Pergh cerita nih memang la sama jer macam cerita yang lain. Dia jadi lain, sebabnya drama ini panjang dah macam sinetron daaa. Tiga pengarah menggarap cerita ini combine menjadi satu cerita yang meletup. Menghubungkan dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia. Memangla ia berkisar cinta tiga segi. 60 episod seminggu tiga episod. Huhu. Semua pelakon pun hebat-hebat leyh, Adi Putra (jai kl gangster), Janna Nick , Irwanshah dan Izara Aishah.
Ia jadi lain sebabnya, Indonesia dan Malaysia pertembungan dua budaya yang berbeda. memang ceritanya complicated. Ada time tuh kita akan serabut. Serba salah pun ada. Banyak babak yang unik. Benda yang luar biasa, tetapi lekat dihati. Tapi cerita ini jangan takutlah, mungkin takda zoon in zoom out setiap ada insiden. Haha. Lebih pengorbanan, cinta terhalang.
Cerita ini mesti best punya, sebab lagu tema ost pun best jugak lagu dari Dayang Nurfaizah (lagu Dia jugak).