Tip blogging terbaik fasa kedua(tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal)

Tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal!!

Dalam peringkat yang kedua tip blogging terbaik ini, dilihat lebih kepada bagaimana untuk kita tangani dari pihak luar ataupun dari masalah dalaman blog kita itu sendiri. Politik dalam dunia blogging memang kita tidak boleh elakkan.

Musuh jangan dicari, kawan harus kita dekati.

Peringatan ini lebih kepada diri sendiri sebenarnya. Sekiranya anda merupakan seorang pemilik blog yang mempunyai trafik yang tinggi anda mungkin mempunyai pengalaman di mana sesetengah pembaca blog anda meninggalkan komen-komen yang pedas dan berunsur cari gaduh. Di sini ada beberapa cadangkan beberapa cara bagi anda untuk menangani komen-komen seperti ini.

  1. Tenangkan diri anda sebelum memberi respon itu.  Kebanyakan mereka yang meninggalkan komen-komen seperti ini sememangnya mengharapkan anda merasa marah dan melawan kata-kata mereka. Jangan terperangkap. Sebaliknya, balas komen mereka selepas anda menenangkan diri anda agar tidak terjadi pergaduhan yang boleh menjejaskan kredibiliti blog anda.
  2. Bertolak ansur dengan kritik daripada pembaca blog anda. Jangan cepat melatah. Ambil pengajaran daripada kritik dan komen-komen yang ditinggalkan.
  3. Bertanggungjawab terhadap post anda. Biasanya pembaca tidak akan meninggalkan komen-komen pedas tanpa sebab. Jika alasan mereka relevan dan membuktikan bahawa anda sememangnya silap, jangan biarkan ego anda menjadi penghalang seterusnya membuatkan anda bersikap seperti menegakkan benang yang basah. Jangan malu untuk meminta maaf.
  4. Jangan buang komen-komen ini serta merta. Kadangkala komen-komen ini boleh membuatkan blog anda kelihatan lebih aktif dan menarik. Walaubagaimanapun, jika komen tersebut mengandungi bahasa yang terlalu kasar dan boleh menyinggung perasaan pembaca lain,  dicadangkan baik (delete) padamkan sahaja.
  5. Anda boleh membalas komen-komen ini dengan menukarkan perbualan kepada sesuatu yang lebih positif. Masukkan sekali gurauan bagi mengurangkan kemarahan pembaca tersebut. Respon dengan ramah. Jika kena caranya, apa salahnya bersetuju serba sedikit dengan pandangan mereka.
  6. Jangan kita membuat entri khas ketidak puas hatian kita merujuk kepada sipolan bin si polan walaupun ia bersifat umum, kadang-kadang ia mengaibkan. Cara tak kena beb. Seharusnya kita professional. Hantar terus melalaui email, karang ayat elok-elok dan minta berbincang. Kalau ianya terlalu mengaibkan atau menyebabkan kita sangat marah. Tanya beberapa rakan-rakan penulis yang lain dahulu. Jangan terus membabi buta, membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Sejujurnya, aku tak suka dan malas nak komen entri seperti itu. Aku akan berdiam diri dan tekan butang close. Habis cerita.
  7. Kalau nak elak orang komen di blog kita. Tutup jer ruangan komen kita itu. Habis cerita. Tapi seolah-oleh kita membuat dasar tutup pintu. Ada juga orang buat begitu, ada sebabnya ia mengikut jenis penulisan dan niche tertentu. Apepun, kadang-kadang mereka ada pendapat masing-masing yang harus kita terima. Itu terpulang.

Jangan lupa, pemberi komen ini semuanya manusia biasa seperti anda juga. Mereka juga mempunyai perasaan, dan kalau kena pada caranya, anda boleh melembutkan hati mereka dengan komen balas yang bijak. Disamping membuatkan anda kelihatan lebih berintegriti di mata pembaca lain, si pemberi komen juga mungkin akan menjadi pelawat setia blog anda.

Semoga tip blogging yang terbaik ini fasa kedua ini, anda dapat tangani dengan sebaiknya. Kalau anda tidak profesional dalam menanangi masalah ini. Baik tak payah berbloglah, jadi jer pembaca. Krtik jer penulisan orang di semua akhbar, blog-blog dan juga jadi penulis upahan (ghost writer).

Kita manusia biasa memang tidak lepas dari salah dan silap. Memohon ampun dan maaf kepada Allah, dan sentiasa berbuat baiklah sesama kalangan blogger, insyallah apa-apa masalah yang berlaku dapat kita atasi. Sekiranya ada salah, dan tidak faham, ataupun ingin menambah lagi. Anda di alu-alukan untuk memberi pandangan yang lebih mendalam dalam hal ini. Sekian terima kasih.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

  • selalunya semua itu disebabkan perbezaan pendapat je. selebihnya antara cari publisiti murahan atau saja buat provokasi untuk puaskan nafsu.

    yang penting jangan melatah... (aku ingatkan diri aku sendiri) hehe

  • oooo rupa-rupanya kucing tu yg selalu jadi cik anon. Kalau saya dpt komen mcm tu, saya delete je. Kalau reply pun, bukan dia bukak blog saya semula utk baca respond saya. Org sakit jiwa kalau dilayan, dgn saya sendiri pun sakit jiwa dibuatnya

  • Provokasi kalau dibalas denrgan perbuatan yang serupa tentu akan meletuskan perang. Apa pun, komen yang melampau seharusnya dipadam.

  • selalu jugak tgk blogger yg buat entri khas utk komen si anon yg dia x suka tu... sampai melarat2 ke entri seterus dan seterusnya. tapi sebenarny dia tgh usaha nak tarik trafik yg berpanjangan dgn pergaduhan. hmm.. blogger macam ni bukan yg terbaik.

  • Tips berguna ni.
    Pernah kena komen ng omputih ala2 spam pun ada.
    Sekali bukak link website dia jual produk lak pulak

  • Setakat ini alhamdulillah sangat jarang mendapat komen-komen panas di blog. Pernah dapat sekali, cuma tips pertama begitu berguna menangani situasi yang memanaskan hati :)

  • mungkin cuba bagi pendapat berlainan je kot, kalau dah melampau delete je..huhu selalu dpt dari peminat man utd :P

  • salam..
    memang terbaik tips ni..
    tak sesia di carian hadapan..
    he he...

    DENGKI,BUSUK HATI,adalah
    resam orang kita..adehhh..
    bila orang berjaya mesti ada
    yang dengki...
    :(

  • tips yang bagus zik. Blog kau yang famous nie ramailah yang nak cari pasal. Tapi sebab kau cool depa semua pun jadi cool jugak.

  • orang muda biasanya emosi
    orang tua cam aku nih, ok je.. haha
    eh dah tua ke aku nih.. kehkeh

  • Tips sgt berguna ni Zik!
    Kalau nak kekalkan hubungan dgn rakan blogger lain perlulah beringat2 ;)

  • terimakasih atas nasehat2 yang diberikan.
    saya akan jadikan pedoman buat hari mendatang.
    salam ukhwah..

Recent Posts

MALAYSIA TEWASKAN JEPUN 3-1, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Malaysia's Lee Zii Jia plays a shot to Japan's Kento Momota during the men's singles… Read More

10 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI IRAQ VS INDONESIA TEMPAT KETIGA PIALA ASIA U23 2.5.2024

Perlawanan penentuan tempat ketiga atau keempat dalam saingan piala Asia u23. Indonesia vs Iraq dalam… Read More

11 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

21 hours ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

4 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

4 days ago