• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for tmj puji persembahan pasukan jdt biarpun tewas 0-1 dengan nagoya

tmj puji persembahan pasukan jdt biarpun tewas 0-1 dengan nagoya

TMJ puji persembahan Harimau Selatan biarpun tewas 0-1 dengan Nagoya

Zik · Jun 23, 2021 · Leave a Comment

tmj puji pemain jdt

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap memuji persembahan yang dipamerkan Harimau Selatan walaupun mereka tewas 1-0 di tangan Nagoya Grampus dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) perlawanan pertama kumpulan G, malam tadi.

Sebaliknya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menganggap JDT mempamerkan corak permainan yang baik pada aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand itu.

Menerusi satu komen di laman Instagram kelab, TMJ bagaimanapun seakan sedikit kecewa selepas jaringan penyamaan Bergson Da Silva pada minit akhir perlawanan dibatalkan.

“Kami bermain dengan baik. Sayang gol dibatalkan. Apa pun syabas kepada semua pemain dan terima kasih kepada semua penyokong bola sepak tanah air yang memberi sokongan. Kita berjuang bersama-sama,” katanya.

Skuad kendalian Benjamin Mora ketinggalan pada minit ke-60 menerusi jaringan yang dihasilkan Hiroyuki Abe.

Bergson bagaimanapun, berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan, namun jaringan itu dibatalkan pengadil, Mohamed Abdulla Hassan selepas mendakwa pemain import daripada Brazil itu mengasari pertahanan Nagoya Grampus.

Sementara itu, dalam aksi kumpulan yang sama, FC Pohang Steelers tidak berdepan masalah untuk menjinakkan kelab dari Thailand, Ratchaburi FC 2-0, sekali gus berada di tangga teratas kumpulan.

JDT akan mengharungi aksi seterusnya berdepan Ratchaburi di gelanggang sama, Jumaat ini.Macam mana diaorang nak uruskan padang tuh nanti. Rosak padang tuh nanti. Harap ada yang menguruskan padang, untuk jadikannya ianya terbaik dan pemain boleh beraksi dengan baik tanpa ada gangguan dari padang yang mungkin akan rosak.

 

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
 

Loading Comments...