Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Zik · Apr 14, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Keris Sakti Siamang Tunggal

5-year-old twins Upin and Ipin and their fellow friends: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei and Susanti live in Kampung Durian Runtuh. One day, they come across a mystical kris/keris (Malay dagger). The kris is magical and opens a portal that transports the whole gang to the Kingdom of Inderaloka. As they tries to find their way back home, they meet several classic characters from the Malaysian and Malay folklore. Together they have to help restore the kingdom back to its past glory and fights back the evil king, Raja Bersiong who is hatching an evil plan to destroy the kingdom.

Tonton preview 10 minit. Keris Siamang Tunggal – Upin-ipin.

SELEPAS tiga minggu ditayangkan, filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kini mencatat kutipan RM25 juta dengan jumlah penonton mencecah dua juta.

Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya menerima lebih 1,000 komen positif daripada warganet dan kritikan positif pelbagai sudut. Kalau korang nak tahu, kos pembikinan lebih kurang 20 juta. Bukan sikit punya duit beb. Huhu

“Alhamdulillah, untuk sebuah filem animasi, jumlah kutipan sebanyak RM25 juta adalah satu kejayaan besar. Terima kasih juga saya ucapkan kepada warganet yang menulis komen positif mengenai filem terbaru Upin & Ipin ini.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pengkritik filem dari dalam dan luar negara yang memberikan kritikan positif serta membina,” katanya kepada sidang media.

Jumlah kutipan itu juga sekali gus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan filem antarabangsa, Incredibles 2 yang memegang rekod berkenaan, sebelum ini.

Burhanuddin berkata, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga akan ditayangkan di beberapa negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia.

“Di Vietnam, ia akan mula ditayangkan pada 26 April ini manakala di Indonesia, pada 9 Mei. Selain itu, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga akan dibawa ke China dan India.

“Lebih menarik, kita juga ada mendapat permintaan untuk Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ditayangkan di Uzbekistan dan ia masih dalam perbincangan,” katanya.

Aplikasi Games pun ada andriod version.

Tidak hanya filem, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga kini hadir dalam bentuk aplikasi permainan video yang dilancarkan untuk pengguna Android pada 15 Mac lalu, manakala untuk pengguna iOS pada 4 April lalu.

Seorang daripada pengarah filem itu, Adam Amiruddin berkata, aplikasi permainan video itu kini sudah dikeluarkan untuk bab pertama, permulaan kepada kisah pengembaraan Upin & Ipin, dinamakan sebagai Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal the Game.

“Sekarang, kami sudah lancarkan bab pertama dan selepas ini, akan ada enam bab lain daripada kisah pengembaraan mereka dalam bentuk aplikasi permainan video.

“Sepanjang pengembaraan mereka, Upin dan Ipin akan mengumpul beberapa barangan yang berkaitan dengan kisah dongeng dan karakter Opah akan menjadi tukang cerita,” katanya.

Selain Adam, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga diarahkan dua pengarah lain iaitu Ahmad Razuri Roseli dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mengisahkan mengenai pengembaraan dua beradik itu yang digarap dengan beberapa karakter daripada kisah hikayat dongeng Melayu lama antaranya Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam, Si Tanggang dan banyak lagi.

Filem itu mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Mac lalu serta masih lagi ditayangkan.

Komen dari nitizen.

Baru lps tengok td UPIN & ipin Keris Siamang Tunggal !! Aku bg 10/10!! Animasi buat semua peringkat usia xkira tua muda mesti enjoy tengok!! Storyline yg terbaik!!! Penuh pengajaran buat anak2 muda!! Animasi yg mngangkat semula martabat cerita2 lagenda, adat & bahasa Melayu !! Plot twist,kejutan,effect aku bg 10/10!! Mmg taraf international animasi kita sekarang ni!! Bangga dgn hasil anak2 melayu kita !!! Bangga mnjadi Anak Malaysia!! MAJU LAH NEGARA KU!! ….btw kpd peminat animasi PUTERI !! anda Kna tunggu&tengok Post credit Upin & ipin siamang tunggal ni tau..????? btw aku umor 22 tahun okey hahah
best do citer ni .? dalam wayang tu aq dah pening dah nak nangis ke nak ketawa ?. GOODJOB ah korang yg buat cerita . Banyak pengajaran dan kisah2 rakyat yang lama dulu pun banyak .
Ok cite ni mmg awesome…aq tgk pun sbb adik aq nak…dh lama x layan upin ipin ni… Serius x menyesal tgk skali dgn adik2 aq tu?? lagu yg ade dlm filem ni pun dasyat dan gempak…meremang bulu roma aq??? tapi plot twist dia…. Sungguh tidak aku tersangka… Les Copaque dh kluarkan filem rakyat yg sgt bagus dan berkualiti dan tahniah
Pandai les copaque buat filem .aku tengok dah best giler , aku dah kaji mengenai maksud siamang rupa rupanya siamang adalah binatang ukiran di keris dan dapat menjelma haiwan tersebut. Aku tak tahu pula ada bianatng yang nama siamang .bijak harap cerita puteri pun best
Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment download keris siamang tunggal upin ipin, keris siamang tunggal, live streaming keris siamang tunggal, pencuri movie upin ipin keris siamang tunggal, sinopsis upin ipin siamang tunggal, tonton live upin ipin keris siamang tunggal, tonton online keris siamang tunggal, upin dan ipin keris siamang tunggal

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.