Minta maaf, bukan semua pemandu teksi tuh penipu. Tapi rata-rata yang pernah aku gunakan khidmat teksi semua kasi dia tapau. Terutamanya di KL dan selangor. Dasar hisap darah lintah. Serius shit. Penulis sendiri pernah lalui banyak kali ditipu hidup-hidup oleh Pemandu teksi, jalan dekat jer kena cas rm20. Tak ker mencekik darah tuh? Mas tuh dari puduraya nak ke jalan conlay kena rm 25. Kan celaka tuh namanya.
Tidak jujur
Yerla, sebelum naik dah cakap nak lalu jalan yang cepat. Tapi lalu jugak jalan jammed. Lepas tuh tiba-tiba kereta sengguk-sengguk. Nampak sangat membohong. Deal sebelum naik cakap bayar sekian-sekian. Sekali dah nak sampai cakap kena tambah lagi 30 ringgit. Eh siallah.
Sebabnya utamanya harga perkhidmatan teksi yang tak masuk akal, mahal !!!
Tak ikut meter.
Tengok meter kena rm80 lebih dari KL ke Kuala Selangor. Sekali dia cas rm 100 lebih. Eh sial lah. Tol baru berapa ringgit , tak sampai rm 10 pun kena. Tapi tup-tup total kena bayar 129 lebih kuranglah. Aku malas nak cakap, tapi aku ada mempersoalkan , dia punya belit-belit. Dahla tak sampai rumah pun, dia letak kat tepi jalan. Dah aku nak kena cari teksi lagi. Last-last aku cari kereta sapu lagi bagus. Baru berapa ringgit jer.
Nak terus boikot, tak mungkin teksi akan bungkus. Memang ada sekarang, teksi terkesan sejak ada Grab Car dan Uber. Tapi sekarang gerakan boikot dari kumpulan teksi dan mengugut yang buat uber nih, seolah-olah pengusaha teksi terancam.
Apa yang perlu pengusaha teksi harus lakukan?
Sedarlah bahawa sekarang kuasa pengguna adalah terlalu besar, sudah sampai waktunya perkhidmatan teksi harus lebih tulus dan perbaiki dari sistem. Contoh boleh ikut applikasi dari uber nih, buat satu applikasi. Contohnya myteksi ker. Itu sudah tentunya dapat menggembalikan kepercayaan pengguna untuk guna teksi kembali.
Ada point lain kenapa anda tidak suka naik teksi berbanding alternatif lain??
Leave a Reply