PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetuai kumpulan pertama tujuh menteri yang baru dilantik pada majlis angkat sumpah jawatan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan di di Istana Negara, pagi Isnin baru sahaja selesai.
Istiadat angkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sambil disaksikan oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Upacara pelantikan baharu itu melibatkan 13 menteri dan 23 timbalan menteri, menjadikan keseluruhan barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH) sebanyak 26 menteri.
Sebelum ini, 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah pada 21 Mei lalu.
Berikut merupakan senarai menteri baharu: [Read more…] about Senarai penuh nama menteri kabinet angkat sumpah hari ini