Kehidupan Azura kelihatan sempurna di mata masyarakat. Dia memiliki keluarga yang bahagia, sahabat yang sentiasa berada di sisi dan suami yang disayangi sepenuh hati. Namun, segala-galanya berubah apabila Azura terbongkar satu pengkhianatan besar yang melibatkan suaminya sendiri bersama sahabat baik yang paling dipercayainya.
Lebih menyakitkan, pengkhianatan itu hanyalah permulaan kepada satu siri rahsia gelap yang selama ini disembunyikan oleh keluarganya. Sedikit demi sedikit, Azura mula mengetahui bahawa kehidupannya selama ini dibina atas pembohongan, manipulasi dan dendam yang telah berakar sejak bertahun-tahun lamanya. [Read more…] about Sinopsis drama Ikatan Terlarang
