Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for video gol highlights melaka united 6-0 15.5.2019

video gol highlights melaka united 6-0 15.5.2019

Video gol highlights Melaka united 6-0 Felda united 16.5.2019

Zik · May 16, 2019 · Leave a Comment

liga super.

Keputusan penuh perlawanan liga super Melaka vs Felda united.

MELAKA UNITED 6-0 FELDA UNITED

Jaringan oleh :

Reichelt P. 5″
ShafiqRahim  25″
Milunovic L. 36, 53,89″
Nazrin Nawi 36″
Inilah aksi terbaik yang ditunjukkan oleh pasukan Felda united malam semalam.

MELAKA: Melaka United (MU) menampilkan persembahan garang selepas berpesta gol membenam FELDA United 6-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Turun dengan misi meraih mata maksimum, tuan rumah tidak menunggu lama untuk mencipta jaringan pendahuluan selepas Patrick Reichelt merembat masuk gol pertama seawal minit ke-4 perlawanan.

Gol terbabit terus membakar semangat buat skuad Hang Tuah dengan mengatur gerak menambah jaringan dalam memastikan impian kemenangan mampu direalisasikan.

Baca juga: Keputusan terkini dan Carta Liga Super 15.5.2019 

Hasilnya Deevan Raj yang masuk menggantikan Anselmo Casagrande berjaya melakukan hantaran kepada Safiq Rahim membolehkan bekas kapten kebangsaan terbabit merembat kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-25 untuk menghadiah jaringan kedua MU.

Seperti malam serba tidak menjadi buat pelawat selepas benteng mereka terus dirobek lawan  buat kali ketiga menerusi tolakan Nazrin Nawi pada minit ke-35 selepas mengutip hantaran Luka Milunovic.

Milunovic Hatrik!! 

Milunovic yang kembali menyertai MU selepas dipinjamkan ke Sabah turut menguis cantik gol keempat tuan rumah pada minit ke-36 menerusi gerakan solonya menewaskan penjaga gol Norazlan Razali.

Bersambung babak kedua Milunovic menambah jaringan kelima MU pada minit ke-53 selepas menolak bola muntah Norazlan hasil sepakan Saiful Selamat sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-89.

The Fighters bagaimanapun tetap gigih berusaha memburu jaringan saguhati namun beberapa percubaan mereka menerusi Joconei Scad (m-80) dan Azim Rahim (m-83 dan 86) tidak behasil.

Kemenangan terbesar skuad bimbingan jurulatih Zainal Abidin itu nyata amat melegakan berikutan hanya beraksi dengan empat import selain Casagrande yang turut terpaksa dikeluarkan pada minit ke-25 akibat kecederaan.

Video gol highlights MELAKA UNITED 6-0 FELDA UNITED.

 

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.