
Pasukan malaysia meneruskan cabaran dalam saingan piala Sudirman edisi 2021 ke separuh akhir bertemu dengan pasukan dari Jepun. Biarpun begitu pemain sudah penat, cedera pun ada. Walau apapun pertarungan harus diteruskan hari ini. Kita sebelum ini tewas dengan pasukan Jepun 1-4 dalam peringkat kumpulan D . Pasukan Jepun berdepan dengan pasukan Chinese Taipei dan menang 4-1 dengan pasukan ini. Kita pula menang tipis dengan pasukan jiran kita Indonesia 3-2 , kita terpaksa berhempas pulas hingga ke perlawanan yang terakhir iaitu beregu campuran.
Biarpun kita ranking jauh lebih rendah dari lawan, keazaman, taktikal dan juga tunjuk ajar dari jurulatih memungkinkan kita untuk sampai ke tahap ini. Tidak lupa juga penyokong yang dari jauh di mata menyokong penuh pasukan malaysia sehingga ke hari ini. Barisan baru yang dijana dalam pentas pertarungan ini pastinya kita harap pasukan ini mampu untuk pergi jauh. [Read more…] about LIVE STREAMING SEPARUH AKHIR MALAYSIA JEPUN (JAPAN) PIALA SUDIRMAN 2.10.2021