Confuse punya pasal, dah masuk gol dea gea woii!!!
Nak ikut jurusan apa ya??
Hala Tuju Selepas PMR atau sekarang dikenali oleh PT3. So baru-baru ini sahaja keputusan pt3 telah pun keluar. Biasalah ada yang menangis gembira, ada yang sedih, meraung atau sekadar berdiam diri di sudut sunyi selepas menerima keputusan Peperiksaan taksiran 3 (PT3) beberapa hari yang lepas. Mereka yang lulus cemerlang pasti sudah mencongak sekolah asrama penuh, MRSM, vokasional, teknik atau tingkatan empat aliran sains, sastera dan perdagangan dan sebagainya.
Sebolehnya jangan ikut kawan, ikut keadaan ekonomi sekarang ini. Permintaan dalam sektor pekerjaan alaf baru ini. Ekonomi semakin mencabar. Dalam sektor perkilangan, perladangan, perdagangan, sains dan alam sekitar. Dan macam-macam lagilah. Sebenarnya cabang ini masih terlalu luas. Kalau kita tak cemerlang dalam bidang sains dan matematik pun tak mengapa sebenarnya. Apa yang penting ialah kita mesti berusaha dalam apa-apa yang akan kita ceburi.
Aku sarankan dalam bidang perniagaan jangan kita lupakan ia. Ini cadangan sahajalah. Kerana tiada subjek yang betul-betul survive dalam ekonomi yang semakin mencabar. Makan gaji pun belum tentu cukup apatah lagi kerja jawatan kerajaan sekarang ini. Banyak benda yang kena potong setiap bulan. baik dari kerja sendiri, swasta, huhu. Bonus pun tak menentu. Kenalah tunggu dari belanjawan tahun demi tahun. Ada ya ada, takda tak boleh nak buat apa kan??
Bagi yang gagal, adakah perlu mengulang semula atau mencari peluang lain yang berbentuk kemahiran atau teknikal? Ke arah mana hala tuju mereka selepas ini? Ketika inilah kebijaksanaan memilih penting kerana jika tersilap, ia akan memberi kesan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah peluang ke menara gading.
Jika minat untuk belajar masih membara, teruskan perjuangan ke tingkatan empat atau sekolah asrama penuh. Namun, jika semangat belajar tinggal nyawa-nyawa ikan, lebih baik memilih bidang lain yang ada kaitan dengan kemahiran atau teknikal.
Kalau kepala otak serabut tak nak fikir, baik masuk giat mara lagi elok, kemahiran vokasional pun ok. Huhu. Lebih kepada kemahiranlah. Nanti dah dapat sijil senang nak cari kerja. even hanya kelulusan pt3. Orang bangsa lain takda spm pun boleh jadi jutawan. Ingat tuh. Kita duk belajar tinggi-tinggi lastnya kerja makan gaji jugak. huhu….
Teruskan perbincangan:
Ketika ini pelajar tiada masalah menentukan aliran atau sekolah yang diinginkan untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat. Beliau berkata, semua pelajar tahu untuk memilih kesesuaian aliran berdasarkan kecenderungan diri atau minat kerana kementerian sudah memberi panduan kepada mereka selepas selesai menempuhi peperiksaan PMR.
Selepas peperiksaan PMR, pelajar digalakkan mengikuti kursus untuk mengetahui kecenderungan mereka sama ada akademik atau kemahiran. Selepas mendapat keputusan Pt3, pelajar sudah tahu hala tuju mereka, tetapi sebarang pemilihan perlu mengambil kira keputusan yang diperoleh, cemerlang ke tak.
Kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa minat adalah sangat penting dalam membuat keputusan kerana jika berminat, pelajar mampu melakukan yang terbaik.
