Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / 20,000 tiket perlawanan Malaysia lawan Thailand dijual semalam!!(aff suzuki cup 2018!)

20,000 tiket perlawanan Malaysia lawan Thailand dijual semalam!!(aff suzuki cup 2018!)

Zik · Nov 27, 2018 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

TIKET FINAL aff suzuki cup 2018, tiket piala aff suzuki cup 2018, aff suzuki cup 2018,

**Sekadar hiasan.

Macam jual pisang goreng cheese bermadu!!

Semalam , 20k tiket online terjual hari pertama.

Sebanyak 20,000 keping tiket aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, 1 Dis ini telah dijual pada hari pertama penjualannya secara dalam talian.

Bila 20 ribu tiket terjual, fam stop seketika. 

Menurut kenyataan terbaru di Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), penjualan yang bermula pagi tadi telah mendapat sambutan cukup hangat sehingga ia terpaksa dihentikan semalam apabila mencecah jumlah 20,000 keping tiket terjual. Fuhh memang laris.

“Peruntukan bagi penjualan tiket secara online (dalam talian) adalah sebanyak 40,000 keping tiket sahaja, sekali gus baki lagi 20,000 keping tiket akan disambung penjualannya di www.tickethotline.com.mybermula 9 pagi esok,” kata kenyataan itu. (hari ini)

Tak boleh jual online full,sebab?? 

FAM tidak dapat menjual terus kesemua 80,000 keping tiket menerusi sistem dalam talian kerana untuk memberi peluang kepada para penyokong yang tidak dapat membuat pembelian secara dalam talian supaya mereka boleh membeli tiket secara fizikal di kaunter tiket di Stadium Nasional dan juga di outlet terpilih Al-Ikhsan Sports.

Pada pendapat aku betul juga, tapi kuota untuk online kena naikkan lagi.

Baki 40ribu tiket dijual secara offline. (Lokasi terpilih, rujuk beli tiket online)

“Baki 40,000 keping tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Khamis ini di kaunter tiket di Stadium Nasional iaitu sebanyak 30,000 keping tiket dan outlet terpilih Al-Ikhsan Sports sebanyak 10,000 keping tiket sehingga ia habis terjual.

Bagaimanapun, menurut FAM, waktu sebenar penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket di Stadium Nasional dan outlet terpilih Al-Ikhsan Sports akan dimaklumkan kemudian kerana ia bergantung jika tiada kelewatan untuk tiket-tiket berkenaan tiba dari Bangkok, Thailand, yang dijangka pada Rabu ini.

Tiada kaunter khas akan dibuka di Wisma FAM, Kelana Jaya atas faktor jangkaan kesesakan di kawasan berkenaan yang terletak berdekatan kawasan perumahan.

Tiket separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki dijual pada harga RM40 untuk tempat duduk Grandstand (berbumbung), RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak.

– Bernama

Komen Nitizen :

 

Atas kertas.. Malaysia sudah menang sebenarnya.Namun atas padang, mungkin berbeza.Walaubagaimanapun berdoalah supaya menang gol bukan menang main cantik. Passing bola kedepan…jangan passing bola kebelakang berlebihan.. Ingat game malaysia vs Vietnam kita menang ball possession, tapi kalah keputusan bola tuh kena 0-2 ok. Hurmm..  

Share this on WhatsApp

Sukan tiket online habis dijual, tiket semi final malaysia vs thailand 20ribu habis dijual

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.