Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for tonton online red velvet

tonton online red velvet

Sinopsis drama red velvet.

Zik · Nov 1, 2017 · Leave a Comment

Merupakan drama adaptasi dari Novel hot selling gitu. Aku baru dapat gambaran macam mana cerita ini berkisar tentang apa. Ramai yang mengkritik lakonan Neelofa yang terlalu kaku macam kayu. tetapi lakonan Aliff Satar sangat baik dan slumber gitu. Sekarang dah episod yang ke6.

Drama Red Velvet yang menggandingkan Neelofa dan Alif Satar sudah mula disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria dan Ria HD bermula 23 Oktober 2017 yang lalu.

Pelakon Drama Red Velvet

Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Fatin Afeefa, Nadya Syahera, Hani Nazrina, Nasz Sally, Qara Lyana dan ramai lagilah.

Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Red Velvet karya Novelis Acik Lana dan drama ini mempunyai 20 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd. Nampak menarik juga drama ini, plus watak Izzat itu memang sesuai dengan Alif Satar tu. Manakala watak Helena lakonan Neelofa itu kureng sketla.

Sinopsis Drama Red Velvet
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, iaitu suami kepada Suhaila. Boleh pulak macam tuh. Suhaila sendiri telah berjumpa Helena dan meminta Helena supaya tidak menggangu suaminya lagi, namun Helena langsung tidak mengendahkan permintaan Suhaila itu. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dia nak bunuh diri, tapi terjumpa izzat yang tengah lepak kat atas bukit tuh. Diaorang bertengkar pulak. Nak dijadikan cerita. Izzat bawak helena nih ke rumahnya. Mak dia ok je, jaga helena macam anak kandung dia.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena.

Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Dah mak suruh nak buat macam mana.

Tapi dalam duk bergaduh, sebenarnya izzat suka dekat helena tuh. Huhu. Sampailah, hati mereka berdua bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena akan terbongkar sewaktu mereka berdua asyik bercinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri? Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkah hubungan cinta Izzat dan Helena bertaut semula?.

jeng-jeng.

Lagu Tema / OST Red Velvet
Sesungguhnya Aku Nyanyian Alif Satar

.

Sedap lagu nih.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.