
Sebelum ini juga, perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.
KWSP memerlukan lebih kurang 108 Billion, perlu cairkan aset.
“MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.“Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion berbanding RM33 bilion jika i-Sinar bersyarat,” kata sumber itu lagi.
Sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.
“Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu,” kata sumber tersebut.
Dalam pada itu juga, KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar. Sementara itu, sumber yang sama menafikan dakwaan kononnya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan tidak selari dengan hasrat MoF.
[Read more…] about Tiada Syarat Pengeluaran i-Sinar kwsp Akaun 1 ,-Menteri Kewangan , Tengku Zafrul