Credit poster to artoise. Perlawanan malam ini akan menentukan pasukan manakah yang akan menjadi juara piala malaysia edisi 2015. Kedah atau Selangor? Dua pasukan yang dilihat tidak konsisten di peringkat kumpulan, tetapi meneruskan momentum kemenangan yang cukup baik di suku akhir dan separuh akhir.
Sukar untuk meramal pasukan manakah yang akan mendominasi permainan malam ini. Di tahap ini taktikal pastinya menjadi tanda tanya dan debaran pemain semakin dirasai.
Kedah selaku underdog team sentiasa merendah diri kita jangan pandang rendah pada team lawan. Semestinya kedah ada simpan senjata rahsia di pentas final ini. Selangor yang gah dengan mencari misi 33 semakin cerah tahun ini. Setelah beberapa tahun agak malar prestasi pasukan ini.
Keputusan terkini :
Selangor (2) vs (0) Kedah
Ulasan perlawanan.
Kedah tidak bernasib baik malam tadi. Ada beberapa percubaan merbahaya dari leandro tetapi kekebalan penjaga gol selangor azlan yang cemerlang di pintu gawang terakhir banyak menafikan percubaan dari kedah, jarak jauh.
Separuh masa pertama.
Kedah agak lambat settle down menyebabkan selangor lebih pantas membuat gol awal pada minit ke 4. Hasil dari counter attack yang pantas dari andik kepada nazmi kemudian kepada guileheime de paula membuat assist yang baik kepada hazwan satu lorongan yang cukup sempurna dan hazwan membuat satu tolakan kesebelah kanan seterusnya menjaringkan gol pertama buat kedah.
Tersentak dengan itu sekali sekala kedah membuat percubaan, tetapi pertahanan selangor lebih awal membaca pergerakan. Credit to nazmi yang lebih bijak membuat satu control ball yang cukup baik. Game agak terbantut sedikit apabila ada beberapa insiden yang tidak diingini berlaku. Dua kad kuning dari kedah, dua kad kuning dari selangor. Sekali dalam satu masa.
Moral pemain kedah belum luntur. Last minit sebelum habis game satu percubaan dari jarak jauh oleh pemain kedah. Sayang, azlan menampan bola itu dengan tenang.
Separuh masa kedua.
Selangor terus mengasak kedah sehinggalah minit ke 49″ hazwan bakri menjarakkan jurang gol kepada 2-0 hasil dari gerakan pantas dan through pass yang cukup sempurna buat hazwan menjaringkan gol kedua selangor. Selangor lebih rileks dan main lebih kurang je.
Kemasukan farhan barulah nampak idea serangan dari kedah membawa impak yang baik buat kedah. Cuma malangnya kedah tidak dapat merapatkan jurang gol kerana nasib tidal menyebelahi mereka.
Secara keseluruhannya selangor lebih banyak peluang gol, cuma pemain gantian venoom kalau tak silap dari selangor lebih terlalu defensive.
Sync says
tahniah kepada kedua dua pasukan kerana bertanding dengan baik π
cik tom says
seram pulak tgk gmbr kat atas..hehe..
bersorak sakan la penyokong selangor malam ni..
Noriza Rahman says
Redha ja walaupun Kedah kalah, tahun depan pulun lagi
si bongkok says
Perghh!!! Bleh suruh tabah TV3 panggil en zikrihusaini sebagai tamu jemputan nie… π
Ini panggil ex player ulas pon kadang2 merapu gak…cth game tempo dah tentu perlahan bila hujan boleh cakap tempo permainan laju… tau duduk studio sejuk aircond kan… π
si bongkok says
Venoom ker tuan? dari planet mana nie..pluto ker? Rasanya S.Veenod tue… π Biasalah typo nie tn zik…bila menulis pasal bola lagi2 kan…Bercakap pon bleh typo gak…
Sepatutnya khairul helmi johari bleh sampai helmi eliza plak… π
zik says
hehe.. sory excited katanya… itulah kepala tengah bengong, venoom pulak perginya… tang jadi pengulas tuh masih peringkat amatur lagi.. banyak benda yang kena belajar lagi..
cik tom says
seronok yang duk kat selangor dapat cuti peristiwa esok..hehe
akubiomed says
Tanniah Selangor. Lama nanti akhrinya tercapai Misi 33. Bangga jadi orang Selangor.
zik says
dulu pemain julang tiga kali piala malasyia sekarang jadi jurulatih julang piala malaysia
raihanah says
tahniah selangor
zik says
tahniah… bonus dapat cuti sehari.. hehe
titan says
yeh.
selangor menang.
memang layak menang base game hari sabtu tuh.
zik says
selangor pasukan yang elite sebenarnya… andik, wak doyok, nazmi
Zaidee Tun says
S Venoom aka S Veenod buat saya bersorak dua kali mlm tu. Sorakan berbentuk kutukan lbh tepat lagi. Pertama sewaktu gerakan lembabnya yg melepaskan peluang terbuka ketika 1 by 1 dgn keeper. Satu lagi sewaktu sepakannya ditampan oleh keeper di luar kotak penalti.
Tahniah kpd Selangor atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia walaupun permainan tak berapa cantik dgn taktikal longball ciptaan bolasepak Malaysia.
Kedah krg nasib baik. Nak salahkan padang 100% pun xboleh juga. Mgkn Kedah kalah dari aspek pengalaman. Permainan yg sedikit gugup apalagi min ke 4 sudah ketinggalan.
Zik says
Ya betul. s. venod buat spoil tuh.. satu peluang tinggal pass dekat andik vermansyah dah boleh gol tuh. tamak disitu. kemudian yang second tuh, one by one… tapi kurang kemas dah kena keeper yang kedua tuh dah keeper kedah dah luar kotak dia touch ball tuh.. agak terdesak jugakla.. huhu