
MILAN: Penyerang paling sensasi berasal dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic teruja untuk melancarkan kebangkitan bersama kelab bergelut, AC Milan dalam kancah Serie A musim ini sejurus rehat musim sejuk berakhir.
Milan dijadual bertemu Sampdoria, Isnin ini yang menjadi perlawanan pertama kelab itu sejak dimalukan dengan kekalahan besar 5-0 kepada Atalanta bulan lalu yang melonjakkan prospek kepulangan semula Ibrahimovic.
“Saya bersedia dan benar-benar berharap untuk diturunkan,” kata pemain berusia 38 tahun itu yang kembali ke pangkuan Milan selepas sembilan tahun.
“Ada perkara yang perlu dipertingkatkan di atas padang dan itulah sebab saya berada di sini. Saya tahu apa yang perlu dilakukan, Zlatan masih di sini.” [Read more…] about Saya tahu cara ‘baiki’ AC Milan – Ibrahimovic