
2 Tahun lepas cerita pasal , adi putra untuk slot drama ramadhan dengan Elizad, dalam drama lambaian Ramadhan. Tahun ini pulak drama juga, tapi jauh ke Kemboja bersama gandingan mantap iaitu Fasha Sandha. Team denaihati dot com pun ada pergi ke sana juga, untuk kembara katanya. Tapi tengoklah kalau abang denaihati ada masuk slot2 sikit berlakon tuh. haha.
SINOPSIS TERATAI KEMBOJA
Mengisahkan Fikri yang mempunyai konflik rumah tangga dengan isteri pertama iaitu Hanani,(Elly mazlien) lantas membawa diri ke Kemboja. Di sana, beliau bertemu seorang imam dari Malaysia yang menetap lama di Kemboja iaitu Taufik yang mempunyai sejarah tersendiri dengan membawa lari anaknya, Nur Hidayah menetap jauh di rantau orang.
Takdir menentukan Fikri jatuh cinta dengan Nur Hidayah (fasha Sandha), lantas menikahinya tanpa pengetahuan isteri yang tinggal jauh di Malaysia.
JUDUL : TERATAI KEMBOJA
TARIKH SIARAN : Ramadan 2018
SIARAN TV : Slot Zehra TV3
PENULIS SKRIP : Zarihah Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi
WATAK PELAKON
Adi Putra sebagai Fikri
Fasha Sandha sebagai Nur Hidayah
Elly Mazlein sebagai Hanani
Hasnul Rahmat sebagai Taufik
Nafiz Muaz sebagai Hamdan