Alhamdulillah. Tanggal 15 Jan 2019 mencatat sejarah istimewa untuk rakyat Pahang apabila istiadat pemasyhuran sultan keenam Pahang dalam era moden, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berlangsung di Istana Abu Bakar pagi ini.
Istiadat itu yang akan disaksikan 1,600 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakail masyarakat termasuk ketua kampung di negeri ini dijadual berlangsung pada 11 pagi di Balairung Seri.
Pemasyhuran Sultan Abdullah sebelum ini diputuskan dan dipersetujui sebulat suara oleh kerabat diraja Pahang dan ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri pada mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang di ibu negara, Jumaat lepas. [Read more…] about Rakyat Pahang terima sultan baru hari ini (Daulat Tuanku!)