada kualiti hidup yang lebih baik? Adakah wang di dalam poket anda akan mampu untuk memberi lebih nilai kepada anda dan keluarga anda? Bagaimana kita sebagai warga Malaysia dapat hidup lebih bahagia dengan Belanjawan 2019 ini?
Adakah ini semua akan terjawab dalam Belanjawan 2019?
Hari ini Astro AWANI akan menyiarkan diskusi Belanjawan 2019 dan Pembentangan Belanjawan 2019 bersama hos, Rizal Zulkapli dan Luqman Hariz. Petang ini jangan lupa.
Bajet 2019, HADIAH UNTUK RAKYAT??
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perihal ‘hadiah’ buat rakyat dalam Bajet 2019 tidak akan didedahkannya sehinggalah pembentangan bajet itu esok.
Katanya, buat masa ini beliau ‘dikehendaki untuk tutup mulut’ daripada memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
“Itu saya tak tahu…saya tak dibenarkan cerita,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai apa yang rakyat bakal dapat dalam Bajet 2019.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bajet 2019: ‘Kita minta rakyat korban sedikit sahaja’]
Dr Mahathir sebelum ini membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan ‘bajet pengorbanan’ memandangkan keadaan ekonomi negara sekarang yang kurang mampan.
Dr Mahathir ketika menjadi panel dalam program Bicara Minda Sinar Harian baru-baru ini turut meminta rakyat memberi sedikit pengorbanan.
Katanya, pengorbanan yang di minta bukan banyak sangat.
Jelasnya, kerajaan hari ini tidak ada duit untuk beri sama seperti kerajaan dahulu.
Katanya, rakyat perlu menerima hakikat bahawa prestasi kewangan negara tidak membenarkan pemberian wang secara percuma.
Pembentangan Bajet 2019 akan berlangsung esok jam 4 petang di Dewan Parlimen.
Leave a Reply