Germany tempat ke 3 Piala Dunia 2010.

Jerman no3!

Tahniah diucapkan kepada pasukan Germany yang telah berjaya menundukkan pasukan Uruguay yang begitu tidak mudah mengalah walaupun pada permulaan permainan ketinggalan, tetapi bangkit memberi saingan dan mendahului Germany tetapi berjaya dipintas dan tempat ketiga menjadi milik Jerman.

Perlawanan pada babak separuh masa pertama, gol pertama pada minit 19, T. Müller menjaringkan gol hasil dari sepakan Bastian SCHWEINSTEIGER yang kencang, dan penjaga gol terpaksa mengeluarkan bola muntah itu.

Namun uruguay tidak mudah berputus asa, pada minit ke 28 E. Cavani menjaringkan gol yang begitu cantik hasil dari hantaran rakan sepasukan (tak ingat namanya), teamwork yang menjadi.

Babak kedua, perlawanan begitu mendebarkan, lagi kepada peminat Jerman, pada minit ke 51, apabila D. Forlan menjaringkan gol yang agak pelik sedikit, tetapi memang agak sukar bagi penjaga gol Jerman untuk menyelamatkan dari dibolosi. Namun Jerman tidak mudah untuk memberi Uruguay bersenang lenang. M. Jansen, pemain Jerman melegakan peminat Jerman apabila mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke 57, selang 6 minit gol dari uruguay.

Asakan demi asakan dilakukan kedua-dua pasukan, hinggalah minit ke 82, Jerman menghampakan Uruguay dengan jaringan cantik oleh S. Khedira. Perlawanan kekal sehingga tamat perlawanan.

Tahniah diucapkan kepada Germany, dan Uruguay walaupun kalah, tetapi prestasi perlawanan yang dilalui oleh negara ini memang memmbanggakan. Perlawanan malam ini memang menarik.

Keputusan penuh :-

Germany 3- Uruguay 2.

Statistik perlawanan :
5? D. Aogo
7? Cacau
19? [0 - 1] T. Müller
28? E. Cavani [1 - 1]
51? D. Forlan [2 - 1]
57? [2 - 2] M. Jansen
61? D. Pérez
82? [2 - 3] S. Khedira
90? A. Friedrich
Statistik
shots on target : 8 – 7
shots off target : 5 – 9
possession (%) : 48 – 52
corner kicks : 6 – 12
offsides : 2 – 3
fouls : 13 – 11
yellow cards : 1 – 3
red cards : 0 -

Sumber disini:

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Related post

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini Google Plus Zikri Husaini
This entry was posted in Sukan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge