Jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melihat masih terdapat banyak perkara positif yang boleh diambil daripada persembahan Malaysia meskipun tewas 0-2 kepada China dalam aksi persahabatan antarabangsa pada Sabtu.
Menurut beliau, kekurangan di bahagian tengah sedikit sebanyak menjejaskan penguasaan bola pasukan negara ketika berdepan China yang memiliki kelebihan dari segi fizikal dan taktikal.
Bagaimanapun, Tan Cheng Hoe berpendapat perlawanan tersebut memberikan pengalaman penting kepada pemain, khususnya mereka yang mendapat peluang beraksi di pentas antarabangsa menentang pasukan yang mempunyai kekuatan tersendiri. [Read more…] about TAN CHENG HOE LIHAT LEBIH BANYAK ASPEK POSITIF BERBANDING NEGATIF SELEPAS KEKALAHAN KEPADA CHINA
