• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
You are here: Home / Archives for tonton live streaming tv3

Sinopsis penuh cinta illahi tv3, slot zehra

December 28, 2014 by Zik 2 Comments

image

Dah lama slot zehra yang bersiri dah takda kan?? Jadinya nak diceritakam
Slot Zehra yang bersiaran setiap jumaat jam 9 malam di Tv3 akan membawakan sebuah drama terbaru yang berjudul Cinta Illahi. Jalan cerita yang menarik, berunsurkan kerohanian.

Senarai pelakon utama Cinta Illahi..

Drama ini dilakonkan oleh Johan As’ari sebgai hud pelakon utama , Diana Amir (maryam)  Shakila Khoriri (syakira), Nazrief Nazri dan Ramona Zam Zam (zara). Shamsul ghau-ghau (ustaz hashim). Dian p. Ramlee (mak hud) Dan lain lain lagi pelakon otai.

Aku nak bagitahu nih, memang sejak penampilan bertudung nih, erm diana amir memang tak banyak dapat tawaran berlakon. Dia lebih kepada watak islamik gitu. So, Drama Cinta Ilahi membawakan kisah percintaan dan keikhlasan dalam mengenal erti cinta sebenar yang kekal abadi. Apapun jom layan Sinopsis Drama Cinta Illahi bro dekat bawah nih. Secara ringkas dan padat gitu. Haha.

Sinopsis Cinta Ilahi

Genre kelakar pun ada, islamik tuh paling utama. Cinta kadangkala mampu mengubah seseorang. Itulah yang terjadi kepada Hud (Johan As’ari) seorang pemuda pada mulanya yang sering lalai dengan duniawi dan berpeleseran yang akhirnya terbuka hati saat bertemu Maryam (Diana Amir) seorang guru mengaji yang baru kembali ke kampung halamannya dah habis belajar katanya huhu. Hati Hud yang pada mulanya hanya cuba mendapatkan perhatian Maryam dengan mendekatkan diri dengan ajaran islam ternyata menemui kemanisan iman dalam epilog pertemuan mereka. Hud mula berguru dengan ayah Maryam, Ustaz Hashim (shamsul ghau2) yang sering memberikannya nasihat tunjuk ajar dalam mendalami ilmu Islam. Dia tanpa disedari pada asalnya nak tengok awek (maryam) dalam surau tuh masa permulaan pernah tolong bayarkan hud beli barang apa ntah. So, bila dia nak confirmkan, kantoi pulak dengan ustaz hashim tuh. Dia bagi alasan nak sembahyang tahajud. Apa kejadahnya sembahyang tahajud siang hari huddd??

Hud yang pada asalnya berwatak sebagai pemuda nakal dan liar sememangnya sukar diterima orang kampung yang mengenali sikapnya. Malah sifat malas, boros dan tidak serius pernah menyebabkan dia hampir dibuang kerja tetapi kehadiran keluarga Ustaz Hashim banyak membuka mata Hud agar menjadi insan yang berguna. Hari demi hari hubungannya bersama Maryam semakin bersemi. Namun disaat Hud mula mencintai Maryam, di saat itu jugalah start bermulalah ujian dan dugaan dengan pelbagai cabaran dari Allah menguji hambanya yang selalu alpa.

Pada masa yang sama, Zara (Ramona Zam Zam) sudah lama menaruh perasaan terhadap Hud mula terasa tercabar. Perubahan Hud yang drastik memang sukar diterimanya apatah lagi sebelum ini mereka berkawan rapat.
Kesan dari itu, zara nekad untuk memporak-perandakan hubungan mereka. Baginya jika dia gagal mendapatkan Hud biarlah Maryam juga berputih mata.

Hud diuji.

Ketika itu juga hati Hud punah dikejutkan dengan hakikat Maryam sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan Basri (Beego) yang baru saja pulang dari Jordan. Ustaz Hashim pula beriya ingin memadankan Hud dengan anak bongsunya Shakira (Shakila Khoriri).

Persoalannya??

Mampukah Hud mengubat hatinya yang kecewa tuh??? Kesan dari itu, adakah Hud akan berubah semula ke perangai lamanya? Biar betik Hud nih betul-betul ikhlas mendalami ajaran agama atau semata-mata kerana cinta? Kalau nak tahu kenalah tengok drama ini nanti yer.

Apepun, episod pertama bermula dengan baik sekali. Hud yang masih perangai liar. Tapi dia tidak mengabaikan ibunya. Patuh dan taat, cuma dia malas dan tidak mahu berdikari. Boros, tak pandai nak uruskan kewangan. Hala tuju masih kabur.

Banyak habiskan masa bersama kawan-kawan. Main gitar, grung grang sana sini. Manakala sikap hud yang panas baran masih lagi ada dalam episod ini.

Zara pula sebenarnya syok kat hud. Tapi hud pulak buta. Tak pasti dia suka kat sapa sebenarnya. Dia suka perempuan cantik lah. Zara nih lebih kepada watak wanita yang agak kasar, bukan gadis-gadis ala-ala makeup. Rock gitu leyh.

Bermulanya titik tolak yang hud akan berubah kearah kebaikan apabila dia termasuk ke surau mahu usya maryam pada asalnya.Selepas itu dia mula berguru dengan ustaz hashim.. Bersambung…

Bersambung….

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

 

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Liverpool vs Manchester united liga epl 18.1.2021
  • Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021
  • Jenis butter yang sesuai untuk digunakan!
  • PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my
  • TELEGRAM BOTS YANG ANDA BOLEH CUBA, YANG KE 5 PALING BEST!!

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

FRIENDLY Sukan

Live streaming Kelantan vs PDRM fa 14.2.2020

Perlawanan persahabatan hari ini kelantan vs DPRM 14 februari 2020 di stadium ch…

Sukan

Live streaming Misc Mifa vs JDT piala malaysia 16.9.2018

Perlawanan terakhir dalam peringkat kumpulan C piala malaysia 16 september 2018 …

Sukan

Germany juara piala dunia edisi 2014

Tahniah buat pasukan germany yang menjulang piala dunia 2014 buat kali keempat. …