Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Buat pengguna jalanraya di kuala lumpur dan sewaktu dengannya. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, lebuhraya terowong smart (smart tunnel) akan ditutup kepada lalulintas mulai 11 malam hari ini 26 oktober 2010. sehingga pukul 6 pagi hari rabu 27 oktober. Tempoh ditutup adalah 7 jam.
Sebab apa tutup nie? Empangan pecah ke??
Sabar-sabar semua, tak perlu dibimbangkan. Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya berkenaan.
Dan sekiranya ada apa-apa yang boleh dibantu untuk pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol Smart 1-300-88-7188. Sekian harap maklum.
Sumber kosmo.