Kad raya yang semakin dilupakan.

kad raya2011, ucapan kad raya 2011, kad raya kreatif, kada raya angry bird 2011, gambar kad raya yang kreatif, kad raya yang cool, angry bird kad raya, annry bird pakai songkok

Jualan Kad raya yang semakin merudum??

Diakui memang penjualan kad raya tahun demi tahun, penjualannya semakin berkurang, dek kemajuan teknologi yang sangat mudah. Bebreza ketika zaman sekolah, siap buat sendiri kalau rajin, walaupun agak tak berapa cantik pun design kad raya tuh. dan kalau malas sikit beli kad raya.

Kemeriahan kad raya satu tradisi yang tidak dapat dilupakan.

Dulu kalau masa kecik, aku sendiri memang budget, mesti tak dapat kad raya punya. Beli sendiri, lepas tuh pos sendiri (Nama pengirim pun sendiri) kat alamat rumah sendiri. Yelah, aku pun bukan femes-femes macam artis ataupun siapa-siapa yang dikenali pun.

Kadang-kadang jeles juga dengan rakan sekolah tuh (dia tuh memang femes) ada jer setiap tahun dapat kad raya. Siap ada pantun yang sangat kelakar.

Pecah kaca pecah gelas

Sudah baca harap balas.

Biasanya abah akan dapat paling banyak kad raya, itupun semua kad raya dari orang-orang politik. aku pulak, memang tak pernah dapat rasanya kad raya nih. Dapat pun sendiri tulis jerla. Hadoi. Lepas tuh akan dilekatkan di dinding rumah, (bukan dindingĀ  facebook!).

 

Namun, tahun ini dan yang lepas, kemeriahan kad raya sudah semakin tidak dirasai. Mungkin juga, masalah budget juga. Barang semua dah mahal. Nak stem lagi, (stem pun dah naik harga).

Sekarang semua kad ucapan dari facebook, email dan website/blog!

Kerjanya sangat mudah, jimat dan pantas. Hanya tinggal design kad raya sendiri, atau sedia ada, upload kad raya di facebook, dan tinggal tag mengetag rakan-rakan.

Ada juga yang membuat kad raya digital ala-ala animation. Kalau yang lagi rajin , buat ucapan khas melalui video youtube, dan sewaktu dengannya.

Applikasi facebook, yang semakin senang.

Applikasi terbaru yang dicipta oleh mereka yang otak intelliget telah mencipta applikasi facebook. Korang boleh hantar kad raya dan juga lagu raya kepada orang yang kita nak.

Kad ucapan dan lagu.

Sudah tiba masanya kita harus terima kenyataan dengan kemajuan teknologi yang ada seakrang ini. Namun, janganlah kita lupa kepada asal-usul kita. Namun, kad raya ini hanyalah satu tradisi disamping ucapan yang membawa kepada mesej untuk bermaaf-maafan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk semata-mata.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Comments

  1. says

    harga barang pun dah mula naik.
    setem pun sama.kalau ramai
    kenalan, susah nak bawa keluar duit.

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. says

    seumur hidup aku..sekeping je penah aku dapat..haha
    rindu zaman kad raya kan..dapat banyak2 leh gantung..huhu

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. says

    serius aku suker yang kad raya dahulu dari zaman skrg yg pakai facebook ntah apa apa ntah, xder nilai “hati”. sedih juga jika benda yg menyeronokkan semakin pudar ditelan zaman

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  4. says

    salam..
    tahun lepas dapat dekat 10 keping..
    tahun ni baru satu je dapat..selalunya
    dari VVIP syarikat@ universiti yang
    masih menghantar kad maca biasa
    mahal rasanya kos hantar 1 kad sekarang
    zulkbo recently posted..Wordless Wednesday # 9 : Jom BalutMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  5. says

    Salam,

    Dunia dah berubah … skang nie semua orang dok pakai facebook .. buat ecard …. nampak mudah dah pantas … tapi kalau hantar kad betul lagi best …

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  6. says

    Wah…kad raya Angry Bird! Jangan marah2, njalok dingapuro yo.

    Pada saya teknologi memudahkan. Tetapi letaklah elemen personal, contoh dlm sms sebut nama penerima, agar penerimanya terutama golongan senior rasa dihargai.
    muhammad fakhruddin recently posted..Belasungkawa Untuk TukyaMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  7. says

    Biasanya saya akan menerima ucapan Raya didalam bentuk SMS selepas Mohor Raja-Raja mengumumkan tarikh penempatan Raya

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge