
Industri Animasi negara kita sudah menampakkan satu tahap dimana mahu pergi jauh Boboiboy salah satu animasi yang digemari oleh budak-budak. Yang bapak budak pun kena ikut serta sekali, sebab yang bayar tiket kita kan. Haha.
Boboiboy 2 kembali!!
Filem animasi tempatan BoBoiBoy Movie 2 terbitan Animonsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw bakal ditayangkan serentak di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos 2019. Filem kedua ini membabitkan kos produksi keseluruhan sebanyak RM7 juta. Penyanyi terkenal tanah air Faizal Tahir dipilih menyanyikan lagu ost (lagu tema) BoBoiBoy 2 berjudul Fire & Water.
TAJUK : BOBOIBOY MOVIE 2
Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2019
Pengarah : Nizam Abdul Razak
Terbitan : Animonsta Studios Sdn Bhd, Astro Shaw
Senarai Pelakon : Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Yap Ee Jean