Itu benar. Jika pelajar terbabit cenderung kepada kemahiran, dia sepatutnya mengambil bidang itu. Namun, ia juga bergantung kepada keputusan peperiksaan. Ini kerana untuk meneruskan pelajaran di sekolah teknik, ada subjek yang disyaratkan untuk lulus cemerlang, antaranya Kimia dan Fizik. Jika memenuhi syarat terbabit, peluang itu terbuka luas. Tapi jika sebaliknya, mereka perlu akur dan mengambil pilihan lain,” katanya.
Apa yang penting, katanya, pelajar perlu berjumpa dan berbincang dengan guru kaunseling bagi mengelak membuat pilihan salah. Mengulas mengenai keengganan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang mengambil aliran sains atau mana-mana aliran yang dipilih pihak sekolah berdasarkan keputusan mereka, mereka sendiri boleh buat keputusan tetapi mesti tahu dan kesannya cewahh.
Perkara ini memang banyak berlaku terutama pelajar Melayu yang takut mengambil aliran sains walaupun memperoleh keputusan cemerlang. Jika tiada kekosongan dan pelajar tetap enggan ke aliran sains, mereka perlu memohon bertukar ke sekolah lain yang menawarkan aliran sastera atau perdagangan.
“Sepanjang orentasi ini, pelajar akan diperkenalkan dengan semua subjek dan aliran satu persatu supaya mereka boleh memilih mengikut kesesuaian, keputusan dan minat. Pihak sekolah akan menentukan kelas yang bersesuaian mengikut keputusan mereka. Tetapi mereka masih boleh memilih apa yang mereka mahu.
Apabila pelajar sudah faham dengan semua subjek yang ada, mereka sekali lagi mengikuti sesi orentasi sebelum membuat keputusan.Ia dilakukan supaya mereka benar-benar faham dengan aliran yang bakal mereka ambil dan hala tuju masa depan.
Dilema menentukan aliran atau sekolah untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat, sepatutnya tidak berlaku.
Ini kerana dalam menentukan hala tuju pelajar, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi program Jom Masuk U untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar terutama tingkatan empat hala tuju selepas peperiksaan SPM.
Mereka digalakkan mengunjungi pameran pendidikan yang diadakan. Ini membolehkan mereka merancang hala tuju dan pengkhususan yang sesuai dengan aliran yang mereka ambil. Gambar orang yang gagal dalam pelajaran atau tak khatam belajar,tapi berjaya dalam apa bidang yang diceburi. Bill gates, mark zuckerburg, syed mokhtar, naza, zikri husaini, sapa-sapalah lagi elok internet marketer dalam malaysia nih dah ramai yang berjaya. Cuma terlalu ramai yang underdog. Itu pihak kementerian kena fikirkanlah yer.
Perlu buat program buat pelajar lepas pt3 ini selepas naik sekolah.
Masalah pemilihan aliran yang sesuai ini juga tambah merumitkan apabila keputusan PT3 antara setiap sekolah juga tak dapat dibandingkan memandangkan penggunaan soalan yang berbeza.
Justeru itu, penilaian yang tepat adalah penting bagi menentukan hala tuju yang terbaik bagi pemilihan aliran yang sesuai. Pemilihan aliran yang sesuai juga dapat menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk pelajar.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibubapa dan pelajar PT3 dalam menentukan aliran yang sesuai semasa di tingkatan 4 nanti.
1. Pencapaian
Keputusan PT3 boleh digunakan sebagai kayu ukur pencapaian pelajar, terutamanya bagi yang berhajat nak ke aliran Sains. Pencapaian bagi subjek seperti Sains dan Matematik harus diberi perhatian memandangkan lebih banyak “Sains dan Matematik” yang akan anda pelajari semasa di aliran Sains nanti. Ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi. Namun sekurang-kurangnya ini adalah indikator awal yang membolehkan atau membataskan pencapaian akademik anda semasa di tingkatan 4 kelak.
Pencapaian yang baik, tak bererti anda boleh buat dengan baik dalam aliran Sains dan juga pencapaian yang kurang memuaskan, tak bererti anda tak boleh buat dengan baik dalam aliran Sains. Penulis adalah dari aliran sains tulen dulu. Memang tak boleh blah. Ada yang failed ada yang lulus cukup makan jer. Apepun aku dapat juga sambung diploma , lepas tuh baru sambung degree. Perjalanan agak lambat lah, sebab tak dapat masuk matriks.
