Dukacita dimaklumkan, bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (Sultan Johor Darul Takzim),telah disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri. Baginda almarhum berumur 77 tahun.
“Namun ada sumber memberitahu, bahawa almarhum telah meninggal pada pukul 1 petang. Tetapi mungkin mengikut protokol ataupun adat istiadat yang perlu dipatuhi, pengumuman itu dimaklumkan secara rasmi, baginda mangkat pada pukul 7.15 malam.” ( maafkan saya sekiranya sumber ini tidak tepat)
Kemangkatan baginda diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar , Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam semalam. [Read more…] about Sultan Johor Sultan Iskandar Ismail Mangkat! Al – Fatihah