
Menepati ramalan , Azzam Shah yang memberikan persembahan konsisten setiap minggu, akhirnya beliau menjadi juara big stage 2020. Lapan minggu, Azzam tidak pernah berada di bottom three dan juga selalu no 2 dan 1 setiap minggu. Dia selalu mengikut rapat , usop setiap minggu.
Minggu final kali ini kita akui Azzam memang perform dengan membawa 2 lagu , iaitu lagu Grenade dari Bruno Mars. Manakala persembahan yang kedua, lagu datuk Siti Bhai, lagu Aku Bidadari Syurgamu- Datuk Siti Nurhaliza.
Menyanyikan lagu seorang bintang terkemuka bukan mudah. Lebih-lebih lagi menyanyi lagu milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Cubaan peserta Big Stage, Azzam Sham menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di pentas akhir Big Stage telah mendapat pujian oleh Siti. Menurut Siti, beliau sangat menghargai persembahan yang sangat bertenaga daripada Azzam Sham.
“Azzam terima kasih kerana menyampaikan lagu saya dengan cara tersendiri,” katanya melalui ciapan di laman Twitter
Pada malam ini setiap peserta akan membawakan dua buah lagu yang bertemakan Ultimatum.
Senarai penuh pemenang big stage dan wang kemenangan mereka.