2. Kemampuan
Selain daripada pencapaian PT3, perlu juga ada muhasabah diri menilai kemampuan belajar bagi 2 subjek tadi, iaitu Sains dan Matematik. Jika pada kebiasaannya, anda mengalami kesukaran untuk belajar dan juga mendapat markah yang kurang memuaskan, maka anda perlu pertimbangkan dengan sebaiknya jika ingin meneruskan minat dalam aliran Sains. Bimbang tak terbawa pulak bebannya nanti.
Jangan berputus asa. Sebaliknya nilai diri anda dengan sebaik mungkin. InshaAllah percaturan anda nanti akan jadi satu percaturan yang terbaik. Insyallah.
3. Minat
Pemilihan aliran juga boleh didasarkan kepada minat anda terhadap bidang tertentu. Bak kata orang, bila ada minat, semua pun boleh jadi. Namun jika nak ikut minat, perlu utamakan juga Pencapaian dan Kemampuan anda dalam subjek berkenaan. Minat saja tak cukup. Nanti anda pula yang kesusahan dan terpaksa berendam air mata dengan keputusan yang teruk semasa SPM nanti.
Minat dalam aliran Sains atau sastera juga boleh ditentukan melalui Ujian Psikometrik yang dijalankan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Boleh rujuk guru kaunseling sekolah bagi memastikan kecenderungan minat dan bakat anda.
4. Tanya
Pendapat peribadi diri sendiri, dengan sistem PT3 sekarang, jalan terbaik adalah dengan rujuk terus kepada guru Sains dan Matematik anda sama ada anda benar-benar layak untuk mengikuti aliran Sains. Ini kerana, hanya guru Sains dan Matematik anda sahaja yang benar-benar tahu kemampuan dan juga keupayaan anda dalam aliran Sains.
Jadikan pendapat mereka sebagai satu lagi pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh anda semasa memilih. Baka kata pepatah, “sekilas ikan di air, dah tahu jantan, dah tahu betinanya..”
Susah juga. Ini kena buat study group. Bukan senang beb. Silibus pun banyak tuh.
5. Istikharah
Tips terakhir sekali adalah selepas melakukan semua tips-tips di atas, maka wajarlah jika kita memohon pertolongan dari Yang Maha Esa semoga diberi petunjuk untuk pilihan yang terbaik untuk kita. Usaha akhir ini juga merupakan satu lagi ikhtiar terbaik bagi kita yang berada dalam dilema. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Memiliki Segalanya.
Kepada pelajar PT3 dan ibubapa yang prihatin, buatlah pilihan yang muktamat semasa memilih aliran Sains, Perdagangan atau Sastera. Ini kerana pemilihan aliran yang betul akan memastikan masa depan yang cemerlang buat pelajar semasa Tingkatan 4 dan sekaligus semasa SPM nanti.
Sekiaranya anda masih gagal atau tak boleh bawa dalam masa tingkatan 4, sebenarnya masalah bukan dari pihak berwajib. Itu datang dari kita sendiri yang tidak berusaha untuk mencapai kejayaan. Apepun ia bukan salah kita juga seratus peratus.
Berdasarkan kajian.
Sains : tak banyak yang berjaya dalam aliran ini.
Selepas spm kebanyakkan dari aliran ini ke aliran perdagagan, sastera. Namun aliran ini masih terlalu luas dan tidak banyak persaingan. Memang boleh jadi doktor, gaji masyuk. Tapi perlukan ilmu yang tinggi dan pengetahuan yang luas. Susah tetapi berbaloi pulangannya
Perdagangan :
Aliran ini paling ramai katanya. Persaingan memang banyak. Apepun, jangan mudah berputus asa. Majoriti aliran ini adalah aliran yang akan menguasai dunia ekonomi dunia. Betul, sebab setiap syarikat memerlukan aliran ini dalam setiap syarikat. akauntan, terutamanya. Tetapi aliran ini luas juga sebenarnya.
