Siapa yang tak kenal, dengan Gabenor Bank Negara, yang pakar dalam ekonomi, kewangan dan juga seorang pemikir yang dinamis, itulah Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah bagi tahun 1432H. Beliau bagi aku memang layak, kerana banyak sumbangannya kepada negara dari ancaman ekonomi anasir-anasir luar negara dan dalam negara.
Ia diumumkan pada majlis sambutan Ma’al Hijrah 1432H/2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, sebentar tadi , pukul 11.30 pagi , dalam waktu tempatan. Tahniah diucapkan.
Hadiah disampaikan oleh yang dipertuan agong, YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1432H kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. (PICC)