Sastera.
Banyak juga, tetapi yang betul2 menerjah ke arah yang lebih linguistik adalah terlalu sedikit. Apepun, boleh jadi lagi cikgu, pensyarah, penjawat awam dan juga lain-lain yang berkaitan dengan aliran sastera ini.
Sebenarnya semua aliran diatas ini masih terlalu umum untuk dijelaskan. Bila dah sampai peringkat universiti korang akan tahu mana aliran yang menjadi nadi negara sebenarnya. Itu semestinya. Ini masih terlalu general aku terangkan. takut korang blur lagi. Senang cerita ambil jer apa-apa aliran yang korang rasa boleh bawa. Minat tuh boleh belakang cerita lah. Yang penting ialah survive kita untuk tiap2 bulan tuh nanti.
Saya merasakan anak-anak ini sudah boleh menentukan masa hadapan mereka. Ada 2 pilihan samada berada didalam bidang kemahiran atau bidang bukan kemahiran.
buku atau praktikal.. mana2 ada jalan peluang untuk survive cuma kalau graduan ulat buku susah juga nak cari kerja sekarang nih…
Kalo tgk keadaan skrg LEBIH BAIK cari ilmu vokasional @ TEKNIKAL berbanding ilmu 90% serap dari sains & buku tue…
Sebab? Paling tidak2 sgt pon kalo pandai tukang, bleh kerja sendiri..pandai repair keter bleh cari workshop utk kerja & bila dah pndai jadi tokey kedai pomen keter…pandai bab2 elektrik bleh wat kerja wiring rumah jiran yg ada anak dara cun tue…..pandai repair aircond, bleh repair aircond rumah bakal mak mertua..
Pendek kata – BOLEH CARI MAKAN & SURVIVE.
Belajar aliran sains?Belajar aliran sastera? – Ilmu power2 boleh dapat, keputusan grade tinggi2, result masuk universiti keluar pointer dean list jek…tp bila bab nak cari KERJA punyalah susah…betul ker? Apa yg saya lihat mcm tue laa…
p/s: dulu en zik pilih aliran mana ya? π
Aliran yang banyak kena berguru dengan kitab-kitab takda praktikal susah sebenarnya. so memandangkan ekonomi sekarang yang agak merudum lebih elok kepada aliran vokasional, kemahiran. betul tuh pasal boleh makan dan survive nih.
aliran sains kalau boleh terus ke doktor ke itu confirm terus diserap. masalahnya berapa kerat je yang sampai ke tahap itu.. sikit sangat.
aliran mana?? keh2.. segan nak bagitahu
jarang-jarang artikel bro yang panjang lebar begini..
bagi saya sebagai bapa mudah sahaja…pilih aliran berdasarkan kecenderungan..
nanti boleh mencipta kecemerlangan yang jauh lebih baik dari para pesaing dalam bidang diilih..
kita kena ikut kehendak keperluan semasa sekarang ini..
kena fikir dan bincang betul-betul ni untuk masa depan kan
ya itu yang sebaiknya.. perlu ada masa untuk buat sedikit homework… ibu bapa juga perlu main peranan
ada anak dah PT3 ke bro?
belum lagi., hehe.. tapi nak bagi sedikit tips yang berguna buat pelajar lepasan pt3 nih..amboi macam lepasan u pulak.,.
Saya nak jadi chemist engineer dan bekerja di o&g . Saya patut ambil bidang sains tulen atau lanjut ke teknik dan ambik course kejuruteraan?
dua2 boleh nini…
Buat solat istikharah dan kenali potensi diri kita..minat kita ke arah apa..dan apa yang kita suka buat… π
hehe..
aku memang minat sains.
so..aku ambil sains tulen.
saya rasa kena perbanyakkan aliran kemahiran juga skrg ni